Melancong dan mengembara memang berbeza, walaupun kadang-kadang orang anggap sama je. Asalkan berjalan-jalan ke tempat asing, orang akan kata.."Wah, melancong lagi!". Hakikatnya kita bukan pergi melancong, tapi kita pergi mengembara. Jadi, apa beza antara keduanya?
MELANCONG
- Menurut tafsiran Kamus Dewan Edisi Keempat, melancong bermaksud melawat sambil melihat-lihat (bersenang-senang).
- Tujuan melancong untuk berehat, menenangkan fikiran, bergembira.
- Sanggup menyediakan bajet perbelanjaan yang besar.
- Biasanya bawa beg yang agak besar (bawa banyak keperluan untuk keselesaan diri).
- Mahukan keselesaan, dari segi penginapan - tinggal di hotel yang selesa, dari segi pengangkutan - naik pengangkutan yang paling selesa walau agak mahal, dari segi makan - makan di tempat makan yang selesa dengan kos tinggi.
- Menggunakan khidmat agensi pelancongan, untuk menjamin kemudahan sepanjang lawatan.
- Melawat tempat-tempat tumpuan pelancongan sahaja.
- Tidak mengambil masa yang lama.
- Membeli-belah.
MENGEMBARA
- Menurut tafsiran Kamus Dewan Edisi Keempat, mengembara bermaksud pergi ke mana-mana (dengan tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yang ditujui), bertualang, menjelajah.
- Tujuan mengembara untuk mencari pengalaman baru di tempat asing, memerhatikan kehidupan/budaya masyarakat tempat tersebut, merasai cabaran baru.
- Menyediakan bajet yang kecil.
- Membawa backpack / beg sandang belakang (bawa keperluan minima sahaja).
- Keselesaan bukan keutamaan, dari segi penginapan -sanggup tinggal di asrama atau cukup sekadar hotel bajet, dari segi pengangkutan - naik penerbangan tambang murah dan menggunakan pengangkutan awam yang paling murah sepanjang pengembaraan atau berjalan kaki, dari segi makan - makan di tempat yang lebih murah dan/atau sanggup makan mee segera/ roti untuk menjimatkan perbelanjaan.
- Bergerak sendiri tanpa khidmat agensi pelancongan, sanggup bersusah payah untuk ke tempat yang ingin dituju.
- Tidak sekadar menuju tempat tumpuan pelancongan, seorang pengembara gemar menjelajah di luar lingkungan tumpuan pelancongan dengan tujuan membuat pemerhatian, bercampur gaul dengan masyarakat setempat.
- Mengambil masa yang lama dan kadang-kala 'bekerja sementara' untuk menampung perjalanan seterusnya.
- Tidak membeli-belah, atau sekadar membeli sedikit ole-ole ringkas.
Ada lagi? Boleh tambah kat ruangan komen ya. Sekarang dah boleh bezakan antara melancong dan mengembara kan? Korang suka yang mana satu? Tak kisah apa pun yang korang pilih, yang penting kita capai kepuasan dan tujuan dalam lawatan kita tu.
Bermalam di lapangan terbang...salah satu cara untuk menjimatkan perbelanjaan bagi seorang pengembara.
impian yang belom tercapai..jadi seorang pengembara
ReplyDeleteBetul tu Ujie..
ReplyDeleteMelancong kena perlu sediakan bajet yg besar..
Sebab nak merehatkan minda dan bersenang lenang..
Bagi yg menggembara tu sesuai utk anak muda ..
Seronok dgn cara macam tu..
Akk consider selalu.mengembara sbb bajet ciput. Tapi nak juga melawat tempat org. Masuk ceruk kampung, tidur dlm kereta, mandi di public toilet. Tak selesa, tapi puas hati. Bersyukur dgn anugerah Allah
ReplyDeleteBuat kakak kalau dapt dua-dua tu mahu aje
ReplyDeleteCuma utk mengembara dah tak larat agaknya tapi melancung masih bolehlah..:)
Orang putih suka mengembara, kita yg mungkin duit lebih banyak dari orang putih(???) lebih suka melancong, kan???
ReplyDeleteseronok boleh jadi dua2
ReplyDeleteSaya suka tengok tempat orang. Dulu dengan suami je hotel murah pun ok. Tapi dah ada anak sekarang, masih cari yang murah tapi yang selesa sikit.
ReplyDeletekite suka dua2...melancong pun suka mengembara pun suka
ReplyDeleteMelancong ni selalulah. Mengembara tu jarang jarang sebab masa dan jarak yang jauh mungkin.
ReplyDeletebijak ya admin blog ni...dua perkataan yang hangat ni..baru dpt huraian yang lebih jelas. Melancong ..pernah saya melancong..rasanya inilah tujuan. Biasa kita Islam nawitu lihat keindahan alam di negara lain yang kelihatan unik pelbagai sudut..negara kita tak ada musim salji..subahanallah tahnia membuka minda saya
ReplyDeletesaya done follow saudari..follow blog Etuza ya
ReplyDeleteciktom lagi suka melancong dari mengembara..hehe
ReplyDeletemengembara lagi adventure dari melancong..
pergi bercuti ke mana tu?
hong kong ke?
Melancong pun boleh asalkan kita tahu matlamat dan tujuan bila travel..
ReplyDeletemenghayati suasana dan keindahan dan belajar tradisi di sesebuah tempat :D
salam singgah ujie
ReplyDeletekaknoor mengembara kesini malam2 ni hehe
owh..lain maksudnya antara melancong dan mengembara.Ky ni lebih banyak melancong dari mengembara..
ReplyDeleteKalau boleh mak suka yg melanconglah Ujie....selesa sikit hihi....tp kalau terpaksa, ok jer tido kat Airport pun haha....janji berjalan gitu!
ReplyDelete