"Harap-haraplah BN menang, boleh dapat RM1,000 tahun depan."
"Nak dapat RM1,000, kena undi BN lah."
Lebih kurang begitu kata-kata yang saya dengar. Mereka, orang-orang kampung menjadi teruja dengan janji wang RM1,000 itu. Berdasarkan pemerhatian singkat saya sewaktu balik kampung tempohari, saya hampir pasti BN telah berjaya memenangi hati orang-orang kampung. Yang majoritinya warga emas.
Saya tidak menyalahkan apa yang mereka fikir - undi BN, tahun depan dapat BR1M sebanyak RM1,000!. Kerana tahap pemahaman, pendedahan dan keperluan mereka yang membuahkan pemikiran begitu. Dan saya sendiri tidak berminat untuk memberi 'ceramah' kepada mereka mengenai cukai, harga minyak, subsidi gula atau menjelaskan apa itu tanggungjawab sebuah kerajaan terhadap rakyatnya. Saya malas mahu memanjangkan cerita politik. Biarlah mereka dengan undi mereka, dan saya dengan undi saya!
p/s: Penulisan ini sekadar mahu bercerita realiti yang saya lihat, bukan satu kempen untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
betul ujie..undi bukan lagi rahsia kan..awal2 dah diberitahu...
ReplyDeletex tahu nak komen camana
ReplyDeletetapi memang inilah realitinya
tapi bukan semua orang boleh digula gulakan
Maka berjayalah, at least sebahagiannya, gula gula pilihanraya...:)
ReplyDeleteItulah Malaysia..
itu le ujie..kekadang hal poloitik ni bikin panas je musim2 panas ni..
ReplyDeletepolitik sampai sudah takkan pernah habis. kita yang rakyat ni jadi mangsa.
ReplyDeletepenilaian dari kita sendiri itu penting...nilai dan kemudian kita pilihlah...semua sudah matang...tidak macam zaman dulu-dulu..dimomokkan dengan macam-macam berbentuk ketakutan...
ReplyDelete"Harap2 la BN kalah. Boleh tuntut kerajaan baru kawal harga barang, kurangkan inflasi, bla, bla dan bla. Dan tak perlu lagi mengharapkan bantuan sejemput tu. Beli baju sekolah pun tak payah tunggu duit rm100 lagi dah. Kalau gagal, tukar la lagi"
ReplyDeleteMaaf, cuma pandangan peribadi.
pilihan ada di tgn kita sendiri kan. tapi paling susah nak tukar pemikiran org2 lama...
ReplyDeletexyah gi jauh...parents sndri pun pyh nk explain.. :(
ReplyDeleteKerana duit macam tu la..
ReplyDeletewaka....waka....kita dgn budaya kita yg susah bangat nak ubah.....ahakz
ReplyDeleteKita try dulu kerajaan yg baru kalau sama gak kita ubah la lagi
ReplyDeleteSaya setuju ngan Telor Power
ReplyDeleteRamai org giginya bukan saja dah sakit tapi sampai dah rongak sebab terlebih makan gula2. Lepas ni entah ada gula2 besar lagi nak bagi supaya semua gigi kita tertanggal, bila dah tak ada gigi tak boleh nak gigit lagi penderma gula2....hehehehe
ReplyDeletekuasa ditangan, gunakan tanpa was-was
ReplyDeletebahaya dgn cara sogokkan jangka pendek ni..hrmmmm~
ReplyDeleteYup. Objektif politik dacing. HAmpir mencapai sasaran.
ReplyDeletetak dinafikan....mmmm...bila duit jd bahan politik..eh...?hahahaha :D
ReplyDelete1st time nak mengundi nanti.. undi lah BN :)
ReplyDeletepilihan ditangan kita so buatlah pilihan terbaik kan !
ReplyDeletepayah jugak gini kan..
ReplyDeletelmbat nyer nk mngundi
bila laa nak mengundi nie..dah banyak projek/event terangguh sebab nak tunggu pilihanraya punya pasal..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-