Terdapat banyak pilihan penginapan di Kuala Dungun, kriteria utama - saya mencari penginapan yang berada dalam keadaan baik dan bersih. Saya teliti ulasan di Google Maps sebelum membuat pilihan. Faktor lokasi juga diambil kira - saya mahu penginapan berhampiran pantai dan ada kemudahan kedai makan berhampiran. Caranya, lihat pada Google Maps.
Pilihan pertama saya Permata Resort, tapi semua bilik sudah pun penuh. Maklum saja, saya buat tempahan 3 hari sebelum menginap 😅. Sebenarnya, trip ke Pantai Timur ni tak dirancang awal. Semua tempahan penginapan dibuat pada saat akhir.
Pilihan kedua, Ombak Beach Inn masih ada bilik kosong. Alhamdulillah.
Saya dan Encik Suami tiba di penginapan kami ketika hari sudah pun gelap. Petugas di kaunter pendaftaran, seorang lelaki yang bertutur dialek Terengganu ramah menyambut kedatangan kami.
Langit malam di sini gelap kurang pencemaran cahaya, menyerlahkan keindahan bulan.
Bulan sabit muda (waxing crescent).
Tadi semasa di kaunter pendaftaran, kami diberi sekeping kertas kecil bertulisan tangan - tertera nombor bilik dan passcode bagi membuka tempat simpan kunci yang terletak di pintu masuk bilik.
Tekan passcode - buka ruang kecil tersebut - ambil kunci - buka pintu bilik menggunakan kunci tersebut. Pertama kali saya jumpa sistem penginapan begini. Menurut apa yang saya faham, tempat ini juga beroperasi secara layan diri. Petugas kaunter pendaftaran hanya ada mulai pukul 2 petang sehingga 9 malam. Jika kita datang di luar waktu tersebut, urusan boleh dibuat melalui WhatsApp. Ikut saja panduan yang tertera pada papan notis di kaunter pendaftaran.
Bilik penginapan kami bernombor B4, terletak di aras bawah.
Alhamdulillah biliknya luas selesa. Bilik kami ada sebuah katil single dan sebuah katil queen.
Antara kemudahan yang disediakan - set menggosok pakaian dan sejadah. Kalau tak ada pun tak jadi masalah, saya bawa sendiri travel iron dan kelengkapan solat.
Dalam bilik ni turut disediakan rak kasut, mudahlah kita simpan kasut dalam bilik. Bahaya juga kalau tinggal di luar. Saya pernah ada pengalaman kasut dilarikan monyet di sebuah penginapan berhampiran pantai di Perak.
Bilik air dalam keadaan baik, selesa digunakan.
*****
Foto siang esoknya. Hari dah terang, barulah jelas suasana di sekitar penginapan kami ni.
Sudut pandang dari pintu bilik kami. Boleh terus nampak pantai di seberang jalan sana. Teruja sungguh saya nak berjalan-jalan menikmati suasana pagi di tepi pantai.
Rupa bahagian hadapan bilik kami. Ada set meja kerusi di luar, tapi kami tak sempat nak duduk lepak menikmati suasana di sini.
Rak jualan minuman dan makanan ringan dengan konsep layan diri. Masukkan duit bayaran dalam tabung atau bayar guna QR.
Nak keluar penginapan mudah je, masukkan kunci bilik dalam kotak ini kemudian maklumkan menerusi WhatsApp.
Selain bilik-bilik penginapan, Ombak Beach Inn juga menawarkan ruang acara yang terletak di bangunan setingkat.
Peringatan penting! Tempahan penginapan hanya diterima melalui WhatsApp atau panggilan telefon ke nombor tertera di atas. Jangan terpedaya dengan membuat tempahan di platform online.
Bilik penginapan kami harganya RM130. Semasa buat tempahan perlu bayar RM50, manakala bakinya bayar ketika kami tiba di sini.
Menurut saya, harga yang kami bayar ni sangat berbaloi dengan kemudahan yang disediakan. Bilik penginapan yang luas, berkeadaan baik dan bersih. Cukup selesa bagi kami melepaskan lelah setelah menempuh perjalanan jauh. Juga ada ruang letak kereta yang selamat. Saya sangat puas hati 👍🏽
Lokasinya juga menarik - berhadapan dengan Pantai Sura yang cantik. Nak cari makan pun mudah - berderet kedai makan di sepanjang jalan. Boleh jalan kaki je. Kafe estetik pun ada juga tau, tapi kalau setakat menginap 1 malam macam kami ni memang tak sempatlah nak mencuba makan di beberapa tempat.














