Friday, 9 November 2012

Begitukah Cinta Seorang Suami?

Pada isteri...
Cinta itu terlalu suci,
Tidak hadir sebarangan,
Tidak diberi sewenangnya.
Tidak mungkin ada dua cinta dalam hatinya.
Cinta bererti setia pada yang satu!

Pada suami...
Ruang hatinya terlalu luas,
Untuk diisi hanya dengan satu cinta.
Lalu dibuka ruang itu untuk hadirnya cinta kedua,
Bukan kerana pudar cinta pertama...itu katanya!
Cintanya bukan bererti setia pada yang satu.

Begitukah cinta seorang suami?
Membuat isteri pedih terluka,
Sedang bibir melafazkan cinta!


********************************************************************

Ini bukan kisah saya dan suami (moga kami bahagia selalu). Tapi ditulis berdasarkan kenyataan yang berlaku disekeliling saya. Memang betul lelaki boleh berkahwin empat, tetapi dengan SYARAT YANG KETAT. Juga dengan cara yang betul. Bukan membawa perempuan lain masuk ke rumah, sedang isteri berpantang di kampung. Bukan juga asyik bermain cinta tanpa nikah. Atau bernikah senyap-senyap! Cintakah itu? Kalau tergamak menyakiti hati insan yang dicintai. 

[Maaf, emosi sikit dengan kisah begini.]

22 comments:

  1. ayut pon emosi bila bab cite ni...tp tak tahu nak ckp apa lagi..ap yg pasti sbhagian lelaki yg begitu mmg bukan ketua keluarga yg baik...

    ReplyDelete
  2. teitbe wak tringt pepatah pulakk, cinte X semestinye berSatu gituu.. uuuhuuu

    ReplyDelete
  3. Jgn kate Ujie, sy pun panas ati tau (gaya Aydin)

    >=(

    ReplyDelete
  4. Kakak rasa ramai para isteri yg merasa panas sama bila ada kaum yg sama terkena. Memang panas hati Ujie..

    ReplyDelete
  5. mudah2an sy juga sentiasa bahagia bersama suami, bahagia dengan kesetiaan..

    ReplyDelete
  6. sy pernah usik2 ade sorang brader kat tempat kerja nie suh dia berpoligami..bila dia terangkan dengan detail psl poligami nie sebenarnya tanggungjawab dia sgt besar dan bukan sekadar tanggung makan minum dan nafkah batin saja..hehe...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. mungkin wanita dianggap lemah hingga dilayan sebegitu...

    ReplyDelete
  8. tulah kata kan kak..
    ita hari2 duk tengok benda serupa je macam ni...

    ReplyDelete
  9. nisa tak pernah lagi selami poligami ni bagaimana.

    harap yg berpoligami, ketua keluarga tu berlaku adil pada masjid yg dibinanya,

    adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya) :')

    aaaminnn..

    ReplyDelete
  10. dorang jgn ingat poligami ni tanggungjawabnya biasa2 saje..

    ReplyDelete
  11. huhuhu....jangan suami ct bermain cinta lak...huhu

    ReplyDelete
  12. hope sy & suami bahagia dengan izin-Nya..

    terjah sini, bce entri, kome, & follow....

    ReplyDelete
  13. as salam

    mostly yg poligami tu sangat meyedihkan keadaannya..dulu masa keje ada sorang datin ni..dia 1st wife..2nd wife dapat ferari..dia dapat brabus..pun rasa tak puas hati..tu org yg byk duit pun masih tak puas hati..haih mmg susah nak berlaku adil ni..

    ReplyDelete
  14. wuhuuhuh..
    lelaki..
    mengapa begitu..
    huhhhu..

    tkut nak tawen cni.. hehe

    ReplyDelete
  15. Semua pompuan kot panas hati kalau bab gini.

    ReplyDelete
  16. aku nk cari satu pun x dpt2 lg ni huhuhuuhuuu

    ReplyDelete
  17. 'cinta lelaki seluas lautan, maka ramai yang boleh tumpang menghilangkan dahaga...'

    ReplyDelete
  18. nauzubillah.. mintaklah dijauhkan dr benda² mcm ni....

    tq tegur ejaan lamb hahaha... laju noo menaipp bnyk yg errorr....

    ReplyDelete
  19. betul la kan?!? semoga cinta kita dan suami tetap satu sehingga ke syurga,... amin... (sebak pulak rasanya...)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****