Cuti Hari Raya Aidiladha tahun ini saya dan Encik Suami memilih untuk melakukan kembara ke wilayah Yunnan, China - kami mengunjungi tiga buah bandar iaitu Kunming, Lijiang dan Dali. Segala persediaan termasuk pembelian tiket penerbangan hanya dibuat kira-kira dua minggu sebelum terbang ke China, tak boleh nak rancang awal disebabkan hal kerja Encik Suami.
Wilayah Yunnan sangat luas, kedudukan antara bandar juga sangat jauh. Kembara ke wilayah Yunnan sebenarnya perlu masa yang agak panjang supaya kita tak terlalu letih bergerak dari satu bandar ke satu bandar dan lebih santai untuk menjelajah setiap tempat.
Oleh kerana kami cuma ada masa selama 5 hari penuh berada di wilayah Yunnan, jadinya kami memilih untuk ke tiga buah bandar sahaja. Tak banyak tempat menarik yang dapat kami pergi kerana keletihan menempuh perjalanan dari satu bandar ke satu bandar dan letih kaki melangkah di jalanan berbukit ketika di Lijiang dan Dali. Pun begitu, menurut saya kembara ke tempat asing itu sendiri sudah cukup menarik kerana kita dapat pengalaman baharu.
Peta laluan perjalanan kami dengan menaiki high-speed train | Kunming —> Lijiang —> Dali —> Kunming.
Ini merupakan kunjungan kali kedua kami ke wilayah Yunnan, tahun lepas kami ke bandar Lincang atas urusan kerja Encik Suami - pergi bersama beberapa orang rakan dan ikut saja aktiviti yang diaturkan. Kembara kali ini berbeza kerana kami pergi berdua saja serta mengatur sendiri segala urusan perjalanan.
RINGKASAN PERJALANAN
Hari 0 | Isnin, 25 Mei 2026
- Batik Air Malaysia | PEN - KMG (Penang - Kunming) | 11.10 malam - 2.50 pagi (Selasa 26 Mei 2026) | 3 jam 40 minit.
Hari Pertama | Selasa, 26 Mei 2026
- Pukul 2.50 pagi - tiba di Kunming Airport.
- Naik e-hailing DiDi ke hotel penginapan.
- Pukul 4 pagi - daftar masuk hotel Park Inn Kunming Airport untuk tidur sebentar, solat Subuh dan mandi.
- Pukul 10.35 pagi - daftar keluar hotel dan naik DiDi ke Kunming Railway Station.
- High-speed train | Kunming ke Lijiang | 12.25 tengah hari - 4.15 petang | 3 jam 50 minit.
- Naik DiDi ke penginapan.
- Pukul 5.30 petang - daftar masuk penginapan Lijiang Gongzi Panoramic INS Designer Villa untuk 3 malam.
- Lepas solat jamak Zohor Asar, keluar cari masjid (untuk persediaan solat sunat Aidiladha esok pagi) dan kedai makan halal serta jalan-jalan memerhati kawasan sekitar.
Hari Kedua | Rabu, 27 Mei 2026
- Pukul 8 pagi - solat sunat Aidiladha di Masjid Lijiang.
- Lepas Zohor, keluar makan di restoran Aisha Northwest Food City a.k.a. Lanzhou Hand-pulled Noodles Northwest Food City.
- Pukul 4.15 petang - naik DiDi ke Tinghua Valley.
- Pukul 4.30 petang - Tinghua Valley.
- Pukul 5.50 petang - naik DiDi balik ke penginapan.
- Beli makanan di restoran Aisha sebelum kembali ke penginapan.
- Tidur awal sebagai persediaan aktiviti esok.
Hari Ketiga | Khamis, 28 Mei 2026
- Trip ke Jade Dragon Snow Mountain (JDSM) | Ambil pakej di Trip.com - Tour to Lijiang Yulong Snow Mountain + Blue Moon Valley + Golden Mountain in the sun | 5.20 pagi - 1 petang.
- Makan di restoran Aisha, kemudian balik ke penginapan.
- Pukul 6.30 petang - ke Lijiang Old Town.
- Pukul 7.40 malam - makan di Yi Xin Qin Zhen Yuan.
- Naik DiDi balik ke penginapan.
Hari Keempat | Jumaat, 29 Mei 2026
- Pukul 10.20 pagi - daftar keluar penginapan.
- Naik DiDi ke Lijiang Railway Station.
- High-speed train | Lijiang ke Dali | 12 tengah hari - 2.05 petang | 2 jam 5 minit.
- Pukul 3.25 petang - daftar masuk Honglinge Inn untuk 1 malam.
- Pukul 4.30 petang - keluar cari kedai makan halal dan jalan-jalan memerhati kawasan sekitar.
- Pukul 9 malam - ke Dali Ancient City.
Hari Kelima | Sabtu, 30 Mei 2026
- Pukul 8.30 pagi - naik DiDi ke Caicun Wharf, Erhai Lake.
- Pukul 9 pagi - Caicun Wharf, Erhai Lake.
- Pukul 9.50 pagi - naik DiDi ke Dali Ancient City (South Gate 2) untuk ke Dali South Gate Mosque dan cari kedai makan halal berhampiran masjid tapi kedainya tutup.
- Dekat pukul 11 pagi, balik ke penginapan. Kemas beg, daftar keluar dan letak beg di kaunter penginapan.
- Makan di Qinghai Handmade Beef Noodles.
- Pukul 1 petang - naik DiDi ke Dali Railway Station.
- High-speed train | Dali - Kunming | 3.25 petang - 5.30 petang | 2 jam 5 minit.
- Naik DiDi ke Masjid Shuncheng.
- Solat jamak Zohor Asar di masjid, kemudian makan di kedai sekitar masjid.
- Solat jamak Maghrib Isyak di masjid, kemudian naik DiDi ke Kunming Airport.
- Pukul 10.05 malam - tiba di Kunming Airport untuk penerbangan pulang ke Malaysia.
Ahad, 31 Mei 2026
Air Asia Malaysia | KMG - KUL - PEN (Kunming - KL - Penang) | KMG - KUL : 2.35 pagi - 6 pagi | KUL - PEN : 8.10 pagi - 9 pagi.
*
Alhamdulillah selesai kembara selama 5 hari 5 malam ke Yunnan yang melelahkan mental dan fizikal kami. Banyak cabaran dilalui, maka banyaklah pengalaman dan kenangan tercipta.
InsyaAllah catatan lanjut akan dibuat setelah selesai catatan kembara di bumi Haramain.

