Pada malam tahun baru yang lalu, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menyertai program Countdown 2012 di Dataran Shah Alam, Selangor. Program ini turut disertai oleh Zizan Raja Lawak, Sham Kamikaze, Imam Muda Asyraf dan Ustaz Syed Norhisham. Khabarnya juga program ini mendapat sambutan sangat menggalakkan apabila lebih kurang 70 000 orang yang hadir pada malam itu. SYABAS! kerana berjaya menganjurkan program alternatif bagi orang muda yang ingin meraikan kedatangan tahun baru. Sayang sekali, saya tidak menghadiri atau menyaksikan secara live program yang lain dari kebiasaan ini..
sumber: google |
Bagaimanapun, bukan semua orang merasa senang dengan perkembangan begini. Ada blogger yang dengan mudahnya menuduh UAI sebagai SESAT dan pelbagai lagi kata-kata tidak elok, yang jika saya tulis pasti menyalakan api amarah kita.
Antara yang menjadi pertikaian adalah apabila UAI bermain gitar dalam program tersebut. Betul, menurut pengetahuan saya selama ini memang alat muzik bertali adalah dilarang dalam Islam. Tetapi jangan lupa juga bahawa untuk hal-hal begini memang terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulama'. Bila ada perbezaan pendapat, ia membawa maksud bermain gitar boleh jadi haram atau harus mengikut keperluan semasa. Oleh kerana UAI yang kita kenali adalah seorang yang ahli (pakar) dalam agama Islam, saya yakin dan percaya beliau pastinya melakukan perkara yang tidak bercanggah dengan agama. Saya tidak akan mempertikaikan tindakannya bermain gitar kerana saya sedar setakat mana ilmu agama saya.
Jadinya saya juga berharap blogger lain tidaklah sewenang-wenangnya menuduh sesat pada perkara yang bukan kepakaran kita. Ingat itu!
Untuk mengikuti perkembangan UAI, sila ke http://ustazazhar.net/v01/ dan LIKE di sini.
p/s: Saya tak letakkan link blogger tersebut, sebab tak mau korang layan hal begini. Dan kita pun tak tau apa agenda blogger tersebut..nak glamour, trafik atau nak melagakan umat Islam?
Zaman telah berubah, untuk menarik golongan muda tertarik dgn program keagamaan perlu ada pendekatan yang kreatif...
ReplyDeletestyle kan.....aku pun tengok kat youtube.kelakar gak + sempoi
ReplyDeletemie:
ReplyDeletebetul..bkn senang nak cari pendakwah yg ada kreativiti.
TP:
sbb tu ramai org muda tertarik..
*saya pun tengok youtube je.
btul tu..kita tak sepatutnya mempertikaikan jika ilmu kita tak tinggi...jika dia rasa UAI nie sesat buat laa laporan dan biar orang yg lebih arif menilai..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
saja nak hangat kan isu la tu..haha
ReplyDeletesaya respect dgn Ustaz Azhar ni, dia pandai guna pendekatan lain untuk dekat dengan golongan remaja. kawan-kawan saya semua suka dengar ceramah dia dekat youtube.
ReplyDeleteada jugak org pertikaikan dia gunakan lawak dalam ceramah dia, katanya, org pergi sebab nak dgr lawak bukan nak dgr ceramah.
tapi kalau itu yang mampu menarik perhatian orang ape salahnya kan kak.
orang muda kita dah jauh terpesong sangat. perlu ade yang menarik diorang kembali.
:)
Salam Ujie..,
ReplyDeleteSaya pun suka pendekatan yg dilakukan oleh pendakwah era ini...kreativiti perlu bagi menarik setiap gulongan sasaran...Allahua`lam
....saya pun tengok Ustaz azhar kat youtube tak pernah tengok live lagi....
ReplyDeletepagi td dh terbaca blogger tu tulis..merapu meraban je..bgus pun xyah bg link,gila trafik kot..biasa la blogger tuuuuutttt mana senang hati kalau hal2 agama ni..
ReplyDeletemasalah org kite cm ni lah.org nk dekat kan islam.dorg kata benda lain.xpaham tol.
ReplyDeleteapapun..enjoy sgt dengan UAI malam tu walaupun sy hy tengok kat youtube je...cayalah ustakk!
