Pagi ni baca berita Utusan Online, tajuk 'Taktik Baharu Terbongkar'. Sedikit petikan berita yang saya copy paste :
KUALA LUMPUR 7 Jan. - Pendatang asing di Cameron Highlands, Pahang dilihat tidak gentar dengan operasi besar-besaran oleh pihak berkuasa apabila mereka meneruskan penerokaan tanah haram untuk tujuan pertanian di kawasan tanah tinggi itu melalui pembukaan ladang baharu.
Taktik baharu pencerobohan tersebut terbongkar apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) menemui ladang-ladang terselindung di lereng bukit yang diusahakan oleh golongan tersebut.
Ladang-ladang yang dianggarkan berkeluasan kira-kira 500 hektar itu menggunakan kaedah penanaman ‘barn’ atau gemburan tanah berbanding pemasangan struktur pelindung plastik bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
...berita lanjut di SINI...
-------------------------------------------------------------------------
Persoalannya, kenapa pendatang asing sahaja yang diburu??? Kenapa bukan dalang sebenar yang 'membenarkan' semua ini berlaku yang diburu? Bagi saya, pendatang asing telah dijadikan KAMBING HITAM untuk menutup kesalahan mereka yang lebih atas (tangan-tangan yang berkuasa ke atas tanah Cameron Highlands).
Setelah beberapa siri kejadian tanah runtuh di CH baru-baru ini, tiada pemburuan dilakukan ke atas pesalah sebenar. Mereka bebas! Percayalah, selagi mereka bebas maka masalah di CH tidak akan berakhir. Dan kita akan terus 'didendangkan' dengan 'lagu' yang sama...penerokaan tanah haram oleh pendatang asing punca kejadian tanah runtuh!
Ya, pendatang asing memang bersalah ke atas penerokaan tanah haram tersebut. Tetapi, keberanian mereka tentulah bersebab. Ada dalang disebaliknya! Cari dan burulah mereka!
~sekadar pendapat dan bebelan dari saya yang tak punya kuasa. masih berharap agar CH mampu bebas dari tangan-tangan rakus.~
setuju dengan akak. pendatang asing takkan buat semua tu kalau tak dek orang yang suruh.
ReplyDeletesaya juga setuju, masalah ni tak akan settle
ReplyDeletemalahan ia akan berlarutan
cuma pada saya nak kejar ikan jerung
bukan semudah kejar anak ikan
kalau kaya, semua benda memang boleh jadi aje
implikasinya pada kita rakyat
Sy penah menetap cameron dr 2006-09...taula serba sedikit kisah sebenarnya...susah woo...
ReplyDeletesaya suka entry ni.. kan.. nasib la ikan bilis.. nasib la rakyat marhaen yang digula gulakan dengan kononnya undang undang telah ditegakkan..
ReplyDeleteSetuju dengan awak Ujie selagi dalangnya tak ditangkap maka ia akan terus berleluasa......Warga asing yg bekerja tu tak mampu nak menolak dimana mereka ditempatkan ye dak...
ReplyDeletepatutnya cari hingga ke akar ubinya... huhuhu makin berani si pendatang ni yer... huhuhu
ReplyDeleteBetul Ujie! Apa yg jelas di negera kita 'org besar' tak boleh diusik. Salah-silap selagi boleh ditutup akan terus ditutup. Walau baunya sudah dihidu seluruh pelusuk antero dunia tetap dicari jalan utk menutupnya... kalau boleh dimanipulate akan dibuat sampai macam dia tak bersalah..
ReplyDeleteselalunya macam tu la...semut kecik kecik ni yang di cari sebab senang nak banteras... jerung jerung besar tu diaorg buat tak nampak sebab takut 'makan diri'.
ReplyDeleteKena tangkap 'bapak'nya baru masalah tu selesai. ;)
ReplyDeletePATI juga yg salah.
ReplyDeleteKepala2 besar yg ada kuasa, yg makan rasuah tu?
Inilah Malaysia ku.
kalau dengan si 'jerung' tak sape yang berani, masalah ini akan berlarutan....entah sampai bila...
ReplyDeleteye betul..saya setuju tu
ReplyDeletebiasala tu.. klu ada apa2 yang bermasalah masing2 tunjuk org lain.. cuba klu buat sesuatu yg berjaya, semua pakat berebut nak nama...
ReplyDeleteTapi kalau teroka untuk pertanian, masih boleh dimaafkan lagi bagi sayalah. Sebab sekurang2nya hasil tu utk supply makanan kepada negara. Tapi kalo teroka hanya utk ambil balak, atau utk pembinaan bangunan batu, rasa agak tak sesuai.
ReplyDelete