Musim orang kenduri kahwin.
Musim rezeki lebat buat para jurugambar.
Kerana hampir setiap pasangan pengantin mengupah jurugambar.
Dan hampir semua jurugambar tersebut pula adalah LELAKI!
Mengambil gambar tiada salah...
Asal tahu asas hukum Islam mengenai aurat.
Bahawa lelaki diharamkan melihat aurat yang bukan mahram.
Bahawa jurugambar lelaki haram mengambil gambar pengantin yang membuka aurat.
Pengantin perempuan yang sedang disolekkan...pasti belum menutup aurat.
Jurugambar lelaki pula sibuk mengambil gambar.
Atas dasar sekali seumur hidup...pengantin perempuan merelakan.
Dan sememangnya ada pengantin yang meminta diperlakukan begitu!
Tak kurang juga pengantin perempuan...
Ingin bergambar mengikut beberapa tema pakaian.
Soal aurat ditolak ke tepi...demi menggayakan pakaian tadi.
Atas dasar kerja...jurugambar lelaki mengambil gambar.
Sekadar ingatan untuk para jurugambar...
Rezeki kamu mungkin cukup lebat,
Tapi sayang ia tidak punya berkat.
Kerana hasil yang halal bercampur dengan yang haram!
Berbincanglah dengan bakal pelanggan sebelum menerima tugasan.
Atau sediakan rakan jurugambar perempuan...itu mungkin yang terbaik.
Jua ingatan untuk bakal-bakal pengantin....
Carilah redha Allah seawal hari perkahwinanmu.
Tidak perlu menggadai agama demi kepingan gambar,
Yang tidak menjanjikan bahagia sebuah perkahwinan!
Berbincanglah dengan jurugambar apa mahumu.
Atau cari saja jurugambar perempuan...itu mungkin yang terbaik.
p/s: memang susah nak cari jurugambar perempuan. Semoga lebih ramai yang menunjukkan diri selepas ini..anda diperlukan!
betul3, skang ni kalau tgk yg pro amik gambar ni banyak laki dari pompuan..seeloknya mase mekap jangan la amik gambar, kalau nak buat sebagai kenangan suruh sedara mara je =)
ReplyDeletememang betol....sekarang ni memang takde jurugambar pompuan...kena molek jurusolek pun lelaki tapi jenis yang lembut...alasan sentuhan diorang menarik...walhal diorang tak tahu....itu lelaki.....
ReplyDeleteupacara batal air sembahyang pun memang dah terbatal...
wanie:
ReplyDeleteya..suruh je sdara/family..halal!
eita:
hmm..isu tukang andam lelaki. yg ni mmg sah tak boleh/haram.
takde permintaan, takdelah penawaran.
betul tu..biasa time bergambar memang perempuan jer yang banyak..bab lelaki kurang skit..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
erm..btul jugak tu kan..insyaAllah tak nak la buat gitu..
ReplyDeleteazlan:
ReplyDeletelelaki kurang suka bergambar..jdnya tak byk isu. aurat pun tak mcm prmpuan.
munnafendy:
niat yg baik..bagus!
Mmg susah nak cari jurugambar perempuan utk majlis perkahwinan. Kalau ada pun mungkin mereka tak kuasa nak buat kerja2 tu.
ReplyDeleteKalau mcm ni Ujie bolehlah blajar tembak gambar. Mana tau ada bakat, masyuk tu...
betul tu kak,,yen pon tak pernah lagi tgk,,photographer perempuan,,,selalu lelaki je,,menarik entry ni
ReplyDeletemie:
ReplyDeletegreat idea!! hmm..kalo bujang lagi boleh la kot.
yen:
penah jumpa sorang..dlm satu mjlis kawin. dia baru je berjinak2 dlm fotografi perkahwinan.
pernah jumpa fotografer pempuan masa kawan kawin dulu...=)
ReplyDeletetapi mmg jarangggg sgt kan..
betul3..lepas ni kalau sy kawin,sy kawin saya tangkap sendiri..lagi best kan??romantik berdua ngan bakal isteri ni..hee
ReplyDeleteslmt malam kak^^
ws:
ReplyDeletepun bagus gak idea tu...romantik ya..amboi achie!
ye lah betul..memang susah nak cari jurugambar perempuan..
ReplyDeleteMasa lily kawin dulu..sedara mara jer yg tukang amik gambar..jimat.. :)
sgt2 bersetuju dgn entry ni..
ReplyDeleteNikah dan Walimah tu ada tuntutan agama..
knp nak dicacatkan dgn sekeping gambar..
Sama2la kita mcari ilham..
mmm.. nk jd jrucamera la..hehe
lily:
ReplyDeletesaya pun..jimat. lgpun mmg takde amik gmbr masa bersolek tu.
myez:
sokong awak jd jurugambar! permintaan ada, penawaran sgt kurang. mulakan cpt2..
Betol tu kak..Setuju!
ReplyDeleteinsyaAllah ija nanti mntk tlg adik je kot amik gmbr masa bersolek tu :)
klu photog amik gmbr time outdoor xpe kan kak?tp yg penting tutup aurat la..huhu
trime kasih untuk peringatan ini kak..
ReplyDeletememang xselesa lau org len amek gambar time xtutup aurat..huhuhu
ieja:
ReplyDeleteyup..takde hal nak photo shoot kat luar. asal tutup aurat dan tak buat gaya2 yg menggoda. ^_^
ctk:
sama2..nak gambar tak tutup aurat, suruh je prmpuan atau yg mahram kita.