Friday, 13 February 2015

Pergi Tak Kembali, Hilang Tak Berganti


Tanggal 12 Februari 2015...
Tercatat sejarah duka buat kita yang mengasihi ulama'.
Detik 9.40 malam beliau menghembuskan nafas terakhir.
Meninggalkan kita yang masih dahagakan teladan dan bimbingan,
Daripada seorang insan mulia berperibadi tinggi.

Damailah Tuan Guru Nik Aziz Bin Nik Mat,
Semoga syurgalah buat mu...


(sumber gambar di SINI)


~ sedih dan sebak melanda diri, saat mendengar khabaran duka ini. Ya Allah...semoga kehilangan ini tidak mematahkan jiwa kami, untuk terus memperjuangkan Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat di sekeliling kami! ~

15 comments:

  1. innalillah..hilang seorang lagi ulamak yang tak takut bersuara di bumi malaysia

    dalam gambar bawah tu semua kalut pegang henpon nak ambik gambar buat kali terakhir..

    ReplyDelete
  2. sedih..moga ada lagi yg seperti beliau

    ReplyDelete
  3. Jgn kata kita yg dewasa ini Ujie
    Anak dara kecik kakak pun boleh mengalir airmata balik tuisyen malam tadi bila dpt tahu.
    Sedih kan...

    Tapi tazkirahnya tak mungkin tertanam seperti jasadnya. Ilmunya masih berlegar di youtube, vcd dan banyak lagi..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Ramai yg berebut2 utk memasukkan ketulan tanah ke dalam kuburnya. Rasa diri sangat kerdil bila memikirkan ilmu dalam diri mungkin tak sampai 1% pun dari ilmu milik TGNA...

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah untuk Allahyarham TG Nik Aziz... Tuan Guru meninggalkan ramai pelapis yg berwibawa dan tindak meninggal dunia saja2... insyallah akan lahir pengganti beliau nanti

    ReplyDelete
  7. Alfatihah buat tok guru.. ilmunya tetap berkembang insyaAllah. Ya, betul.. sye sendiri pn sebak memdengar perkhabaran ini.

    Rasa macam terlalu cepat Allah ambil tok guru.. kita masih perlukan ulama untuk membimhing ummah..

    ReplyDelete
  8. Ya Allah memang sedih lagi hiba bila ulama yg disegani seperti ini meninggal dunia..
    Innalillahi wainna ilaihi rajiun... semoga almarhum ditempatkan bersama2 org solehin dan syuhada dan para anbiya'

    ReplyDelete
  9. Sama la Ujie. Saya pun sebak dan sedih dengar berita ni. Bila baca tentang amalan2 beliau, rasa mcm tak tahu la nasib kita nanti.

    ReplyDelete
  10. Pemergian yg wajar ditangisi dan tiada galang gantinya. Sedih sgt kak. Memang terasa lah kehilangannya. Al-fatihah.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****