Monday, 21 September 2015

Pekanbaru, Riau : Kabut Asap Menyambut Kami

Sabtu, 5 September 2015

PEKANBARU, Riau, Indonesia...itu destinasi saya dan suami. Bukanlah destinasi impian, tapi dipilih sebab ada tawaran promosi oleh Air Asia pada bulan Mac lalu. Cuma RM174 (tak termasuk caj RM24 sebab pilih tempat duduk) untuk kami berdua pergi/balik. Bajet kecik tapi nak berjalan, memang tak boleh memilih sangatlah. Walaupun hasil carian di internet menunjukkan yang Pekanbaru ni 'tak ada apa-apa'! Tapi takpe, tujuan musafir saya cuma nak melihat bumi Allah dan segala kepelbagaian ciptaan-Nya. Setiap tempat pasti ada keunikan sendiri.

Tempahan bilik hotel dan senarai tempat yang boleh dikunjungi, saya buat dalam tempoh 7 hari sebelum berlepas. Walaupun tiket penerbangan dah beli kira-kira 6 bulan awal!

Perjalanan kami dimulakan dengan masalah...kelewatan penerbangan. Sepatutnya pukul 10.50 pagi, tapi ditunda sehingga 2 kali atas alasan masalah cuaca di Pekanbaru. 

1. Setelah tertunda kira-kira 3jam, Alhamdulillah kami selamat tiba di ruang udara Pekanbaru kira-kira pukul 2.30pm waktu tempatan (pukul 3.30pm waktu Malaysia). Ternyata...jerebu (orang tempatan sebut 'kabut asap') menyelubungi bumi Pekanbaru. Walaupun berada dalam kapal, saya sudah terhidu bau asap! Nampaknya kami datang pada waktu yang tak sesuai. Ohhh...

2. Inilah Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Kasim II. Besar jugak, dan sesak. Orang tempatan sebut Bandara (bandar udara). Dari sini kami mengambil teksi (bermeter) untuk ke hotel. Sempat berbual dengan pemandu teksi mengenai jerebu. Rupa-rupanya semalam tak ada penerbangan keluar/masuk disebabkan jerebu. Harini sebelah petang baru ada penerbangan masuk. Keadaan lebih buruk sebab dah lama Pekanbaru tak disirami hujan. Kami melewati papan tanda indeks pencemaran udara, tertera status 'Sangat Tidak Sihat'. Menurutnya lagi, status semalam adalah 'Berbahaya'.

3. Kami tiba di Hotel I-Shine, kadar tambang dikenakan sebanyak Rp60,000 (termasuk caj parking di airport). Tempahan dan pembayaran untuk hotel ini sudah dibuat lebih awal melalui Agoda.com. Faktor pemilihan - kerana lokasi yang sangat strategik dan harga yang masih dalam bajet kami (RM126/malam). Hotel ni terletak betul-betul di jalan utama Pekanbaru yang sangat sibuk dan dikelilingi pelbagai kedai dan pusat membeli-belah. Keluar hotel je, boleh terus jalan kaki. Kalau nak cari teksi/bas/oplet (van) untuk pergi yang jauh sikit pun senang. 

(Gambar kecil) Ini rupa plug di sini ya. Memang dah tau awal, tapi kami tak bawa yang sesuai. Sebagai penyelesaian, kami gunakan je USB port yang ada pada tv setiap kali nak caj telefon.  

Kiranya hotel I-Shine ni memang terbaik dari segi lokasi dan harga. Layanan pihak hotel pun memang cepat dan mesra (sebab saya banyak tanya/minta keperluan). Cuma satu, bilik air yang kami dapat ni kelihatan buruk dan air bertakung bila lepas mandi. Sarapannya biasa-biasa je, sesuai dengan harga. Kalau korang ada bajet lebih, boleh menginap di hotel yang lebih mewah iaitu Grand Jatra Hotel. Terletak betul-betul di seberang jalan berhadapan dengan Hotel I-Shine. Lebih strategik...sebab bangunannya sekali/cantum dengan Mal Pekanbaru!

4. Kami mula meronda...gambar ni diambil dari atas jejantas yang mengerikan saya (sebab panjang sangat dan sedikit uzur tempat pijaknya). Lalulintas kat sini agak sesak. Pemanduan yang tak teratur, pada pandangan saya. Dalam gambar ni nampak macam tenang je kan.. Pemandunya rajin bunyikan hon sebagai tanda amaran. Rata-rata penunggang motorsikal menggunakan topeng mulut dengan pelbagai warna/corak.

5. Suasana di waktu malam. Masih di atas jejantas (tapi lokasinya berbeza dari gambar no. 4) sebab ni je cara untuk kita melintas ke seberang jalan dengan mudah. Gambar ni bukan saya yang ambil, saya jalan tak tengok kanan kiri dek ngeri dengan jejantas kat sini. Malam di sini lebih meriah, muncul gerai tolak yang menjual pelbagai jenis makanan dan jualan VCD di kaki lima kedai yang sudah tutup operasinya.

