Pasangan yang halal...suami dan isteri.
Gambar berpeluk-pelukan, laga-laga pipi.
Nampak mesra dan intim sekali!
Kalau sesekali mungkin kawan-kawan boleh terima.
Kalau kerap sangat, kawan pun mula meluat.
Timbullah kata-kata..
...macam dia sorang ada bini...
...macam dia sorang ada laki...
...macam dia je yang bahagia!
Eh, salah ke? Kan pasangan yang halal?
Secara asasnya, memang tak salah sebab suami isteri.
Tapi kita kena fikir dari sudut agama dan pandangan masyarakat.
Agama mengajar kita sifat MALU. Malu itu tanda orang beriman.
Budaya Melayu kita turut mendidik sifat MALU.
Maka, selitkanlah rasa malu itu dalam diri kita.
Simpanlah gambar-gambar intim untuk tatapan sendiri.
Tak perlulah umum tahu bagaimana kita berpeluk dengan pasangan!
Dan...gambar sebegini mampu mengundang kemungkinan lain.
Kemungkinan yang negatif...fikir-fikirkanlah!
p/s: entri ini tidak ditujukan kepada sesiapa, sekadar pandangan saya. Mohon maaf jika ada yang terasa ya. Berbeza pandangan...itu biasa.
betul tu, walaupun benda tu dihalalkan tapi jaga laa sensiviti skit kan kak..nie peluk cium sebelum pegi kerja igt sy yang bujang2 tengok nie tak jeles ker??hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Cari pasangan cepat Bro..
DeleteNanti tak jeles :)
hahaha...datangan yang menarik tuh...hehehe
DeleteRegards,
-Strider-
hahahaa..akak mmg ada terfikir mcm azlan ckp tu. Kalau setakat jeles takpe, kalau ada yg tiru dgn pasangan tak halal..berat jugak.
Deletetu berat gak kak...baik xde pasangan daripada ada..hahahaha
DeleteBetul tu kak, kalau di negara barat no hal la, nak pegang sana pegang sini. Kita yang tengok pun naik isin. Huhu.
Deleteehhh..tata wong jowo??
Deleteterima kasih kerana sedarkan saya..
ReplyDeleteeh, pic profile idzwa ni tak termasuk kategori yg dimaksudkan. Yg ni ok je. sweet.;)
Deletesetuju..perlu berpada pada.jangan melampau sangat =)
ReplyDeleteTapi pandangan kita sama Ujie.
ReplyDeleteBukan tak boleh tapi kurang manis rasanya apa lagi kalau diulang-ulang
Azlan Strider - jgn jeles dik. Apa lagi? so, cepat-cepat cari calon hihi...
betul, bkn tak boleh. Tapi jgn la kerap sgt...
Deletehee..ramai yg dok suruh Azlan nih.. :)
Sebenarnya, walaupun kita di FB,kita tetap hidup bermasyarakat...tetap perlu jaga perasaan orang lain ..:)
ReplyDeleteselalu kita lupa..anggap tu akaun fb aku..aku punya sukalah.
DeleteSaya sangat jarang post gambar bersama en. suami sebab tak rasa ianya perlu untuk tatapan umum.. cukuplah kenal saya dan en. suami dah.. kalau nak gedik bergambar pun lepas tu simpanlah untuk koleksi peribadi.. ;)
ReplyDeletekan..gedikla mcm mana pun, asalkan tak tayang kat umum.
DeleteAgaknya yg selalu posting kemesraan berlebihan suami isteri tu sengaja nak tutup realiti kekurangan kemesraan dalam rumah tangga mereka. Mungkin saya salah, tapi kalau mengikut sudut psikologi, kadang-kadang seseorang cuba menunjuk-nunjukkan sesuatu bagi mewujudkan persepsi orang tentang apa yang dilihat kerana mereka tak yakin itulah yang orang lihat tentang kehidupan mereka..
ReplyDeletesaya rasa mcm betul apa JR ckp ni. berdasarkan realiti...
DeleteNak tegur remaja2 kita yang bergambar sambil berpeluk bercium tanpa ikatan sah, memang tak larat la. Lagi elok kita tegur yang macam ni. Sekurang-kurangnya pasangan halal ni dapat tunjuk contoh baik.
ReplyDeletegd point!
DeleteYe la ujie... mula mula org suka tengok...
ReplyDeleteLama-lama orang meluat tengok... :)
mula2....sweetnya...
Deletelama2...org tak kata apa sbb dah meluat.
Terase jugek sikit. heheh.. Sebab penah letak kat blog gak gmbr peluk asben. Tapi saya faham maksud ujie. Saya fikir balik, rasa mcm tak wajar jgk letak gmbr macam tu dlm blog. Kan lagi elok privacykan gmbr kita. Baru la org tak tau cemana reputasi hubungan kita.
ReplyDeleteada eh..tak perasan lak ada gamba tu. Tapi yg saya maksudkan ni peluk beria-ia dan kerap tayang. Setakat peluk bahu dan sesekali tu bagi saya takde hal.
Deletehal begini pernah diutarakan pada seorang ustaz.. dan saya suka jawapan ustaz tu.. jawapannya kalau hanya sebab halal.. kenapa tak pergi beromen je kat roundabout tu.. tapi malu la..
ReplyDeleteheheee..saya pun LIKE jawapan tu.
Deletenak perhatian lebih kut kan..
ReplyDeleteada kemungkinan jugak kan..
Deleteyup..gamba berdua suam isteri mmg takde hal. elok la utk kenalkan pasangan kita. asal jgn ada aksi telebih romantik je.
ReplyDeleteKalau nak harapkan gambar dari saya, tak usah la ye. Camera shy maa! Hahaha.
ReplyDeletetengok profile pic pun tau...hahaha
Deletegamba pokok apa tu?
gambo pokok ketom tata eh, hak hak :D
Deletewp upload dlm fb je, tp ramai yg tgk kan? segan rasanya..
ReplyDeletegmbr2 selfie tu pun kdg2 rasa cam x patut upload. huhu.. tp ada stgh org suka..
segan tu tanda ada malu. Yg takde rasa malu,,tu yg kesian.
Deletetu bab gambar..lg 1 bab bergurau/bercakap hal2 org kawen ni..mcm tak bertapis depan kawan2 yg bujang..
ReplyDeletesaya pun malu nak lk gambar² intim ni ...
ReplyDeleteOKje ....ok jer.....setakat gambar berdua, apa salahnya hehe...bukan berlaga pipi pun, baru letak kat FB Ujie hehe
ReplyDelete