...sambungan entri 'Hari Pertama : KLIA2 - Kuching - Betong'...
Maaf, catatan ni panjang untuk tujuan rekod peribadi.
21 Mei 2015 / Khamis
Perjalanan ke Betong dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bermula kira-kira jam 11.30pagi. Lewat dek menguruskan hal hilang I/C. Terus lupa nak beli makanan (nasi/mee) buat bekalan sepanjang jalan yang dijangkakan selama 4 jam. Kenapa kena bawak bekal? Sebab kita bakal melalui jalan biasa, takde lebuhraya (maksudnya takdelah RnR dengan kemudahan lengkap). Tapi kami ada bekalan roti (termasuk roti putih Gardenia kiriman adik, sebab kat sini takde roti Gardenia).
1. Untuk ke Betong, kita ikut sign board arah ke Serian dan lepas tu ikut arah ke Sri Aman. Kat atas tu ada tercatat tempat-tempat menarik kat Kuching ni. Tapi, satu pun saya tak sempat pergi.
2. Hijau alam...inilah pemandangan yang kami lalui sepanjang laluan ke Betong (seperti yang diberitahu oleh adik saya dan pegawai polis tadi..'hutan kanan kiri'). Tapi bukanlah hutan tebal, belukar tebal mungkin. Sesekali ada jugak melalui pekan-pekan kecil dan kadang-kadang ada jugak rumah-rumah penduduk. Jalan raya kat sini elok je, dan sunyi. Mula-mula saya seronok dapat tengok hijau semua, lama-lama...ngantuknyaaaa!
3. Kira-kira jam 2.30petang, kami tiba di RnR Temudok (sila jangan bayangkan macam RnR kat Lebuhraya PLUS). Tiga jam perjalanan yang terasa lama sangat. Sampai je terus cari tandas. Tandasnya sangat usang (tak payah ceritalah camne rupa tandas usang), tapi tak berbau hancing pun. Kena bayar? Ya, 20sen atau 30sen..lupa dah. Perut memang dah lapar, tapi kami cuma makan roti bekalan dan teruskan perjalanan.
4. Tak jauh dari RnR Temudok, ada simpang ke kanan untuk ke Betong. Tapi kami terlajak sikit sebab tak perasan sign board. Kalau terus, boleh ke Sri Aman.
5. Banyak tanaman pokok lada hitam di tepi-tepi jalan. Bukan komersil, sebab masing-masing tanam sikit-sikit je.
6. Juga kelihatan ramai yang tanam pokok jagung. Ada yang tanam betul-betul kat bahu jalan raya. Kelihatan jugak bunga anggerik/orkid warna putih/purple macam kat tepi-tepi jalan Cameron Highlands tu. Tumbuh sendiri, bukan di tanam. Yang tu takde gambar.
7. Cakap omputih...kadang-kadang ada jugak yang Bahasa Melayu.
8. Sepanjang jalan ni, memang akan melalui banyak sungai. Dan sepanjang yang saya perasan, jambatannya akan berstruktur seperti di atas. Lebih kukuh mungkin.
9. Sepanjang jalan ni, memang tak kelihatan banyak rumah. Mungkin ada kat dalam-dalam, sebab nampak tanaman ada kat tepi jalan. Yang kat atas ni, saya nampak dari jalan raya. Rumah panjang moden kot (macam rumah teres..).
10. Pintu gerbang ke Betong. Alhamdulillah, akhirnya...
Tapi tak semudah tu, sekali lagi kami terlajak masa nak masuk simpang ke bandar Betong ni. Kiranya dah dua kali terlajak.
Cabaran seterusnya, nak cari rumah adik. Rumah kat taman perumahan, tapi sign board nama taman pun takde. Pusing punya pusing, akhirnya jumpalah jugak rumahnya. Lagi best, rumah tu pun takde tanda no. rumah. Mujur kenal baju kat jemuran dan keretanya. Fuh...rasa nak pengsan dengan perjalanan hari ni. Perjalanan yang dijangkakan 4jam (ikut Google Maps dalam 3jam setengah), jadi hampir 5 jam!
Dan petang tu tak ke mana-mana pun. Sampai rumah adik dah 4.15petang. Kami bertiga pun dah letih sangat-sangat. Berehat dulu.
