Kalau tak silap peperiksaan SPM yang terakhir hari ni kan? Selepas ni akan ada masa yang panjang untuk tunggu keputusan diumumkan.
Kalau korang dulu-dulu buat apa lepas habis SPM? Saya sendiri ada buat beberapa pekerjaan. Tujuannya untuk mengisi masa dan cari pengalaman baru. Kalau anak orang senang, mungkin tak perlu bekerja. Ambil je kursus memandu, kursus komputer dan melancong sana sini.
Pekerjaan-pekerjaan yang saya buat pada masa tersebut:
Operator Pengeluaran
Hari ni balik dari asrama, esoknya kat rumah terus pergi interview kerja kilang elektronik. Lusa terus masuk kerja, jadi Pekerja Sementara. Yang seronoknya satu line (kumpulan kerja) tu semua budak lepasan SPM dan STPM. Bila 'sama kepala', masa bekerja pun tak terasa tertekan walau selalu kena herdik dengan Supervisor yang garang!
Masa bekerja 12 jam (dari 8 malam - 8 pagi). Gaji bulanan dekat RM800. Sepanjang beberapa bulan tu siangnya memang tidur je lah. Setakat bangun solat dan makan je.
Sales Girl Kedai Kasut
Bila keputusan SPM keluar, saya terpaksa berhenti kerja kilang sebab nak uruskan permohonan kemasukan ke IPT. Lepas tu saya kerja jadi Sales Girl pulak. Kerjanya leceh, tiap kali ada pelanggan masuk saya kena mengekor je kat belakang. Lepas tu kena panjat tangga dalam stor untuk ambil stok kasut! Yang ni paling tak suka sebab saya pakai baju kurung, masa tu belum kenal t-shirt & seluar.
Masa bekerja dari 10 pagi - 6 petang. Tapi sebab rasa tak seronok, tak bertahan lama.
Pengasuh Pusat Asuhan
Cari iklan kat suratkhabar, dapatlah mohon kerja jadi pengasuh di Johor Bahru (kira-kira 40 minit dari rumah saya). Tapi kena tinggal di sana. Saya setuju dan bapa saya pun beri izin.
Tiba harinya, saya dah bersiap-siap angkat beg..tiba-tiba bapa saya kata tak boleh pergi. Pulak! Rupanya dia nak duga sejauh mana saya bersungguh dan berani. Memanglah saya berani, dah biasa duduk asrama dan ulang-alik Seremban-Pontian.
Akhirnya duduk rumah je tunggu surat tawaran IPTA...
p/s: Akhir-akhir ni macam takde idea, mulalah buka cerita sendiri. Tapi sekurang-kurangnya bolehlah kongsi pengalaman hidup kita yang berbeza-beza ni.
akk tk wat pape pas spm..duk umah dlm 5 bln then futher study.. :)
ReplyDeleteLepas SPM, Arol habiskan masa dengan kursus memandu (motor & kereta), uruskan kucing2 dan online jek. Parents tak bagi kerja. # Arol suka baca cerita pengalaman hidup. :)
ReplyDeletelagi bagus kalo dok kat umah,tggu jer panggilan tuk sambung belajar.
ReplyDeleteUjie..zaman acik dulu..abis spm..belajar menaip.
ReplyDeletekemudian terus masuk belajar..institut je masa tu..belum sempat habis praktikal dah kena panggil kerja..sebab operasi isi penuh.kerja diselangor..lama dok sana sampai 18 tahun.sebelum balik negeri sendiri.
jelesnye kak..wanie teringin nak keje macam tu, keje dari bawah..tapi family tak bagi..kena ikut la..huhu
ReplyDeleteentry tak panjang mana pun sis,masih bisa baca lagi..hehe ayah sayang sis tu,tak sanggup anak kesayangan duk jauh berjauhan dengan dia..hehe
ReplyDelete*sy dulu hampir setengah tahun baru sambung study,duk uma goyang kaki.hheee
*kongsi je sis,insyaallah ramai yang sibuk nak baca^^
kalau berkerja sekurang2nya ada pengalaman...
ReplyDeletehmm..nampaknya pilihan bekerja ni bkn pilihan popular kwn2 ya.
ReplyDeleteacik erna:
wah, kiranya langsung tak berehat ya.
wanie:
cian wanie..parent akak tak menghalang, juga tak menggalakkan. terpulang..
ws:
ReplyDeletebapa akak risau je. kalau kata dok jauh..dah 5 tahun akak jauh kat N9 tu.
*achie, kalau glamer mmg berebut org nak tau kisah lalu kita. ^_^
tea:
mmg itulah yg dicari..pglmn tak boleh dijual beli.
hehehe..saya dulu abis SPM kerja kat 7-E..penat tapi rasa syok sebab jumpa macam2 jenis orang..dari yang kaya dan sopan sampai laa ke muka ala2 penjenayah..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
azlan:
ReplyDeletebetul..penat tapi seronok sbb jumpa pengalaman baru.
saya dulu buat keyboard PC, mcm2 jenis keyboard ada.
Salam Ujie..,
ReplyDeletelepas SPM dulu saya tlg ayah saya "motong"....hehehehe.
azmnor:
ReplyDeletewah..bagus3.
saya tak sempat nak merasa 'motong getah'..kebun nenek/bapa dah tukar ke sawit.
seronokkan bila bekerja dengan hati yg girang...
ReplyDeletepenat pun x terasa sangat,, :)
lia:
ReplyDeleteiyelah..walau jadi kuli, hati happy! kerja pun semangat je..itulah pentingnya kwn.