Tuesday, 20 March 2012

Umrah Murah

Sebelum ni saya ada bercerita mengenai pakej umrah murah yang mak, makcik dan sepupu saya ambil. Mereka sudah pun selamat kembali pada hari Isnin minggu lalu. Dalam entri ni saya akan cerita sebab ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pakej umrah yang murah ni.

Bukan nak tunjuk beg, tapi nak tunjuk info syarikat tau..

Harga sebenar yang mak saya bayar tidak lebih dari RM2,500. Jumlah tersebut termasuk makan 3 kali sehari- pagi, tengahari dan malam. Bagaimanapun jumlah bayaran berbeza tiap individu, bergantung kepada bila masa bayaran dibuat. Contohnya, jika bayaran dibuat awal setahun dari tarikh jangkaan berangkat, maka harga pakej akan jadi lebih murah. Ada juga yang hanya perlu membayar kurang dari RM1,000. Saya tak mampu nak terangkan lebih jelas, takut tersilap tulis dah jadi satu kesalahan pulak. Kenapa murah? Menurut pemahaman mak saya, ia dilaburkan. Sekali lagi tiada penjelasan dapat saya beri. Mungkin hasil pelaburan tersebut yang digunakan untuk menampung kos umrah yang sepatutnya.

Masalah yang dapat dikesan dalam pakej yang mak saya ikut ni, adalah penangguhan penerbangan. Tarikh pemergian tertangguh beberapa kali. Kali ketiga barulah betul-betul jadi. Tapi ia bukanlah masalah pada mak saya sebab tak bekerja dan tiadalah masalah berkaitan permohonan cuti. Penerbangan balik ke Malaysia juga  bertukar dari 9hb. kepada 12hb. Juga tiada masalah bagi mak saya, lagipun tiada bayaran tambahan dikenakan dan makanan pun tersedia seperti biasa. 

Apapun, sebelum bersetuju mengikuti pakej umrah ni, saya dah terangkan kepada mak supaya bersedia kalau-kalau tertipu dan wang hangus. Mak saya pulak tak ragu-ragu sebab jiran-jiran dah beberapa kali pergi dengan pakej tersebut. Lagi pula, ni bukan kali pertama mak saya nak ke sana. Kiranya kalau tertipu dan tak jadi pergi, taklah terkilan sangat. Tapi Alhamdulillah...semuanya selamat!

Kesimpulannya, pakej ni memang sangat menarik namun ada risiko. Tapi yang mahal pun masih tak lari dari risiko bukan...cuma kadar risikonya kecil.

21 comments:

  1. Kite hanya merancang kan? Allah sj yg mampu melindungi kite dr sebrang kejahatan dan keburukan.

    Alhamdulillah mak awak selesai semuanya...

    =D

    ReplyDelete
  2. SYUKUR ALHAMDULILLAH... X KIRA MURAH ATAU MAHAL.. Y PENTING DPT JALANKAN IBADAH DGN SEMPURNAKAN

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah selamat sampai jugak..
    baik berhati2 dulu sebelom terjadi apa2 kan..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah,
    Betul...yg pting selamat...

    Tp, kita nk p buat ibadat, tmt yg bkan slalu kita p, tentunya kita cuba nk dpatkan yg terbaik kan..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah mak jie dah selamat kembali dari mengerjakan ibadah umrah

    ReplyDelete
  6. Salam Ujie.

    Murahnya pakej umrah. Biasanya sekitar RM5K utk umrah.

    ReplyDelete
  7. owh..ade jugak yang serendah 2500 ek kak..Sebelum nie kebanyakkan saya dengar pakej dia RM 5000..sampai da set dalam kepala kalau nak gi umrah kena kumpul duit sampai 5000..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah mak ujie selamat mengerjakan umrah dan kembali ke sini..perkara baik,Insya Allah dipermudahkan..menarik jugak ni :)

    ReplyDelete
  9. EITA:
    Mmg kena berhati2 sbb murah sgt.
    Kan dah ramai yg tertipu..agen hilangkan diri.

    AINE AINUN:
    betul..kalau 1st time pegi mmg tak digalakkanlah.
    Kot apa2 jd, frust sgt pulak.

    SHAMEEL:
    saya pun susah nk percaya..
    Tp hakikatnya mak saya dh slmt pegi & kembali.

    AZLAN:
    akak pun 1st time tau. Tu nk share kat sini.

    TIHARA:
    Mmg menarik.
    teringin nk amik, tp kalau tarikh asik bertunda susah pulak nk atur cuti kerja suami.

    ReplyDelete
  10. bestnya kalau ada rezeki ke sana.. insyallah dalam hati ada pasang juga niat nak ke sana..

    ReplyDelete
  11. seronoknya dapat pergi umrah..
    semoga semuanya selamat..

    ReplyDelete
  12. tahniah ujie....tahniah. rasa terharu sgt dapat tgk kawan2 jejak kesana

    ReplyDelete
  13. hmm. kalau niat kita mmg nak ke rumah ALLAH, mesti ALLAH akan banu dgn apa cara kan? alhamdulillah.

    ReplyDelete
  14. Seronoknya dapat pergi byk kali ke sana. Nasib le tak kena tipu kan.

    ReplyDelete
  15. CIK JANNAH:
    Yg penting..kita psg niat dulu..
    Insyaallah ada jlnnya.

    LYD:
    mula2 tu risau gak tertipu.
    Sbb beberapa kali tertunda.

    CK:
    Duit yg kita byr tu, org tu ckp sykt laburkan.

    Lebih kurang mcm air asia akak rasa, siapa beli tiket awal..murah. sbb lagi lama dia boleh guna duit yg kita dah byr tu utk dilabur/bisnes.

    ReplyDelete
  16. alhamdulilah dah selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air.

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah kalau niat baik akan dipermudahkan..

    tp kalau kita y bekerja ni mcm susah sikit la kan kak...takut asyik tangguh cuti apply ms y plan..

    :)

    tp mmg murah la..teringin nak ke mekah..

    ReplyDelete
  18. J/ IRA:
    tu la pasal..kenalah amik yg biasa jwbnya..

    ReplyDelete
  19. hope dpt pergi sana tanpa sebarang halangan....

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****