TIPS untuk yang nak pergi ke arah Betong / Sri Aman :
1. Hentian yang selesa untuk ke tandas dan menunaikan solat adalah di Stesen Petronas Gedong. Masih di awal perjalanan sebenarnya. Stesen ini terletak di sebelah kanan jalan (dari Kuching). Selepas tu, tandas ada di Tenggang dan Temudok tapi tak selesalah (bagi saya). Surau seterusnya juga ada di Temudok. Tepi-tepi jalan takde surau tau, sebab ni bukan kawasan penduduk Islam.
2. Makanan sebaik-baiknya kita bekal sendiri, sebab susah nak cari kedai makan pengendali Muslim. Tapi ada satu restoran makanan segera berstatus 'Halal' iaitu Sugarbun, terletak di pekan Lachau (sebelah kiri jalan dari Kuching).
Kalau ada yang tau info lain, sila tambah di ruangan komen ya. Kita kongsi info.
...bersambung...
.
seronok baca cerita ni,walau tak pernah pergi tapi dapat rasa pengalaman melalui pembacaan entri ni, tak sabar nak tunggu cerita seterusnya
ReplyDeleteJauh perjalanan luas pengalaman tu Ujie..
ReplyDeletePenat tu 5 jam perjalanan..
Kalau akak sampai rumah tu terus terlentang kepenatan hahahha :D
Boleh tahan panaslah punggong nak sampai ye Ujie.
ReplyDeleteEmak tu boleh tahan juga jenoh. Kalau kakak dan tidur berkali-kalilah jawabnya.
Tapi penat+gembira rasanya lain berbanding penat kerja kan.:)
emak sampai berbunyi kak..penat katanya, tak sampai2! :D
Deletewalaupun tak pernah sampai le ke betong nie... bila baca entry ni macam tengah laluinya jugak... hehe
ReplyDeletesyoknya p bercuti...
ReplyDeletebila lah yan dapat bercuti macam nie...huhu
ReplyDeleteHah, betul la tu. Saya ada kawan kat KK (kira adik-beradik Kuching jugak la) yang pernah mintak saya poskan roti Gardenia dari sini. Rupanya memang betul pun kat sana takde jenama ni.
ReplyDeleteKemudian. Beberap minggu lepas ada nampak orang beli roti Gardenia (yang ada inti tu) dengan jumlah yang banyak kat MyNews KLIA2, mungkin untuk bekalan kot.
siap pos tuu.. :D
DeleteMmg pun SM, ipar saya kat Sabah..kalau balik sana mesti shopping roti byk2 kat KLIA tu. Sabah/Sarawak takde roti Gardenia ni.
Gardenia dah boleh buka kilang kat Sabah ni. Kat Shah Alam saja ada empat buah kilang Gardenia yang besar.
ReplyDeleteBest kan memandu sendiri... dapat berhenti kat mana-mana kita suka...puas hati walaupun penat...
Dah lebih 10 tahun saya tak jejak bumi kenyalang. Tak tau sama ada akan ke sana lagi pada suatu hari yang sangat tak pasti...
ReplyDeleteKalo yg beli roti banyak2 tu sempat ke nak habiskan sebelum expired date?
ReplyDeleteUjie, dulu ada jugak rakan blogger kita yg nama Yusuf Laili tu asal dari betong kan? Jauh betul perjalanan. Dah macam Dari KL ke Tganu.
ikutkan macam tak sempat, tapi kadang roti walau dah expired ada yg masih elok utk di makan.
Deleteblm kenal lagi rakan bloggger Yusuf Laili.
Berjalan sempena cuti sekolahlah ni yeh Ujie....
ReplyDeletePenat jugak Okje bayangkan perjalanan awak tu Ujie...Tak per .....satu pengalaman yg tak ternilai....
Leceh jugak yek nak solat nak buang air....
kak OKje, ni pegi masa bln 5 aritu. Tapi baru nak tulis. Cuti sekolah mmg takmo ler.. :)
DeleteBedt perjalanan yg jauh...jauh jln luas pemandangan...SA dh sampai kuching, serikin dan area unimas sana...
ReplyDeletepasar serikin...shopping! :D
Deletewalaupun lama dalam perjalanan tapi seronok kan leh kenal tempat orang
ReplyDeletebetul eita..penat tapi puas ati.
DeleteBoleh tahan jauhnya..dapat bayangkan kepenatan tu..
ReplyDeleteLepas turun flite terus drive..ko gilir2 drive ke hubby sorang je drive..
Tapi view tempat ni cantik la
camne la nak bergilir Ti weh..aku takat drive kat taman perumahan je ni mampu. :D
Deletelong journey...ada rezeki nak sampai juga ke sarawak
ReplyDelete