(Nota: Ramai yang ingin mengetahui cerita penuh untuk entri sebelum ini. Tapi maaf ya, cuma itu dapat saya coretkan. Tak mahu mengguris mana-mana pihak. Tujuan paparan sekadar untuk peringatan buat semua agar berhati-hati. Penipuan besar dan terancang...bukan hanya lelaki yang mampu melakukannya.)
*********************************************
Berbalik ke entri kali ni, mesej Facebook dibawah adalah kiriman sahabat baik saya semasa di sekolah menengah dulu. Kini dia seorang guru di sebuah sekolah rendah di Pantai Timur. Baca...
Mesej ni hanya sebahagian daripada 'perbualan' kami. Tersentuh hati tika membacanya. Saya dapat membayangkannya betapa susahnya kehidupan keluarga anak-anak ini. Untuk makan pun sekadar mengharap bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Mana mungkin mampu nak membeli keperluan sekolah yang lain.
Jauh berbeza dengan anak-anak di sekitar kehidupan saya. Makanan memang terlebih cukup, sampai badan 'membulat'. Sebut saja apa mahunya, ibu pasti akan menyediakan atau membeli. Kasut pun boleh memilih, hanya daripada jenama terkenal saja yang sudi dipakai. Baju pun siap pesan awal-awal, kain baju kurung mahukan material licin dan lembut. Kain cotton macam zaman saya pakai tu dah tak 'standard'. Buku-buku rujukan dan latihan tak perlu diminta, seawal persekolahan ibu bapa dah belikan. Kalau yang nak menghadapi peperiksaan besar- UPSR, PMR, SPM, ibu bapa mampu berhabis untuk kelas tuisyen. Ada juga yang sanggup hantar anak ke kelas tuisyen peribadi...satu guru khas untuk anaknya seorang! Mahal pastinya. Semua demi sebuah 'kejayaan' akademik.
Andainya anak-anak yang kasutnya berikat rubber band tadi berjaya, kejayaannya lebih manis dan bermakna. Andai tidak mendapat semua subjek A sekalipun, mereka sebenarnya lebih berjaya kerana kekuatan jiwa dalam mengharungi kepayahan hidup dan terus bersekolah. Bukanlah saya nak menafikan kejayaan anak orang senang, cuma mahu orang-orang senang lebih menghargai kesenangan sambil tak lupa membantu anak-anak yang serba kekurangan ini. Cari tahulah...mereka tentu ada di sekeliling kehidupan kita!
p/s: Dalam keadaan negara yang kian maju, masih ramai insan-insan yang terus terhimpit dalam kesusahan. Hulurkan tangan kita untuk membantu mereka.
Honestly.. masa darjah 3 - 4 memang gemar pakai kasut getah. Murah + selesa + senang nak cuci.. Tak kisah ler orang nak kata apa.. janji ROCK.. hik3
ReplyDeleteassalam ujie..acik dah melaluinya dizaman acik dulu..
ReplyDeletehuuu.. mnusia skrg terlalu mnja..=)
ReplyDeletejom tambah ilmu.=)
sambungan ...
http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/babi-puncanya.html
sedih pulak baca..itukah kemajuan negara yang dikecap selama ni?masih ramai lagi yang memerlukan bantuan..mereka mungkin tak minta tapi kita perlu buka mata hati menginsafi betapa beruntungnya kita..hanya orang yang pernah merasa susah jer tahu apa itu kesusahan, kepayahan, keperitan..tak sampai hati tengok anak2 yang susah dan innocent ni..kerana diri ni pun pernah mengalaminya..
ReplyDeleteNURMISNAN:
ReplyDeletebetul..kasut getah tu murah & lasak.
taktau skrg ada lg tak kasut getah putih tu kann..
PRETTYWRITE:
betul yana, kalau yg tak pernah merasa susah mesti tak tersentuh dgn kisah2 begini..sbb tak tau apa rasanya susah.
Tak sangka masih ada lagi anak2 yg susah begini. Kita tak dpt imagine sbb mcm yg ujie ckp la, sekeliling kita org2 mewah makannya. Walaupun tak kaya tapi makan terlebih cukup. Huhu. Sedihnya baca kisah mereka.
ReplyDeletezaman sekolah dulu pun kehidupan tak berapa senang pun...
ReplyDeleteingat kan zaman dah berlalu..
tapi sekarang ni masih ada lagi...
harap makanan rmt..tak banyak mana pun sekadar buat alas perut je...
sedih dengar.....
kalau belah2 kelantan, pedalaman lipis memang masih ramai murid2 yang daif..saya pun pernah ngajar bebudak ni dedolu..paling sedih anak orang asli, diorang kalau janji nak bg duit or makanan rmt baru la nk datang sekolah..eh saya rasa mcam nak buat entry la pasal kenangan ngajar sementara dulu..hihi, tp mmg simpati la dgn diorang ni..hmmm
ReplyDeletesedihnyer.. huhuhuh.. teringat zaman sekolah dulu..
ReplyDeletep/s : k.ujie.. sy memg da lama sepi.. hehe
walaupun tak tau hujung pangkal cerita tapi saya boleh agak berdasarkan perbualan akak tu..memang kesian apabila dengar ade lagi pelajar dalam situasi macam tu..hopefully pihak berwajib pantas mengambil tindakan.. :)
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
SATU:
ReplyDelete"apa pekerjaan bapa awak", tanya cikgu. "penagih dadah, cikgu", jawab pelajarnya.
