Monday, 11 June 2012

Hari Keluarga

Cuti hujung minggu lalu saya dan suami sekali lagi balik kampung di Johor. Kali ni sebab ada Majlis Hari Keluarga yang mengumpulkan beberapa generasi dari keturunan arwah datuk saya. Disebabkan berturutan dua kali hujung minggu berulang-alik Bangi-Pontian/Batu Pahat, maka blog ni agak terabai. Termasuklah jarang bertandang ke blog korang. Kepada cik Yana Prettywrite yang bertanya...itulah sebabnya ya. 

Banner yang menyambut kehadiran semua.
Haji Nawawi tu arwah datuk saya, dari sebelah bapa.
Majlis ni diadakan setiap tahun. Penganjuran dibuat secara bergilir dikalangan adik-beradik arwah bapa saya. Disebabkan ramai di antara pakcik/makcik telah meninggal (bapa saya pun telah tiada), maka penganjuran diadakan oleh waris masing-masing. Semalam lokasinya di Ayer Baloi, Pontian, Johor. 

Gambar kiri: Khemah...tempat makan dan berkumpul.
Gambar kanan: Pertandingan mewarna...aktiviti wajib untuk menceriakan kanak-kanak.
Setiap keluarga ada warna baju sendiri, keluarga kami berbaju biru.
Majlis bermula dari pagi hingga sebelum waktu Asar. Tapi sebab saya nak balik jauh, waktu Zohor saya dah berundur dari majlis. Ada beberapa aktiviti yang tak sempat diikuti. Insya allah tahun depan jika berkesempatan, saya hadir lagi.

14 comments:

  1. seronoknyer dapat berkumpul ramai2 kan...

    ReplyDelete
  2. ramai blogger bercuti dan berkumpul ramai2 dengan family...bestnya bila bersatu padu anjur sambutan hari keluarga...

    ReplyDelete
  3. Ini baru betul2 hari keluarga, bukan mcm yang tempat kerja buat tu...

    ReplyDelete
  4. Seronoknya kan, rasa nak anjurkan hari keluarga jugak lah tahun ni hehe..:)

    ReplyDelete
  5. assalm ujie..alhamdulillah dapat berkumpul dan berkenalan lebih rapat dengan sedara mara walaupun tok2 dah tiada.

    ReplyDelete
  6. pertandingan mewarna tu paling suka! dh bsq ni pun rasa mcm nk join...hihihi

    ReplyDelete
  7. MIE:
    apa kes tu en.mie?

    ACIK:
    betul tu, mmg syukur. tapi keluarga semua dah terlampau berkembang, tak dpt nak ingat nama..muka je ingat. ^_^

    MUN:
    patutla masa pertandingan ni, ada mak2 yg mewarna sama..^__^

    ReplyDelete
  8. family gathering ker??wah..best2..best..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. meriahnya family gathering camni. kami pun sblm2 ni ada buat juga. tp thn ni macam takde plak...

    ReplyDelete
  10. dah lame xjoin family day :)

    ReplyDelete
  11. meriahnyaaa... mesti best kan :0

    ReplyDelete
  12. wah seronok nie....bila dah dalam kroni gini kompom meriah. nak pula lama tak jumpa

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****