Monday, 8 December 2014

Puding Raja

Pertama kali merasa PUDING RAJA. Dibawa khas dari Pahang.

Ni rupa sebelum dicurah kuah puding. Khabarnya harga Puding Raja ni agak mahal. Untuk bekas saiz di atas, harganya berpuluh ringgit. Tak pastilah berapa harga sebenarnya ya, sebab saya cuma merasa pemberian orang.

Rasanya? Lemak manis (pisang & kuah puding) dan masam (prune). Mula-mula makan saya rasa ok, sedaplah jugak. Tapi bila makan selepas disejukkan dari peti ais, barulah terasa lebih nikmat.

Antara bahan-bahan untuk menghasilkan puding ni - jala emas, pisang lemak manis, biji gajus, buah prune dan buah ceri. Bagi yang nak mencuba sendiri, boleh dapatkan resepi DI SINI



28 comments:

  1. memang tak cuba buat la ni ujie..mana nak dapat jala emas kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. jala emas tu boleh buat sendiri (ada resepi kat link atas), tapi kalau saya pun mmg tak buatlah. :D

      Delete
  2. Yup, saya pernah baca kat blog dulu pasal puding raja ni...tapi tak sangka pulak harganya semahal tu

    ReplyDelete
  3. Rupa nampak macam tak menarik tu kak ujie.. hehe

    ReplyDelete
  4. Pernah dengar sebab blogger Umialya pernah buat entri.....dekat Pahang aje adapuding Raja ni yeh Ujien..Nak tengok resepinya. Apa ke benda yg kuning tu yek?

    ReplyDelete
  5. Dengarnya puding ini adalah puding yg special utk hidangan keluarga di Raja Pahang. Tapi sekarang dah ramai rakyat yg dpt menikmati sama. Kakak tak pernah merasa lagi Ujie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, hidangan di Raja dan makanan kegemaran PM Najib khabarnya.

      Delete
  6. sedapnye... memula rasa puding raja ni masa blaja kat pahang.
    mmg sedap kalau dimakan sejuk.. :) wah.. ada resepi, blh try ni..

    ReplyDelete
  7. Teringat masa kawen dulu. Makcik sy ada buatkan puding raja ni utk makan beradap. Dia mmg ada amek tempahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh war2 kan tu fara, mesti ramai nak beli.

      Delete
  8. nampak sedap... mestilah sedapkan dah nama pun puding raja.. ni first time dengar n tengok bilalah boleh rasa.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Feveret ni Ujie. Balik kampung baru-baru ni dpt beli. Wah, terasa puashati.

    ReplyDelete
  10. Mengapa namanya puding raja... adakah ia makanan Raja2...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah mengikut yg empunya cerita..ia makanan istimewa keluarga di Raja. :)

      Delete
  11. terima kasih sharing... lepas ni buat puding buah pulak... campur jer semua buah2an dan tabur puding... yeayyyy

    ReplyDelete
  12. Salam...puding raja...nampak cantik dan gah se gah namanya...rasanya juga pasti sedap dan istimewa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg istimewa sbb lain dari rupa puding biasa.

      Delete
  13. salam ujie,,tak pernah tau benda ni hehe..saya ni masak desert hermmm kelaut sikit..masak lauk nasi boleh ler gagah lagi he he

    ReplyDelete
  14. nampakpun sangat royal dah, meriah patutlah mahal kan ujie, singgah sini salam ukhwah dari ana :)

    ReplyDelete
  15. saya baru ni dengar nama tu
    memang nampak sedap tu, tapi apa yang menyebabkan dia mahal?
    susah nak buat ke? or bahan dia?

    ReplyDelete
  16. tak pernah mkn lagi, nak buat rasanya tidaklah kut, kecuali nmpk orang jual harus membeli sebab nak tahu macamana rasanya puding raja yang gah tu.. :)

    ReplyDelete
  17. Kak nurul baru tahu dan tgk puding raja nie...

    ReplyDelete
  18. Puding raja ni memang terkenal di pahang. Sedap rasanya...menjadi kegemaran akak juga..

    ReplyDelete
  19. Sedap puding ni, saya memang suka :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****