DUA:
teringat akan kisah yang diceritakan dulu. seorang budak enggan ke sekolah kerana kasutnya telah hilang, manakala ibunya tak mampu menyediakan kasut baru oleh kerana hanya mempunyai beberapa ringgit di tangan...
budak2 skrg terlalu manja...bila tak layan mula blajar memberontak dan degil
ReplyDeletetapi bila dilayan manja lebih
susah....tapi mmg kesian pada pelajar2 begitu semoga mereka tabah
TIHARA:
ReplyDeletebuatlah..kongsi pengalaman yg ramai tak tau ni.
SM:
tak dinafikan, kegagalan bapa jalankan t/jwb cari nafkah memungkinkan anak2 ni hidup dlm kemiskinan.
TP:
kdg2 saya rasa elok diadakan program pertukaran pelajar..yg bandar try dok kat sekolah pedalaman, dan sebaliknya.
Pengalaman boleh membuka mata fikir.
kegagalan bapa, salah satu sebab. faktor luaran pun antara sebab yang lain jugak.
ReplyDeleteSy teringat ms sy pnh mengajar dulu...kisah yg serupa berlaku mcm kwn awak jugak...
ReplyDelete=(
btol kak..mmg rmai lagi anak murid di pedalaman y mmg terdiri dr anak2 org susah..
ReplyDeletejgnkan kata di pedalaman, di bandar pn ada..tp sebilangan kecil shj...mcm ira cerita di entri ira dl..kena tunggu gaji br ayahnya blh beri duit lebih utk keperluan lain..kalau byk y nk dibyr bulan tu..rsnya xdpt la kot..
kasihan..mn y mampu ira bantu..:)
psss : akk xpnh buat?hee..zmn2 ira tu buat..pastu ira ajar anak murid ira plak..ngee..guna straw, warna air, kertas lukisan, air skit, pastu nafas y panjang plg penting..haha ;p
ReplyDeleteira dl suka mkn..skg suka buat dr mkn..ngee..ada org mnta ira buat..hee..cr duit tol g skola..ngeee
eh,dkt mana tu ujie? rasa mcm nk belikan adik tu kasut sekolah baru... =(
ReplyDeleteitulah bezanya keadaan kita ngan sesetengah rakyat malaysia di negeri2 yang terpinggir tu,.. kekadang x faham senario politik malaysia ni, sapa x sokong aku, dipinggirkan sapa yg 'mengipas' dan membodek, diberi segalanya, jawablah eko nanti di 'sana'...
ReplyDeleteJ/IRA:
ReplyDeletebagus cikgu ira!
bantu mana yg mampu.
MUNNA:
area kelantan..
AIMANIMAN:
betul, negeri yg tak sokong..dianak tirikan. segala projek pembangunan spt. j/raya, projek ekonomi diberi keutamaan pd yg menyokong.
tapi takpe, Allah jua sebaik pengadil.
moga mereka dapat menghadapi hidup bila dah dewasa nanti :)
ReplyDeletebetul sis budak2 sekarang lebih dimanja.. & hidup lebih selesa dgn segala kemudahan..
ReplyDeletesy pernah melalui nya semasa darjah 1-6 .syukur kehidupan lebih baik spls bonda(ibu tunggal 6 anak) lebih stabil kewangan spls itu..
jenguk lagi sekali kat sini...
ReplyDeletemerasa kesusahan pasti membuat hati terasa hidup untuk menjadi senang bukannya mudah..allah sentiada ada disisi kita..
ReplyDeleteslmt malm kak ujie
betul walaupun keputusan tak sebaik org lain, tp dgn tahap dan kehidupan seharian itulah yg terbaik dan termanis.buat apa nak bandingkan dgn org yg mak ayah kaya, hantar tuisyen,dpt semua nak.sedih pulak rasa...susah2 saya dulu kasut masih mampu berganti baru...
ReplyDeletehuhu.. sedihnye... Tapi kan dulu time darjah satu pun Cikgu pernah bagi Una RMT tu gak sebab katanya badan kecik sangat kene makan banyak hehe.. paling best bila dapat susu coklat yg gov bagi.. nyum2
ReplyDeletebetul tu..kadang2 kesenangan yg diorang miliki susah untuk berkongsi sedikit kepada mereka yg memerlukan
ReplyDeletesalam.. sdhnye... :( hampir menitis air mt membacanya..
ReplyDeletelady x sedih andai mrk pakai kasut koyak baju lusuh.. tp lady sgt2 sedihb ile mrk x de mknn tu k makan.. kesiannye.. sgp thn lapar smntr tunggub alik.. tp bile dh balik... adkh tersedia mknn tuk mrk.. :(..
GREENJADE:
ReplyDeletebesar sungguh pengorbanan bonda tu..hargainya!
BUDAK PENJARA:
bila tak pernah merasa susah..mmg susah nak berkongsi kesenangan yg ada.
LADY B:
samalah..akak pun sbnrnya lebih sedih tang tak makan tu. sbb mknn asas utk terus hidup.
kesiannya....semoga dorang tabah untuk hadapi idop...ermm
ReplyDelete