Oh Murah jga tu
ReplyDeleteTg pntig kedai makan senang cari
Berdekatan
Ya, Alhamdulillah berderet kedai makan kawasan ni. Mudah.
DeleteBahaya juga orang bawa balik kunci. Hehe.
ReplyDeleteMemang murah harga penginapan sehari. Buat pesananmelalui Whatsapps atau panggilan telefon rasa istimewa sedikit sebab boleh kenal orang yang kendali tempahan kita.
Hehe...iya, risiko jugak tu kalau ada yang lupa pulang kunci. Deposit pun takde ni.
DeleteGuna sistem self check in macam kebanyakan homestay skrg ni la gayanya. Senang begini, tak perlu berurusan di kaunter.
ReplyDeleteMemang nampak bersih dan terjaga resort ni..
Ooh...saya dah lama tak ambik homestay jadi tak tahu sistem terkini.
DeleteBagus la boleh parking terus depan pintu
ReplyDeleteTak risau 😄
DeleteLuas biliknya tu & selesa.
ReplyDeleteAlhamdulillah selesa puas hati.
DeleteHarga mesra pengguna
ReplyDeletebilik selesa dekat pantai pula.
Itu yang rasa berbaloi sangat.
DeleteMenarik sistem layan diri Ombak Beach Inn ni, guna passcode untuk ambil kunci pun nampak praktikal. 😄 Bilik pula luas dan lengkap dengan set menggosok serta sejadah.
ReplyDeleteSangat memudahkan bila ada sistem layan diri ni.
DeleteSekarang ni banyak chalet, motel dan apartment yang menggunakan sistem layan diri untuk check in dan check out kan? Harga sebegitu dengan keadaan bilik yang selesa dan bersih, persekitaran yang molek sebab dekat dengan pantai dan kedai makan memang awesome ni. Terima kasih di atas perkongsiannya Ujie. Boleh masuk dalam pilihan penginapan kalau terjejak kaki ke Terengganu satu hari nanti yang entah bila itu
ReplyDeleteHehe.. ini pengalaman pertama saya guna penginapan sistem layan diri. Mungkin sebab biasanya check in hotel.
DeleteSama-sama KSarie. Kena cari masa, Terengganu best!
cantik biliknya kak... selesa tepi pantai pulak tu
ReplyDeleteAlhamdulillah rasa lega...😀
DeleteEh memang baguuuuuus penginapan ini kak. Cukup luaaaas pula. Dan cara check in check out pun unik yaaa. Saya juga belum pernah menginap di tempat yang harus buka passcode untuk mengambil kunci.
ReplyDeleteSaya sukaaa lantainya, dari parkit 👍. Jujur lebih suka lantai begini daripada yang pakai karpet. Sebab suami saya ada alergi debu. Karpet cendrung membuat banyak debu.
Tapi sebenarnya wajar penginapan ini pakai parkit untuk lantai, sebab berada di depan pantai kan.
Biasanya penginapan di daerah pantai jarang pakai karpet, sebab kuatir pasir dari pantai masuk ke dalam kamar. Lebih susah nak bersihkan
Kalau tak silap ingatan akak, bukan parquet kayu tapi tiles yang seakan parquet kayu. Memang lebih bagus berbanding karpet.
DeletePermata beach resort tu memang selalu penuh kadang book dua minggu pun dah penuh, lain kali kami nak cuba ombak beach inn ini pula.
ReplyDeleteOoh...kena plan awal nampaknya kalau nak stay Permata.
DeleteKena masukkan dalam wishlist jugak la Ombak Beach Resort ni..mana tau SA nak repeat ke..hahahah...rasanya macam ye..nak repeat berdua dengan En Suami
ReplyDeleteSilalah repeat SA 😀
DeleteSaya pun teringin repeat tapi nak buat trip lebih santai - fokus luar KT.
Saya suka tandasnya. Alhamdulillah dapat juga penginapan di sini.Kalau tidak, kemanakah?
ReplyDeleteKalau sini full, pilihan seterusnya My Qalbu Beach Inn. Berdekatan je dua tempat ni.
Deleteluas betul biliknya. harga pun tak mahal mana dan paling best, depan pantai je!
ReplyDeleteSelesa sangat tu biliknya. Suka pulak nengok bilik airnya. Yang best buka² pintu boleh nampak pantai.
ReplyDelete