Friday, 23 December 2011

Topi Santa & Pokok Krismas


sumber: google
Pokok Krismas
Sejak beberapa minggu lalu, kalau ke kompleks membeli-belah dah meriah dengan hiasan bertemakan perayaan Krismas. Cuma yang tak sedapnya bila tengok orang Muslim beria-ia bergambar dengan hiasan tersebut. Memang nampak cantik pokok krismas tu dengan lampu dan hiasan yang comel, tapi kenalah berfikir sebelum bergambar. Pokok krismas yang dah siap berhias tu adalah lambang perayaan agama Kristian, bergambar dengannya seolah-olah kita membenarkan/bersetuju dengan agama mereka. Melainkan pokok krismas tu tidak menunjukkan ciri-ciri keagamaan, sekadar sebatang pokok memang tiada halangan untuk bergambar. Kat sinilah perbezaannya! Yang ni saya tanya ustaz tau, bukan memandai.


Topi Santa
Masuk restoran makanan segera dan beberapa outlet menjual pakaian, ternampak pulak ramai pekerja yang mengenakan topi santa. Semestinya majikan yang suruh untuk memeriahkan Krismas. Jadi, apa hukumnya? Hukumnya HARAM sebab ia pakaian lambang keagamaan bagi Kristian. Memakainya boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah kita. Selain ia menunjukkan kita membenarkan/bersetuju dengan agama lain selain Islam.

Bagi pekerja yang berkenaan, mesti berani beritahu secara baik dengan majikan. Sebab ini melibatkan akidah sebagai Muslim. Majikan yang bukan Muslim memang tak tahu pun. Menjadi tugas kita menerangkan kepada mereka.

Asas hukum: Jika sesuatu itu melambangkan agama selain Islam, ia tidak dibenarkan. Berbeza jika sesuatu itu hanya melambangkan sesuatu kaum, ia dibenarkan selagi tidak bercanggah dengan mana-mana hukum Islam.

Jika ragu-ragu lagi, sila klik peringatan daripada Mufti Pahang dan Mufti Johor ni.

Hukum Menyambut Krismas?
Sekadar ucapan untuk meraikan seorang kawan, tidaklah menjadi kesalahan. Sebab ia atas dasar perpaduan dan bukan kerana nak meraikan perayaan tersebut.

Hukum merayakannya pula HARAM, sekali lagi kerana ia seolah-olah kita membenarkan/bersetuju dengan agama lain. Tetapi atas dasar perpaduan  dengan penganut agama lain dan bukan niat merayakan, ia DIBOLEHKAN dengan syarat majlis yang kita hadiri tu tidak disertakan upacara keagamaan mereka dan tiada perkara yang bercanggah dengan Islam.

Untuk mengetahui muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan hal ini, sila layari mohamadazhan.com.


p/s: Harap ada pencerahan di sini. Bila dah faham, boleh jelaskan kepada orang lain pulak ya. Kalau ada teguran/penambahan juga dialu-alukan. Kita sama-sama cari/kongsi ilmu.
Petang ni nak balik Johor...JOM!!

30 comments:

  1. kalau iklan dekat blog pasal sambutan krismas tak boleh jugak kan kak?

    ReplyDelete
  2. Salam Ujie..,

    terima kasih atas ingatan dan pencerahan...memang dari dulu lagi dah ada tegahan dan budibicara berkenaan perayaan agama dan akidah muslim....supaya kita muslim semua dapat memahamkan apa-apa larangan dan keharusan dalam hal-hal berkaitan agama lain yg bersangkutan aqidah islam ....Allahua`lam.

    ReplyDelete
  3. hehehe..tu laaa..cenggitu rupanya..sebenarnya perayaan menyambut krismas menggunakan pokok ni pun pernah menimbulkan controversy sesama kristian..ade yang kata boleh dan ade yang kata tak..tapi sy tak dpt nak ulas lanjut sebab saya pun tak berapa paham..tapi kat wikipedia ade laa..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. diana:
    mmg susah nk cari kekuatan diri utk menegur..
    pdhal itulah yg disuruh dlm agama.

    yayan:
    sorry yayan, yg tu akak pun tak dpt nk tentukan. kena tanya yg pakar.

    tp kalau ragu2, remove sekejap iklan tu. abis kempen, boleh psg balik.

