Lelaki itu cinta pertama....katanya.
Apa perasaan kita, bila suami bermain cinta...
Wanita itu cinta pertama...katanya.
Benarkah cinta pertama, payah dilupa?
Tidak cukup bermain cinta terlarang,
Ditambah pula dengan keterlanjuran,
Bukan! Bukan keterlanjuran, tapi sengaja melakukan.
Suami orang dan isteri orang berzina!
Benarkah cinta pertama, begitu payah dilupa?
Cinta pertama yang kecundang di tengah jalan,
Bukan untuk dikenang dirindui sepanjang hayat,
Bukan jua untuk terus ditagih walau dengan jalan salah.
Cinta pertama adalah satu pengalaman hidup,
Untuk kita lebih bersedia menerima cinta kedua..atau ketiga.
Cinta pertama, mungkin benar payah dilupa,
Kerana ia kemanisan pertama yang kita rasa.
Tapi ingatlah, di saat kita menerima akad nikah,
Itu bermakna kita bersedia melepaskan masa lalu,
Dan membina cinta pertama yang halal di sisi Allah.
Cinta pertama, payah dilupa?
Lupakanlah demi suami/isteri dan anak tersayang!
Kita bukan lagi budak remaja yang asyik mencari cinta!
~ Sebuah kisah benar yang menyentap rasa. Bertabahlah suami/isteri yang dicurangi. Pasti ada hikmah disebalik yang berlaku. Dan semoga rumahtangga kita semua aman bahagia. ~
kita tak boleh hidup dalam masa silam kita.. ;)
ReplyDeletecinta pada Allah jua yang kekal abadi..
ReplyDeleteItu cuma alasan. Setiap orang ada sejarahnya cuma terpulang kepadanya sama ada nak menjalani hidup dengan berjalan ke hadapan atau masih mahu mengikut skrip sejarah yang dah ketinggalan di belakang. Mengapa berjalan berundur ke belakang ketika lebih selamat untuk kita berjalan ke hadapan??
ReplyDeletebetui tu kak yon.
ReplyDeletecinta pada Allah jua yang hakiki
Kadang2, cinta pertama tu sekadar escapism mereka. Manusia memang suka lari dari masalah.
ReplyDeleteCinta pertama tu cuma alasan je nak larikan diri dari tanggungjawab yang ada masa skrg. Eloklah hanyut dalam masa lampau..huhu
ReplyDeleteJemputlah ke blog saya #projek2ribu
Kadang ada yang tak perasan pun cinta pertama mereka...
ReplyDeletecinta pertama? hmmm...
ReplyDeletekena buka buku baru?
ReplyDeletekan bagus kalau cinta itu kuat pada yang SATU :)
ReplyDeleteorang ketiga sentiasa merbahaya...tapi tangan takkan bertepuk sebelah tangan.
ReplyDeleteNauzubillah.....moga dijauhkan, jangan berani nak permainkan hukum Allah....
ReplyDeleteTetiba teringat cinta pertama ? Tp masalahnya pernah ke? Konfius....cinta ke atau syok sendiri haha
hah kue eleng sopo kuwi :P
Deletekalau syok sendiri tu, tak kira cinta pertama tau. :D
DeleteOhhhh ....tak kira yehhhh...
DeleteYa Allah... menakutkan je. Manusia skrg sanggup buat mcm2 yg kita tak termampu nak fikir. Mohon Allah lindungi drpd perkara2 maksiat begitu. Cinta pertama tu kalau susah sgt nak dilupa..... tak perlu la sampai berzina. Nauzubillah. Lepaskanlah yg sedia ada. Mesti tak berani kan?
ReplyDeletecinta pertama jadi kenangan...terpulang pada kita samada mau dikenang sebagai pahit @manis :)
ReplyDeletebetul, cinta pertama payah dilupa... itu lah ukuran sebenar taste seseorang... tapi cinta pertama juga adalah dugaan untuk sesiapa pun juga...
ReplyDeleteCinta itu anugerah Allah yg sangat unik. Tapi cinta kalau tak diseiringkan dgn iman tak mustahil akan terkeluar dari landasan. Cinta yang bagaimana yang harus dibaja dan dijaga sebagai umat Islam kenalah tanya iman di dada. Berhati-hati dengan bisikan syaiton disebalik cinta yang Allah kurniakan itu.
ReplyDeleteCinta sesama manusia hanya sementara. Buat apa lah sampai susah nak lupa. Cinta padaNYA yg kekal abadi.
ReplyDeleteTapi ramai skang ni pasangan yg saling curang tak kira isteri atau suami. Kurang iman di dada mungkin. Syaiton pon senang cucuk jarum.
susah betul kalau orang yang masih tidak boleh lupa kisah lama..emm..buat apa dikenang? teruskan jelah perjalanan..hish..
ReplyDelete