ReplyDeleteazlan:
ReplyDeleteitu yg terbaik..buat je report!
h.j:
ntah apa agendanya kan..
yayan:
mmg tak salah.
itulah seni berdakwah..kena ada hubungan hati dulu.
mungkin mulanya org dtg sbb lawak. tapi akhirnya org dtg sbb nak tadah ilmu.
azmnor:
ReplyDeletegolongan remaja perlu didekati dgn cara jadi sahabat. program gini buat mereka rasa UAI spt sahabat yg faham naluri ingin berhibur.
munna:
a'ah..mencanak la trafik dia. suka la tu..dah berjaya buat org marah. ^_^
diana:
oh??
dia mmg perlu bantuan!
rara:
ReplyDeleteadat org berdakwah, jlnnya mmg tak mudah.
niza:
kalau siaran langsung kat tv, mesti tinggi jumlah tontonan.
tapi..itu hampir mustahil.
daripada anak2 muda pergi layan konsert ntah apa2 apa salahnya dakwah cara begini..
ReplyDeletek.ujie datang kelate roger2 la..datang rumah ya..:)
Suka pendekatan yg ustaz Azhar ni guna..memang kreatif..ktorg pun tengok kat youtube jer..
ReplyDeletedan setahu saya juga ust azhar dulunya guru muzik..dia pun minat photography..ske tgk gambar2 koleksi beliau :)
ReplyDeletedan setahu saya juga ust azhar dulunya guru muzik..dia pun minat photography..ske tgk gambar2 koleksi beliau :)
ReplyDeleteada juga bc k.ujie bnda ni..tp ignore je...xfhm nape itu pon nk jadikan isu..huuu...nak publisiti la tu kot..
ReplyDeletepsss: heee..aah kalo cheese sikit xsedap sgt..hee..beli mahal k.ujie..baik buat sndri..:)..boleh mkn rmai2..hee
pretty:
ReplyDeletetu le yna..benda baik pun ada yg benci.
*tq undangannya..*_*
lily:
sorang lagi fan UAI..^__^
tihara:
guru muzik? baru ku tahu!
gambo yg dia amik mmg cantik kan..
j.ira:
a'ah..jgn layan!
*mmg mahal pun..kalau dkt, akak order dgn ira je. ira suka masak, mesti sedap hasilnya!
singgah malam
ReplyDeletebila bercakap hal2 keagamaan ini, haruslah ada ilmu yang mantap didada..
ReplyDeletebukan boleh sewenangnya mencanang berita..
bahaya..
tq share ssesuatu yg tidak saya tahu..
bila bercakap hal2 keagamaan ini, haruslah ada ilmu yang mantap didada..
ReplyDeletebukan boleh sewenangnya mencanang berita..
bahaya..
tq share ssesuatu yg tidak saya tahu..
banyak cara untuk kita berdakwah.. =)
ReplyDeletesuka dengar ceramah UAI...penyampaian ilmu yang blh buat kita x kering gusi..hihi
ReplyDeletetak sempat lg nak tgk yang UAI dengan zizan raja lawak tu..
Entahlah, blogger tu nak bagi pendapat je kot..tapi kalau ianya tuduhan, maka perlu dipertimbangkan semula lah kan..
ReplyDeletebermacam ragam orang skg ni.den pun dah tak faham sis..
ReplyDeleteslmt mlm^^
kita ada hak utk bersuara tp biar berpada2 dan tidak salah guna..
ReplyDeletecik tom dl sekolah agama mmg xboleh gn alat muzik bertali ni..psl hukum o niat ustaz tue or maybe hukum tue jadi lain plk wallahualam..sbb bkn seorg yg mahir bab agama nak pertikaikan..
tak paham dengan blogger yang suka menaip tanpa berfikir dahulu, gila trafik benar..
ReplyDeletelaaa aku tak tahu pun ade UAI aritu... kalau tak mahu aku pergi juga...
ReplyDeleteabu luqman:
ReplyDeletethanks!
lia:
betul, kalau hal lain takpe nak bg pendapat suka hati.
PU:
a'ah..asal cara betul & maksud sampai.
ieja:
kalau yg biasa tu, ngantuk je ya..
elih:
ReplyDeletebg pendapat boleh, tapi kalau bab agama kena bersandarkan ilmu yg betul.
ws:
bermacam ragam utk menguji diri kita sebenarnya..^_^
cik tom:
setuju sgt2 dgn komen cik tom!!
LIKE!
maii:
alhamdulillah jenis gini takle ramai sgt. masih ramai yg baik2.
tea:
tak dpt publisiti kat media pun. yg dicanang tu countdown kat karnival sayangi selangor je.
aihhhh
ReplyDeletekalaau org buat baik, ade jek mulut mcm2 kan
ish2..
yang pntg pengisiannye kan
UAI mang kool :)
mane2 pengisian nye mang bes :)
aimie:
ReplyDeleteUAI jadi ikon pendakwah terbaru nampaknya! alhamdulillah...
nak ajar org muda, kena ikot cara org muda...
ReplyDeletemesti dia thu halal haramnya...
hehehehe