Korang pernah dengar tak ada pendapat kata melakukan qunut dalam solat Subuh tu satu bida'ah? Tak boleh buat. Ada pulak yang menganggap macam wajib. Mesti nak buat. Jadi, apa hukum melakukan qunut Subuh ni sebenarnya?
Sebenarnya memang ada perbezaan mengikut pendapat ulama yang berlainan. Tapi kita jangan pening-pening, disebabkan kita mengikut Mazhab Syafie maka hukumnya adalah SUNAT MUAKKAD (sunat yang dituntut/disuruh). Maksudnya, sebaik-sebaiknya kita lakukan. Jika terlupa atau sengaja meninggalkan qunut, solat Subuh tadi tetap SAH. Tapi selepas tu sunat kita melakukan Sujud Sahwi. Kalau tak buat jugak Sujud Sahwi? Takpe, solat tetap sah sebab hukum asal melakukan qunut adalah sunat.
Jadinya, janganlah keliru atau berpecah kerana hal ni. Kalau kita buat, jangan anggap orang yang tak buat tu sesat. Kalau kita tak buat, jangan anggap orang yang buat tu melakukan perkara bida'ah. Wallahu a'lam.
(sumber: majalah al-Ustaz)
*ni cuma jawapan ringkas untuk memudahkan pemahaman bersama.
yup.. simple je... sunat je baca qunut.. kalau buat dapat pahala, tak buat tak berdosa..
ReplyDeletehaah, selalu sangat jadi percanggahan pendapat tentang ni..nice sharing :)
ReplyDeleteklik aog~
ReplyDeletepernah dengar ceramah pasal qunut ni. kalau imam tu mcm kat mekah tak qunut. dia akan berhenti lepas takbir bangun dari ruku' tu lama utk bagi peluang yg baca qunut. tapi dia tak baca la. mazhab lain.
ReplyDeletesalam ujie,
ReplyDeletemenurut ustazah yg kak ati belajar
jika bersolat di mekah pun selalu
jadi keliru sebegini..wallahualam
nice info.. ada jugak org yg akan keliru kalau tak dibagi tahu
ReplyDeleteKakak nak inform di sini bahawa solat subuh di Mekah dan Madinah tidak ada qunut. Sebab itu bila nak tunaikan haji atau umrah kita diajar qunut pendik. Sebab imam memang tak baca qunut. Sah solat tanpa qunut. Tapi sebab kita mazhab syafie bacalah yg pendik, tak baca pun tak apa.
ReplyDeleteWallahualam..
assalam ujie..memang selalu dengar tentang ni bila ada soal jawab agama
ReplyDeleteKAKZAKIE:
ReplyDeletethanks kongsi pengalaman dan info kat sini..:)
info yang bagus kak...:)
ReplyDeleteislam tu mudah lah... kan? :D
ReplyDeleteramai juga kawan-kawan baru tahu hal ni sebab masa saya solat subuh , saya tak baca doa qunut tu :D
ReplyDeleteso , tak ada alasan tak solat subuh kan?
Tak payah pergi Mekah atau Madinah, kalau sempat solat di Perlis keadaannya juga sama: di sana tak ada qunut. Kalau solat jemaah, imam juga tak baca bismillah dan di akhir solat juga imam tak berdoa dan makmum mengaminkannya seperti di negeri2 lain. Ini kerana Perlis tak mengikut Mazhab Shafie, mereka mengikut pendapat majoriti Ahli Sunnah...
ReplyDeleteada orang tu siap mayam semula sebab trelupa baca qunut..
ReplyDeletemasa kat perlis dulu,solat subuh mmg xde qunut...
ReplyDeletebetul:) my ustz said that
ReplyDeletedulu masa sek agama mmg ustaz ada cakap yang penting ikut rukun solat..tapi setakat nak baca doa qunut bukannya susah pun kan.sunat yang sangat dituntut..nice sharing kak ujie
ReplyDeletesunat jer....kalu nak cari banyak pahala...eloklah buat...jangan pening2kan kepala...islam itu indah..
ReplyDeleteIslam itu mudah, xyh pening2 kan. Nice info sis. Alhamdulillah dpat tau time tuan guru mengaji time kocik2 dulu. hehe
ReplyDeleteSalam perkenalan & Done follow sini #525
Jemput singgah : Tieysmilez@blogspot.com
owh baru tahu, pernah tanya jgk pd seseorg dia ckp bnda 2 sunat jer tapi kalu boleh bacalah.... tq sis atas perkongsian...
ReplyDeleteMcm mana cara solat subuh tanpa qunut dah sjud sahwi??
ReplyDeletemaaf, kurang faham soalan.
Deletejika maksud soalan 'cara solat subuh tanpa qunut DAN sujud sahwi', caranya, buat seperti solat biasa (lepas ruku'-i'tidal-terus sujud). Tiada bacaan qunut.