...secebis kisah yang memberi inspirasi...
Ketika menginjak ke usia tua, IMAM AHMAD BIN HANBAL pernah berhenti di satu pekan ketika dia sedang bermusafir. Selepas solat, dia berhajat untuk bermalam di sebuah masjid berdekatan kerana beliau tidak mengenali sesiapa dalam pekan tersebut. Rasa rendah diri yang tertanam dalam diri beliau menghalang beliau untuk menyatakan siapa sebenarnya beliau.
Oleh kerana tidak mengenali Imam Ahmad, penjaga masjid tidak membenarkannya tidur di dalam masjid malah mengheret beliau keluar. Melihat Imam Ahmad yang tua, seorang pembuat roti mempelawa beliau menumpang di rumahnya.
Sepanjang di rumah pembuat roti, Imam Ahmad memerhatikan pembuat roti yang tidak pernah berhenti beristighfar. Lalu beliau bertanya, "Apakah kesan yang kamu dapati dengan istighfarmu yang berpanjangan?". Pembuat roti menjawab pertanyaan itu, "YA, AKU MENDAPATI SEMUA HAJAT DAN DOAKU TERTUNAI SERTA DIMAKBULKAN ALLAH kecuali satu". Imam Ahmad bertanya," Apakah hajatmu yang satu itu?". Jawabnya, "Aku mahu bertemu dengan imam tersohor, IMAM AHMAD HANBAL."
Imam Ahmad berkata, Allah bukan sahaja memakbulkan doa si pembuat roti, malah telah mengheret beliau (Imam Ahmad) sehingga ke rumahnya.
---> Jom kita perbanyakkan ISTIGHFAR...Astaghfirullah!
~ cuti yang agak panjang bagi yang bekerja di Wilayah Persekutuan sempena cuti Hari Wilayah 1 Feb ini, sambung pulak cuti Thaipusam. Alhamdulillah, boleh la saya dan suami balik kampung kami lama sikit. Untuk yang sama-sama bercuti, semoga selamat dalam perjalanan. ~
Kisah yg baik utk diulang-ulang buat tatapan kita semua bagi meningkatkan rasa rendah diri yg tidak akan merosakkan iman sebaliknya meningkatkan iman kita.
ReplyDeleteCuti panjang inilah peluang balik kg kan Ujie..
Yer Ujie, ramai antara kita yang overlook tentang ini kan....
ReplyDeleteSelamat balik kampungg...yuhuuu.
in sha allah sama sama kita amalkan :D
ReplyDeleteSalam Ujie.... wahhh setelah beberapa lama mencuba untuk masuk ke blog Ujie, harini baru berjaya... alhamdullilah... saya ada tinggal banyak2 msg kat blog sesiapa saja yg Ujie ada tinggalkan komen tapi nampaknya takder balasan...
ReplyDeletebukak2 je blog ni terus baca entry nih... saya sayu hati dan tersentuh... terima kasih atas entry yg bermakna ni...
salam singgah
wa'alaikum salam Najib, mmg ada problem dgn profile blogger ni. Tu yg kwn2 blog takleh masuk. Lps tukar ke profile google+ baru ok.
DeleteThanks ya Najib. ^_^
selalu buka zikir istighfar bila dalam kereta...sepanjang jalan istighfar :-))
ReplyDeleteAssalam Ujie..... klik Ujie kat entri lama lama .....ok pulak ni, tak jadi mcm hari tu...
ReplyDeleteMasyaallah besarnya hikmah beristighfar Ujie....tp kekadang tak terbuat jugak huhu
wa'alaikum salam OKje..Alhamdulillah..mmg baru ok ni. :)
DeleteSalam. Hee beristighfar dan insaf.
ReplyDeletebanyak fadhilat istighfar ni :)
ReplyDeleteInsyalah sama2 amalkan. Nice sharing..
ReplyDeleteseronoknya balik kampung. Saya dah lama tak balik kampung. huhu.
ReplyDeletePernah baca kisah ni, memang membuatkan hati bergetar.
insyaallah..elok kita amalkan..
ReplyDeletesayu pulak hati ni baca entri ni..sangat bermakna
ReplyDelete