Thursday, 14 January 2016

Tak Tahu...Isteri Nak Gembira atau Sedih?

Bayangkanlah...
Kita seorang isteri.

Tiba ulang tahun kelahiran kita...
Atau ulang tahun perkahwinan kita.

Suami berikan hadiah...
Memang besar - sebuah mesin basuh Toshiba model terkini!
Memang canggih - Dyson Vacuum Cleaner!
Bukan cincin berlian Habib Jewel, juga bukan Samsung Galaxy Note 5!

Isteri nak rasa gembira? Atau rasa sedih?

Ada isteri yang GEMBIRA...
Biarpun hadiah tu untuk kegunaan seisi keluarga,
Yang penting suami ingat hari istimewa!

Ada isteri yang SEDIH...
Mengimpikan hadiah yang khusus untuk dirinya,
Kerana itu adalah hari istimewa untuk dia!

Jalan terbaik...
Para SUAMI perlu ambil tahu apa kehendak isteri sebelum membeli.
Supaya hari istimewa tu menjadi benar-benar istimewa!
Para ISTERI patut memaniskan muka sungguhpun terselit sedih dan kecewa.
Kerana...isteri solehah adalah yang meraikan setiap pemberian suami!

Untuk tahun-tahun berikutnya, pandai-pandailah bawa berbincang ya.
Jangan lupa...asas rumahtangga bahagia itu KOMUNIKASI!
Tak perlu merajuk, mengamuk atau simpan dalam hati!


14 comments:

  1. Betul tu kak..
    komunikasi tu penting..
    Mcm husband ira selalu tnya ira nk apa.. tp ira yg tak tau apa yg ira nak.. haha.. ye la kan, kdg kita bimbang juga permintaan tu melebihi kemampuan dia..
    Mcm thn lps, dia bg ikut keperluan ira sbb selalu ngadu sakit kaki, so sama2 pegi beli kasut scholl. Huhu.. disebabkan terlebih dr bajet dia, kene la tambah sendiri..apa yg penting ianya bermanfaat. Sama mcm bday dia.. ira bg bajet, klu x cukup, topup sendiri..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde masalah kena top up sendiri, sebab dah ada persefahaman kat situ kan.. Praktis yg baik dlm rumahtangga! :)

      Delete
  2. Hmm... kalau Ujie nak tahu abang denagn kakak ni tak pernahnya sambut birthday ke, anniversary ke, tapi kalau dia nak beli apa pun dia akan tanya kakak. Nak apa? kalau ada duit belilah walau hari biasa. Kalau hari special pun tapi rasa tak perlu membeli memang tak beli pun.. Cuma anak-anak aje biasanya yg suka membeli khusus utk hari-hari special tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dan suami pun tak pernah celebrate anniversay, kadang lupa je bila tarikhnya.

      Delete
    2. saya dan suami pun amalkan gitu kak zakie. tak ikut hari apa..ikut keperluan dan keadaan kewangan semasa. :)

      raihanah..kalau sama2 tak kisah, takde masalah lupa2 ni kan..hehee

      Delete
  3. isteri ni paling penyabar, suami kena bertolak ansur juga

    ReplyDelete
  4. ye! betul komunakasi penting. macam ky masa baru membina kehidupan tak pernah merasa apa itu hadiah harijadi ke hadiah kawen ke. masa tu benda ni belum di budayakan.ky tak kisah pun..cuma fokus pada kerjaya, keluarga dan saving. sejak kebelakangan ini bila anak dah besar..mereka yg meraikan n kami tumpang2lah sekaki membelikan hadiah juga. apa pun memeng terasa di hargai bila menerima hadiah tak kira mahal ke murah.pada ky hadiah adalah dalam bentuk barangan kegunaan peribadi. kalu kena share bukan hadiah tu. maaf..ini pendapat ky saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sependapat dgn kak yon..mcm kurang rela kalau dpt hadiah utk semua org guna dihari istimewa kita. ^__^

      Delete
  5. hahaha..kalo angah, nangis kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..lps nangis, boleh bawak berbincang ya Angah! :D

      Delete
  6. :-) pernah birthday suami belikan dapur baru cakap hadiah birthday. rasa nak meraung tak tu juga. dia ckp hadiah birthday muka dah masam dah. hahaha

    ReplyDelete
  7. wah..susah bunyinya tu diana! hahaa..

    ReplyDelete
  8. Komunikasi tu penting dalam sebuah perhubungan kan ujie, syukur alhamdulillah suami saya walaupun tak pernah ucap apa2 pd hari tertentu tapi dia tahu apa yg hendak diberi walau saya tak pernah minta dan dia jg tak bertanya apa yg saya mahu.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****