Tapai pulut yang sodap! |
Hujung minggu lalu balik kampung di Johor sekejap. Hari Ahad masa nak balik Bangi, sempat melencong ke Kuala Pilah. Hajat asal nak makan Tempoyak Daun Kayu, tapi takde rezeki sebab kebetulan haritu restoran tersebut tak buat pulak.
Di sepanjang jalan ada banyak gerai jual hasil kampung, kami singgah nak beli pisang. Nampak pulak tapai pulut bungkus daun ni, terus capai 5 tangkai. Harga setangkai RM1. Tiap tangkai ada 3 bungkusan tapai. Sebenarnya tak tau pun ni daun getah, setakat pokok getah tu memang kenal. Tapi tak pernah perhatikan pulak rupa daun dia betul-betul. Suami yang agak ni daun getah. Bila search kat intenet memang betullah ni daun getah. Daun getah memang ada 3 helai daun untuk 1 tangkai. Nak tengok cara buat? Klik SINI.
Sampai rumah masuk tapai dalam peti ais dulu. Dah sejuk baru makan. Makan sambil senyum sebab tapai dia menjadik. Sedap!
tiap2 raya rumah saya akan hidangkan tapai daun geth ni pada tetamu... dari dulu sampai sekarang.. :)
ReplyDeletetapai daun getah ni mmg famous kat Nismilan...kalau balik rumah mertua saya, kadang2 ada aja atas meja makan...hahaha
ReplyDeleteTapai daun getah kata org lebih manis Ujie. Kalau di Batu Pahat femes tau macam jadi satu menu bila ada kenduri-kendara.
ReplyDeletetapai daun getah ni selalu pulut dalam tu.. sy pernah makan sekali kenduri kat perak, payah nak jumpakan..
ReplyDeleteSodapnya Ujie.. Saya memang lebih suka tapai pulut dari tapai ubi...
ReplyDeletecahayacinta.com
ReplyDeletesuka tapai.mak suka pakai bkas kecik tu huhu...
sedapnya..
ReplyDeletefeveret ni..ltak lam esbok..uhhh sedapnyaer
ReplyDeletetapi aku lebih gemar tapai ubi. masuk peti sejuk, makan dengan ais...
ReplyDeletehari2 liya jumpa kak kat kedai makan yg kami selalu lunch ... :)
ReplyDeletewak pon dh lama x mamam tapai jugakk.,ahhKs
ReplyDeletekat sini belambak tapai daun getah..kak kg dah advance sikit.orang letak tapai dalam bekas comel2 tu je.sebab pokok getah dah kena tebang kot hehe tak kan nak guna daun sawit:)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletetak pernah lg makan tapai...
ReplyDeleteujie..kenapa tak singgah je rumah acik..ada tempoyak daun kayu tu..acik baru buat..
ReplyDeletehari tu ikut rombongan kenduri sepupu, 1st time rasa tapai pulut hitam..sedap jugak!! :)
ReplyDeletengidam tempoyak daun kayu eh... :)
ReplyDeletetapai ni 1st time saya tau dari kawan org kelantan
Dibungkus daun getah..tak pernah dengar lagi tapai dibungkus daun getah....
ReplyDeletemakan dengan eskrem. meletop!!!
ReplyDeleteAssalam..sedap tapai ni?? org ckap kalau banyak makan bleh hlang suara kn?? sy mnat dengan tempoyak..tp tempoyak daun kayu tu mcm mn pulak?? he3 sori banyak bertanya..
ReplyDelete