Wednesday, 8 July 2026

Eksperimen Potong Daun Rain Lily, Hasilnya Sangat Puas Hati!

Dalam entri Rain Lily Rosea Pink Berbunga Lebat! saya ceritakan berkenaan rain lily berbunga lebat setelah hujan lebat mengakhiri kemarau panjang di tempat saya. Selepas itu, ia hanya berbunga sedikit saja sekitar beberapa kuntum pada satu masa. 

Hasil carian internet mendapati - antara cara supaya rain lily berbunga lebat adalah dengan memotong atau memangkas daunnya. Betulkah? Jomlah kita buat eksperimen.

Rain Lily
11 Jun 2026 | Beginilah rupa tanaman rain lily saya - rimbun daunnya. Kalau tak kenal rain lily, sekali pandang macam daun kucai.

Rain Lily
Jomlah kita potong daun yang rimbun. Saya potong tak terlalu pendek, agak-agak jelah. Tujuan kita potong daun supaya merangsang pengeluaran bunga yang lebat.

Selepas itu buat penjagaan macam biasa - siraman yang banyak seperti curahan hujan dan sesekali letak baja. Selain itu - cahaya matahari penuh diperlukan bagi pokok mengeluarkan bunga.

Hasilnya…

Rain Lily
7 Julai 2026 | Alhamdulillah…rain lily berbunga lebat! Sebenarnya, sejak hari sebelumnya ia sudah mulai berbunga tetapi masih ada bunga yang belum kembang. Foto saya ambil setelah semua bunga berkembang.

Rain Lily
Perhatikan warna bunga - warna pink pekat adalah bunga yang baru berkembang, manakala warna pink cair kembang lebih awal. Warna pink pada bunga akan semakin memudar sebelum bunganya layu dan kering.

Jadinya, berapa lama masa diambil bermula potong daun sehingga bunganya berkembang? Hasil eksperimen saya - proses ini mengambil masa sekitar 25 hari. Agak lama juga, tapi ia usaha yang berbaloi kerana kita dapat menyaksikan rain lily berbunga secara serentak - lebih cantik dipandang mata.







11 comments:

  1. Rumah mak mertua Ada ni...tapi terbiar...

    ReplyDelete
  2. Wah... cantik sangat! Penuh bunga keluar. Terima kasih, share tips potong daun ini, Ujie. Nanti saya cuba buat. 😊

    ReplyDelete
  3. Subhanallah, cantiknya bunga rain lily kak Ujie ni 😍

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, cantiknya bunga lili

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah kembali berbunga. Seronok tengok bunga kembang mekar gini. Hati pun turut berbunga hihi

    ReplyDelete
  6. Wah..berhasilll. Ini yang kita nak tengok. Banyak pulak tu bunganya. Hati pun berbunga-bunga tengok.

    ReplyDelete
  7. Waaah iya kak, mirip2 daun kucai 🤣. Tp setelah berbunga baru lah nampak beda. Cantiiiiik sangat. Langsung terbayang jika ada halaman luas, lalu ditumbuhi rain lily, saat kembang bunganya pasti macam rumput pink 🩷

    ReplyDelete
  8. Subahanallah cantiknya tu..boleh di tanama di laman banyak2 segar pandangan..ada biji tak bunga lily ni..nak oder jika dapat ..

    ReplyDelete
  9. Boleh tak pos ke Sabah,,runding kos ..inshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah pos tanaman, tapi InsyaAllah boleh cuba sebab pokok ni jenis bebawang (bulb). Pos bawangnya saja. Cuma saya mungkin tak dapat pos segera, ambil masa ya.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****