Mudah ke mencari makanan halal di Guangzhou? Mudah...kalau kita dah buat persiapan awal dengan mencatat di mana lokasi makanan halal, melalui carian di internet (hasil catatan perjalanan rakan blogger lain). Sila jangan buat carian Google di sana ya, memang tak dapat sebab disekat. Semuanya cari dan siap print sebelum bertolak, lebih mudah. Kalau datang main redah cari kedai makan halal, memang agak susah.
1. Kedai makanan halal yang pertama kami singgah, exit di stesen Metro - Yuexiu Park. Disebabkan masalah komunikasi, kita main tunjuk jelah gambar makanan kat menu tu...hand-pulled (mee tarik). Terasa mahal, semangkuk mee paling murah ¥10 (hampir RM7). Tapi saiz makanannya memang banyak bagi saya. Untuk makanan bungkus, kena caj tambahan ¥1. Terus teringat kat Malaysia...tak pernah kena caj untuk makanan bungkus. Oh ya, kat sini takde order air macam kat Malaysia. Dia jual air minuman/mineral dan air-air dalam tin/botol je.
2. Kedai ni pulak terletak tak jauh dari exit stesen Metro - Ximenkou, di kawasan hotel penginapan kami. Yang kanan tu makanan saya...semata-mata ada mee tarik+telur goreng+kuah yang kira sedap jugaklah. Kat sini tak sediakan garfu, saya ni pulak tak reti guna chopstick. Nak mintak, terasa leceh pulak nak mulakan perbualan 'ayam-itik'. Makan jelah dengan sedikit susah payah...makan mee tarik guna sudu!
3. Nur Boston Uighur Restaurant...yang ni paling senang cari, kedudukan berhadapan dengan Masjid Huaisheng di Jalan Guangta. Exit stesen Metro - Ximenkou. Juga tak jauh dari hotel penginapan kami. Makanannya lebih banyak pilihan. Harga? Mutton Dimsum 6 biji tu ¥28, Mutton Soup ¥25. Yang lain-lain tu tak ingat sebab tak simpan rekod, tapi memang mahal semuanya. Rasa? Sedaplah jugak, boleh makan. Tapi lagi sedap makanan kat Malaysia! Hehee..
4. Masa jalan kaki nak pergi Tesco, ternampak kedai jual durian ni. Besar saiz duriannya. Tapi tak beli pun, sekadar curi-curi ambil gambar.
Ada beberapa lagi kedai makan muslim yang kami jumpa, tapi tak singgah makanlah. Kalau nak makanan yang sedikit pedas dan dekat dengan tekak Malaysia, boleh cari kedai makan Pakistan.
Sebagai langkah berjimat dan memudahkan kami untuk berjalan-jalan, kami makan kat kedai-kedai ni sehari sekali je (biasanya waktu petang). Selepas selesai menjelajah, baru cari makan dan balik hotel untuk solat. Untuk sarapan cuma makan bekalan di bawa - Maggi Cup dan Nasi Briyani Kambing Instant jenama Brahim. Bawa jugak biskut, kurma, coklat, pek minuman 3in1. Ajaibnya kat sini, perut saya tak selalu lapar macam kat Malaysia. Jadinya, memang cukuplah sekadar makan berat dua kali (maggi kira makan berat ke? bolehlah!).
Menurut blogger lain, kalau nak ada macam-macam makanan Muslim kenalah datang pada hari Jumaat kat kawasan masjid. Sayangnya, kami bertolak balik Khamis malam Jumaat. Tak sempat nak merasa kemeriahan makanan yang dikatakan tu.
Berdua aje memang boleh Ujie sebab tak ada kerenah yg ini lapar yg ini tak. Lagi pula bila non halal lagi banyak yg halal buat perut pun tahu tak lapar. Bekal yg halal itulah yg terbaik. Ramai yg buat macam tu.
ReplyDeletebetul kot kak, perut tau yg halal leceh sikit nak cari..tu dia bekerjasama. :D
DeleteWife saya ke Guandong 2 bulan lepas..kata dia, di sana mee tarik mmg sedap...tak macam yg kat Malaysia ni...dan mmg durian kat sana besar2...hahaha..
ReplyDeleteBawa Brahim mmg senang..
Ataupun bawa nasi beriani ready made, tinggal panaskan aja...produk ni kawan usahawan wife saya ada buat, dgn jenama Rapid Cuisine..cuba search di FB nya. Elok di bawa berjalan ke negara yg susah dpt makanan halal.
nanti saya cari fb usahawan tu. boleh pelbagaikan pilihan.
Deleteyg Brahim ni pun cuma rendam pek dlm air panas.
Tak ada order sate kambing yang sedap tu ke Ujie...
ReplyDeletehehee..order! Tapi tak amik gambar, terus ngap je..:D
Deletebesar giler durian cina tuu., musang queen agak namanyer ., ;p
ReplyDeleteking kat Malaysia, Queen kat China ya..:D
Deletenape tak rasa durian tu..baru dapat bandingkan mana lebih sedap...
ReplyDeletekalau beli, tak tau nak ngap kat mana. Kat hotel tak boleh bwk masuk.
DeleteMaggi pun boleah, kalau travel ni memang kena standby!
ReplyDeletekan..:)
Deletenape tak rasa durian Ujie.nak tahu rasanya..
ReplyDeletekeadaan tak mengizinkanlah kak..pdhal teringin jugak.
DeleteKat sana banyak makanan halal..cuma lalu ngan tak aje nak makan kan..apapun cabaran jugak tu sebab SA kat sana x jumpa makanan yang tekak ni nak makan...hehehe...mengada- ngada kan...
ReplyDeletebkn ngada2..cuma tekak Melayu SA kuat sgt kot! :D
DeleteTapi mmg betul, saya pun x jumpa yg betul2 suka. Semuanya sekadar ok, boleh mkn. Lgpun sbb mahal kot, mempengaruhi jugak. hahaa
Alhamdulillah sedapnya mee tarik
ReplyDeleteAku tak pernah try lagi
Tengok durian teringin durian
Masa ada depan mata
Aku buat tak tau je huhu
terliur lak tegok makannan tu.. besarnya durian...
ReplyDeleteHihi.....tekak Mslaysia katanya. Mestilah makanan Malaysia jugak sedap. Teringat mee tarik kat Bangi tu. Gitulah jugak rasanya kot, dah katanya Cina yg masak.
ReplyDeleteHihi.....tekak Mslaysia katanya. Mestilah makanan Malaysia jugak sedap. Teringat mee tarik kat Bangi tu. Gitulah jugak rasanya kot, dah katanya Cina yg masak.
ReplyDelete