Tuesday, 23 September 2014

Langkawi : SkyCab

...catatan awal September lalu...
 
SKYCAB atau biasa sebut cable car, terletak dalam Oriental Village, Langkawi. Ada bermacam-macam aktiviti kat sini selain naik cable car. Yang penting korang ada masa dan sanggup bayar. Untuk yang bakal pergi, bolehlah ambil info dari catatan saya ni. Untuk yang tak berkesempatan pergi, jom ikut catatan bergambar ni:
 
1. Pintu masuk Oriental Village. Jauh jugak berjalan nak ke kaunter SkyCab. Tiada tanda arah yang kelihatan (atau mata rabunku tak nampak?). Merayau-rayau gak mencari.
 
2. Dari jauh kelihatan sayup je cable car tu. Berlatarkan Gunung Machinchang yang memukau pandangan mata saya. Tak nampak jelas keseluruhan gunung sebab masa ni hujan renyai. Kubah putih kanan tu tarikan terkini - SkyDome.

3. Masa operasi dan harga tiket. Sebagai warganegara, saya menikmati harga 1Malaysia RM20. Sebelum ni RM15, tapi dah naik sejajar dengan pertambahan aktiviti - SkyDome yang baru je dirasmikan oleh Tun Mahathir pada 1 September 2014.
 
4. Dari kaunter masuk, kita terus dibawa ke SKYDOME yang bernilai RM1.53juta! Apa ada dalam ni? Kita boleh menonton animasi pada sudut 360 darjah. Ada kerusi yang sedikit menyandar dan ada layar gergasi. Saya tak ambil gambar dalam ni. Bagi saya seronok jugak, sebab kita rasa macam dalam animasi tersebut...dalam hutan cantik, naik roller coaster. Bila roller coaster tu naik tinggi dan kemudian menjunam ke bawah...masing-masing menjerit.
 
5. Lepas dari SkyDome, kita naik SkyCab. Subhanallah! Memang bumi Allah sangat menakjubkan! Ini sebenarnya gambar masa turun. Masa naik penuh kabus sebab hujan renyai. Tapi masih boleh nampak air terjun kat bawah dan formasi Gunung Machinchang yang buat saya terpukau. Kami naik dengan pasangan Arab dan seorang anak kecilnya. Tak putus-putus dia menyebut Subhanallah..MasyaAllah. 
 
6. Berhenti di stesen tengah. Tapi sayang tak nampak pemandangan Langkawi sebab kabus tebal. Walau berkabus dan sedikit hujan, kerja-kerja pembinaan (dalam gambar) masih berjalan. Macam bekerja atas awan!
 
7. Dari stesen tengah (Middle Station), kita akan naik atas lagi ke Top Station. Ni tengah beratur masuk cable car. Muat untuk 6 orang. Cable car takkan berhenti tapi bergerak perlahan, bila dia lalu je cepat-cepat kena masuk.

8. Stesen terakhir...jom nikmati pemandangan berkabus! Walau berkabus tetap ada indahnya tau. Sejuk nyaman. Kalau cerah mesti panas terik sekarang ni.
 
Masa turun memang best sebab kami berdua je dalam cable car tu. Barulah bebas bergambar! Yang ada memang bergerak kosong je tanpa penumpang. Inilah kelebihan bila pergi di luar waktu puncak, tak sesak dan rasa lebih tenang.
 
Kesimpulannya, tak rugi dan sangat berbaloi kita bayar RM20 untuk SkyCab ni. Tak perlu susah-susah mendaki gunung, dah boleh sampai atas dan menikmati aroma hutan. Tak gayat pun masa dalam cable car tu. Malah sangat seronok dapat tengok pemandangan luas dari atas.
 
 
Tips :
1) Sila rujuk laman web PanoramaLangkawi sebelum pergi. Sebab ada masa-masa tertentu SkyCab ditutup untuk penyelenggaraan. Macam sekarang ni tengah tutup sehingga 28 September 2014. Nanti gigit jari pulak.
 
2) Bawaklah sikit makanan/minuman, kot terasa lapar bila dah kat atas senanglah. Memang ada jual makanan/minuman kat atas nun, tapi macam biasalah harga tinggi sikit.
 
3) Dari mula je kita masuk cable car, akan ada staf datang untuk ambil gambar kita. Dah siap, kita boleh beli. Kalau korang tak mau beli dan tak mau muka korang ada dalam simpanan diorang, bolehlah menolak secara baik.
 



14 comments:

  1. tak pernah sampai sini..
    cantik permandangan ats tu

    ReplyDelete
  2. Bestnya... Teringin sgt nak pg huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Sy pnh smpi cni. Tapi masa thn 2011. Pnh naik. Gayat betul. Cumanya, SkyDome tak ada lg. Teringin nak ke sana lg. Heheheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gayat? saya pulak rasa excited..konon naik heli la kan..boleh tengok bawah gitu. :D

      Delete
  4. eh dome tu baru ye kak ujie..masa gi bulan 3 baru2 ni tak nampak pun keja2 construction..sky bridge tu still under renovation?lama jugak diorang tutup ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. sky dome tu katanya bln 7 beroperasi, kejap jugak la buatnya ya sbb zie pwgi bln 3 takde apa.

      skybridge tu..teringin nak try, kata tgh maintenance..lamanya.

      Delete
  5. Dah 3 kali naik cable car. Daki Gunung Mat Cincang pula pernah sekali masa kursus BTN dulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. org dok Kedah..untung la dekat.
      siap mendaki tu.bestnya!

      Delete
  6. seronoknya, bila ntah nak pergi langkawi ni :)

    ReplyDelete
  7. Mikhail gayat ke..ibunya? kahkahkah

    ReplyDelete
  8. sume yg dh pernah pegi ckp best, teringin nk pegi jugak..btw kak ujie, bg idea nk tulis blog semula..huhu

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****