Kali ni saya nak cerita satu tempat makan yang menarik dan sedap di Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu. Sebenarnya kedai ni turut menjual keropok lekor, udang & ikan celup tepung. Tapi yang paling popular ialah sotong celup tepung.
Lokasinya terletak di tepi jalan pesisir Pantai Batu Rakit. Di situ terdapat banyak kedai-kedai yang menjual makanan begini. Atas syor, kami memilih Warong Pok Nong. Melihat ramai orang sedang menjamu selera, membuktikan 'kesedapan' hidangan kat sini.
Di sini, kita perlu layan diri untuk memilih sendiri udang/ikan/sotong yang dah siap digoreng celup tepung. Gunting disediakan untuk kita memotong sendiri hidangan pilihan tadi. Harga? Sotong dari RM7-9 seekor mengikut saiz. Sotongnya memang besar-besar tau. Udang pulak RM2 bagi 5 ekor dan ikan RM3 seekor. Memang sedap dan rangup tepungnya! Kalau makan di sini order juga air kelapa atau ABCnya yang istimewa sebab ada aiskrim. Pakcik pemilik kedai ni pun sangat peramah, bila pelanggan dah kurang dia mendekati kami dan berbual-bual.
Lepas makan, boleh terus ke seberang jalan untuk menikmati keindahan Pantai Batu Rakit secara lebih dekat. Pasirnya memutih dan lautan yang membiru, memang mengasyikkan. Seronoknya jadi penduduk tempatan di sini..
Indah dan mendamaikan..Maha Suci Allah yang menjadikannya. |
Kalau korang sampai Kuala Terengganu jangan lupa singgah makan di sini. Saya sendiri sangat berharap ada rezeki untuk kembali..
p/s: Terima kasih kepada Telor Power atas entri dengan gambar-gambar Mossy Forest!
Book Your Tour, Hotel, Flight, Car Hire HERE! |
Hari tu pekena goreng2 ni kat panati batu burok. Nikmat sungguh
ReplyDeletei've been there for 2 times..sungguh besh sotong celup tepung hehe :D
ReplyDeletewah..mesti sedap kan kak tapi sayangnya saya tak makan seafood..hehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
kalau betul2 garing tepung dia mmg sedap la.rangup gitu...saya suka seafood tp ada alahan jugak...:)
ReplyDeleteaduhhhh...
ReplyDeleteterasa2 dah kat tekak ni..
hehheheh
wah sedap dan indah pemandangan tu ujie.. naper tak cuba i.c.t sis?
ReplyDeletesempoi habes
ita yang duk kat tganu pun sekali je dapat pergi kat batu rakit...
ReplyDeletetak jupe plok kedai ni...
lain kali boleh lah usha..
dapat makan udang celup tepung ni best jugak kan...
permandangan pantai yang memang mengasyikkan..
wahh sedap ni..tpt jatuh lg dikenang ni :)
ReplyDeletetempat ni pernah masuk JJCM kan baru2 ni..3, 4 minggu lepas kot.
ReplyDeletekak sam:
ReplyDeleteyg kat batu burok saya blm pegi. tapi mesti la sama kan..sedap!
ain syazana:
betul..best!
azlan:
la..sian kamu..
aishah:
akak kalau mkn byk sgt mmg jadi alahan..stkt biasa2 okey lagi.
lia:
^__^
TP:
i.c.t = ikan celup tpg kan? dah makan. ada kat gambo atas tu, dah kena gunting jadi tak perasan.
eita:
wah..bestnya ita! boleh mkn selalu seafood celup tepung..boleh selalu renung pantai.
tihara:
pernah stay t'ganu ke tihara?
niza:
oo..ya ke? tak pulak.
kami mkn kat situ sbb suami biasa mkn kat kedai tu bila outstation ke KT.
sedapnya kak ujie!heee..suka sotong goreng tepung tu..smlm ira mkn sotong bakar je ms mkn kat kedai ikan bakar tu..hee
ReplyDeleteira lagi la xpnh g sekinchan ikan bakar tu..jauh..hee ;p
psss : aah y entry ira tu khusus utk SPM je..kpli lain skit kan syarat2nya..:)
patut tak perasan hehehe ikan dah kena kerat rupanya
ReplyDeletebestnya dapat bercuti ni,banyak benda menarik dapat dilihat dgn mata sendiri...
ReplyDelete#kat kampung lauk utama adalah makanan laut..rindu nk mkan banyak2,tapi sini mahal sangat sis..hehee
sotong... perghhhh peberet
ReplyDeletebaru dua hari lepas carik sotong tepung ni sekali datang cekodok sotong.. grrrrrr... marah niiii~
ReplyDeletefuhhh...fevret nih....ari tu balik kelantan x sempat nak cari sotong celup tepung nih...
ReplyDeletej.ira:
ReplyDeletesamalah kita..prefer sotong goreng tepung. ^_^
TP:
tak sabar nak makan, tu cpt je kerat2..blm smpt amik gambo.
WS:
masa akak g Sabah tu, rugi tak sempat mkn seafood..kat sana murah2 kan. Syok la achie bila balik kg!
khaifaiz:
peberet ramai..sememangnya!
tea:
sgt betul!
dah serik nak order..mintak sotong goreng tepung tapi dpt mcm cekodok la pulak. huh..
aanie:
haa..nak suruh balik lagi la tuh!
seronok kan pergi jalan2 terengganu..
ReplyDeletecik tom:
ReplyDeletemmg seronok tengok tempat orang..
Oh rindu terengganu..rindu batu rakit..:)
ReplyDeleteni memang aktiviti petang2 la ni zaman belajar dulu..hehe..
prettywrite:
ReplyDeletewah..dah puas merasa la ni.
bestnya!
huuuuuuuuuuuuu
ReplyDeletelame x mkn ni
kalo p ganu mang sokmo merasa
sedaapp :)
aimie:
ReplyDeleteakak pun teringin..
tapi tganu tu jauh dari selangor ni.
ase rindu plak nk ase kepok losong....waaaaaa....sedap jugak udang celup tepung neh.....
ReplyDelete