Balik ke bilik, baru perasan..betapa kuatnya bau asap melekat pada pakaian kami!


...catatan seterusnya - apa yang ada di tempat yang 'tak ada apa-apa' ni?...


*** info: Pada 15 Sept. 2015 Riau diisytihar darurat dengan Pekanbaru (ibu kota Riau) mencatatkan tahap IPU melebihi 1,000 dan jarak penglihatan kurang 100 meter. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Kasim II turut ditutup. ***

23 comments:

  1. No.4: betul tu, bukan setakat kat Pekan Baru je. kalau keluar dari situ ke daerah berdekatan (saya pernah sampai ke Kampar dan 'tak ingat nama' dulu), mereka masih rajin bunyikan hon. tak kira kenderaan apa pun, terutama memotong atau memasuki simpang.

    *perasan tak, Selat Melaka ni memang sempit. sebab bila dalam flight, toleh belakang nampak tanah seberang, beberapa minit lepas tu jenguk ke bawah/depan dah nampak semenanjung kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya perasan mmg sekejap sgt2 nak g Pknbaru ni. Masa pergi, dok atas kapal dlm 15minit je! :D

      Delete
  2. Best nya gi jalan riau..
    Kat sini ke yang ada masjid warna kuning hijau tu?
    Kerepek dari sana sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masjid agong..

      kerepek..tak try beli pulak Tie..eh, rugi! :D

      Delete
  3. Salam ujie othman,

    Tak sabar tunggu sambungan cerita ni.. Pekanbaru xde apa2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgh cuba nak sambung cerita..malasss sgt skrg nih..hehe

      Delete
  4. Tunggu punya tunggu rupanya time jerebu pulak... Itulah kalau kat Pekanbaru macam tak ada apa... tapi mungkin Ujie dapat menemui sesuatu yang menarik di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah en.mie, takdir Allah, ada hikmah jugak tu..bersyukur dgn negara sendiri.

      Delete
  5. best bercuti tapi disebabkn jerbu semuanya spoil kan sis.. btw selamat brcuti... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiket dah beli kan..redah ajelah dgn pasrah! hehe

      Delete
  6. Tak perlah Ujie....mana mana tempat pun boleh jer, janji dpt jalan hihi....Seratus lebih utk 2 org naik kapal terbang mmg boleh sangat dah tu....
    Tengok tempat org best jugak apa....

    Lupa ke nak ambik gambar jejambat yg katanya uzur tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari luar tengok elok je jejantas tu kak. Yang uzur tempat pijak dia. Struktur macam plate besi, goyang sikit bila kita jalan. Pastu ada yg dah lubang. Tu saya ngeri..panjang pulak nak lalu tu..huhuu

      Delete
  7. Jambatan kelihatan uzur pun tapi jadi laluan ramai dan pasti sudah dipantau kekukuhannya. Cantik gambar yg dicaptured dari jambatan itu Ujie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak :)

      Jambatan kukuh, lantai dia yg uzur..nak melangkah beria saya tengok tempat nak pijak! hahaa..penakut!

      Delete
  8. Dah lama saya teringin nak ke Riau kerana nak lihat tempat bersejarah di sana. Kalau ikut sejarah Johor dan Riau dulu dalam satu negara yang sama - kerajaan Melayu Johor-Riau, bahasa juga sama, tapi sekarang tak tahu pula sama ada mereka masih guna bahasa Melayu serupa dengan orang Johor atau dah guna bahasa Indonesia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumpa tshirt org jual tulis..TAKKAN MELAYU HILANG DI RIAU. Nak beli, takde saiz pulak. Psl bahasa, mmg dah tak sama mcm Melayu kita. Tapi bahasa Indonesia dia tak pekat mcm dlm sinetron tu.

      Delete
  9. Agakmenarik juga travel ke tempat2 yang mcm 'takde apa' mcm ni. Rasa mcm berdebar pulak nak tunggu kisah seterusnya sebab ujie dah letak dlm inverted comma, mcm ada byk benda menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhee Lyd, takde lah byk benda menarik pun. Cuma bagi saya, setiap tempat memang unik dan menarik sbb tak serupa tempat sendiri kan.. :)

      Delete
  10. akak gi indon ke?..jerebu teruk tu..tapi bile berjalan best jugak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg teruk, dok dlm bilik hotel pun bau asap. Tapi enjoy la jugak sbb tengok tempat org kan..lain budaya.

      Delete
  11. Assalamualaium Ujie,
    Tak pernah sampai kesana lagi.....mau juga nak kesana suatu hari nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikum salam, boleh g bila2 sbb dekat sgt..tiket tak mahal. Dpt time promo, lagilah murah mcm saya dpt ni. :)

      Delete
  12. itulah..di luar kawalan, redha aje lah..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****