    ReplyDelete
  5. mmg byk pokok krismas kat mall skang kak...

    nmpk juga pekerje melayu pkai topi santa tu..huuu

    ni br tahu bc blog akk..:)..thanks kak ujie..

    ReplyDelete
  6. azmnor:
    sbnrnya saya sendiri pun agak keliru, bila dah jumpa jwpn..share kat sini.

    tp:
    hmm..smpai kita tak perasan!

    ReplyDelete
  7. azlan:
    oo..yg psl kontroversi tu tak tau plak. tq info..

    h.j:
    kamu lg tinggi ilmu, ada kurang/silap tlg bgtau tau.

    j.ira:
    smoga ira dpt sebarkan jugak..*__*

    ReplyDelete
  8. benda penting nih..thx sudi kongsi..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih sudi berkongsi..
    peringatan sesama kita..

    ReplyDelete
  10. betul..setuju..kadang2 kita tak sedar..takut lari dari akidah..thanks 4 sharing :)

    ReplyDelete
  11. haram tetap haram,tak boleh bawa main2..

    #nak ikut sis.ermmm

    ReplyDelete
  12. macam dah jadi trend begitu..
    bila ada perayaan,
    pekerja harus akur..
    simpati pd mereka yg terlibat,,
    mgkin dalam dilema,,,

    ReplyDelete
  13. tu la..bila tgk kat mall, tgk girl2 melayu pakai topi santa..tergerak hti ni nak tegur...ermm

    ReplyDelete
  14. papa mifz:
    *__*

    mohamadazhan:
    thanks!

    lily:
    ^__^

    tihara:
    biasa mmg tak perasan benda gini, perlu kpd saling mengingati.

    ReplyDelete
  15. ws:
    betul, mesti tegas dlm menegakkan agama.

    *ni kat kg lagi, sini ujan je..tak leh ke mana pun achie!

    lia:
    dilema yg harus diselesaikan..sbb ia melibatkan akidah.
    kalau perlu, mungkin elok cari kerja tempat lain.

    munna:
    bagus ada niat begitu!
    kena kuatkan jiwa utk teruskan niat yg baik.

    ReplyDelete
  16. Perkara asas macam ni ptut semua muslim dh tau.dalam kitab kan ada surah al-kafirun.. "...untuk kamu agama kamu,dan untuk aku, agamaku".

    Nway thnks sharing :-)

    read new post at:
    http://pyejal.com/blog

    ReplyDelete
  17. thankss kak..tp kdg2 xsure tu melayu + islam ke?sbb diaorang dressing x mcm melayu +islam dah,...wuuuu

    :(

    ReplyDelete
  18. ada persamaan la dgn entry sy. hehe. isinya agak sama

    haram kita memakai pakaian yg berkaitan agama, mengucap hari perayaan, dan pergi ke majlis perayaan

    Hukum Pakaian Santa Claus

    ReplyDelete
  19. best sngt ea p johor tu sis..heheee

    ReplyDelete
  20. pyejal:
    mungkin tahu tapi lupa!

    j.ira:
    hmm..betul jugak. yg dah tak pasti tu..tak boleh kata apa la.

    SM:
    thanks dtg jenguk..^_^

    ws:
    lg best sabah! tapi tmpt lahir ttp dihati..

    ReplyDelete
  21. sis,rindu nak baca entry sis..update la cepat.hehehee

    ReplyDelete
  22. wish pon tak boleh juga betul tak...

    ReplyDelete
  23. ws:
    hmm..iyelah tu achie..^__^

    niesa:
    sebenarnya ada perbezaan pendapat dikalangan ulama. sebahagian kata HARAM. sebahagian kata HARUS tapi dgn SYARAT tertentu. Syaratnya: ucapan itu tak membawa maksud mensyirikkan Allah, tiada niat membenarkan agama mereka dan niat utk perpaduan dgn non-muslim.

    saya menerima pakai keputusan oleh majlis fatwa kebangsaan kerana ia lebih sesuai dgn keadaan negara kita yg berbilang kaum.
    dgn berbuat baik pd non-muslim, semoga terbuka hatinya menerima Islam.

    ReplyDelete
  24. mmg kdg2 kena kuat tuk bsore pada majikan kita..HARAM ttp haram

    ReplyDelete
  25. sisdee:
    itulah yg berat..
    mula2 kita kena faham betul2 hukum tu..barulah ada kekuatan utk bersuara..

    ReplyDelete
  26. huhuhuhu...sush dpt majikan cmni...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****