Wednesday, 6 August 2014

Berkelah di Hari Raya

 
Bukan berkelah di tepi pantai pun, tapi tumpang berkelah kat premis awam di sebuah kampung di Kulai, Johor. Masa ni 2 Syawal, kami angkut ketupat 1 Syawal, kari ayam yang baru dimasak dan serunding kelapa dari rumah mak di Pontian ke Kulai. Jarak perjalanan agak jauh, jadinya bila tiba di Kulai dah tiba waktu makan tengahari. Bentang tikar dan suratkhabar mana yang ada, kami seramai 24 orang (tak semua ada dalam gambar, termasuk saya tukang ambil gambar) makanlah ramai-ramai. Masa tu rasa sedap betul makan, masing-masing makan bertambah walaupun cuma ketupat yang di makan dengan kari ayam dan serunding kelapa. Lepas makan, kutip semua sampah dan bersihkan apa yang patut. Alhamdulillah, dah kenyang kita sambung perjalanan untuk beraya ke rumah saudara-mara di Kulai!
 
 
Nota hati :
Pertama kali sebenarnya makan ala berkelah gini masa raya, biasa beli/makan kat kedai. Macam ni lebih jimat, santai dan kualiti makanan terjamin. Insya Allah tahun depan buat gini lagi.
 



26 comments:

  1. Sebenarnya kalau makan beramai-ramai apa lagi dgn keluarga apa pun memang sedap Ujie sebab masing-masing punya citarasa yg lebih-kurang sama. Airtangan tukang masak tu ada darah daging itu yg selera:)

    Selamat Hari Raya & maaf zahir batin dari kakak ye dik..

    ReplyDelete
  2. Bagus juga idea ni Ujie.. tak adalah kelaparan semasa dalam perjalanan beraya kan Ujie..
    Lagi bertambah selera bila makan ramai-ramai macam ni..

    ReplyDelete
  3. buat apa ke kulai? seronok makan ramai2 camni, tak kira la bentang tikar ke, surat kabar ke. Terutamanya kalau makanan tu buat sendiri.

    cantik gak gmbr ni buat mode painting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegi beraya rmh sedara mara kat Kulai, lyd..

      Delete
  4. acik pun buat macam tu kalau raya ujie..sebab bimbang tak de kedai yang buka sebab hari raya

    ReplyDelete
  5. kalau kat tempat aku,
    kedai tomyam semua tutup,
    makan je lah kuih raya dalam perjalanan
    perut pun asik lapo manjang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai tomyam mmg tutup, ko kena cari kedai mamak..hehee

      Delete
  6. ha, kulai? my hometown...
    kat mana tu... ayer manis? sedenak? sri paya? kg rahmat? bukit batu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..org Kulai rupanya. Area mana?
      Kami beraya Kg Rahmat dan Sri Paya.

      Delete
    2. lahir simpang renggam, tapi membesar kat situ. kg rahmat dengan sri paya tu dalam radius kurang 2km dari rumah. ada ramai kawan2 kat situ... :-)

      *mungkin ada yang kenal kot!

      Delete
    3. Mmg dekat dah tu SM. Sedara mmg ramai kat Kulai, tu pun tak pegi semua..pilih2 je.

      Delete
  7. bestnyeee berkelah time raya hehe. kite x pun. duk rumah je hehe

    awak jemput ke blog kite ada buat entry raya hehe

    ReplyDelete
  8. boleh jadi kenangan manis yang takkan dilupakan ni.

    ReplyDelete
  9. Salam aidilfitri Ujie..
    Maafkan salah silap saya sepanjang berkomen di blog ya.

    Mmg lebih berbaloi picnic sebegini..
    Jimat, lebih ceria, lebih puas makan...

    Raya hari tu saya ada kat Taman Universiti, Skudai...mesti dari Pontian lalu depan UTM tu kan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..kg kat Johor tu, kat Tmn U rupanya..
      Masa pegi Kulai dari Pontian, kami tak lalu dpn UTM. Kami ikut jln Gunung Pulai, lebih dekat katanya lah.

      Delete
  10. ini antara benda yang rare jugak orang buat dihari raya kak..hehehe..Anyway, Selamat hari Raya dan maaf zahir batin yer...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. best tu makan ramai2..selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  12. Lebih meriah rasanya...menjimatkan...jarang di buat orang...Selamat Hari Raya Ujie..

    ReplyDelete
  13. Makan ramai2 camtu memang bertambah la kak..sbb sedap berebut makanan tu memang lain macam selera dia..hehe

    ReplyDelete
  14. dapat dibayangkan keseronokannya..makan2 santai mcm tu..mesti licin semua makanan..

    ReplyDelete
  15. Betul Ujie...mmg lebih terjamin kebersihannya jimat pun jimat....
    Dari mana tu Ujie? jauh sangat ke perjalanannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari Pontian ke Kulai, takle jauh sangat pun kak. Cuma dlm perjalanan tu terkena waktu lunch, siap2 le bwk bekalan. Hari raya susah cari kedai mkn, ramai pulak rombongannya.

      Delete
  16. teringat masa dulu dulu. kalau nak berjalan jauh kena siapkan bekalan makanan.masa tu mana ada kedai makan kat tepi2 jalan. time makan berhenti kat mana2 bentang tikar, berkelah lah kat situ..

    ReplyDelete
  17. orak entek meneh riko berkelah
    nyong eleng wes enek entry baru
    kok orak eneng..
    wes suwi orak ngomong jowo nang blog tata,
    kangen :)

    ReplyDelete
  18. Wow! Mcm best je. Sy tak penah ade experience mcm ni. Ramai2 g raya umah then berehat smbl mkn rmi2 macam ni. Sesuatu yg lain ni Ujie!

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****