Catatan hari Sabtu, 2 Mei 2026.
Saya suka bila Encik Suami ada urusan di sekitar KL dan kami menginap di The Everly, Putrajaya. Penginapan yang selesa, lokasi berhampiran kompleks beli-belah Alamanda dan taman rekreasi Jejak Sisiran 1 - juga dikenali sebagai Putrajaya City Trail.
Pagi hari Sabtu, Encik Suami keluar selesaikan urusannya dan saya pula keluar beriadah di laluan Jejak Sisiran 1. Kali ini saya dah bersedia dengan pakaian bersesuaian termasuk kasut joging. Saya berazam nak brisk walk (berjalan dengan cepat), bukan berjalan santai (sekejap berhenti belek tumbuhan, sekejap lagi berhenti memotret itu ini 😄) seperti kali pertama ke sini dulu - entrinya DI SINI.
Tiap kali nampak sesuatu yang menarik, saya ingatkan diri sendiri jangan berhenti untuk memotret. Sehinggalah tiba di kawasan santuari spesis burung air, ada seekor burung bangau bersaiz besar dengan warna yang menarik berada tak jauh dari kedudukan saya.
Seperti sengaja mahu dirinya menjadi sasaran lensa kamera saya, burung ini tak segera terbang. Burung daripada keluarga Burung Bangau (Heron) ini berjalan ke sana ke sini memberi peluang kepada saya memotretnya dari beberapa sudut.
Inilah hasilnya…
Masya Allah…cantik sangat!
Burung ini dikenali sebagai Painted Stork.
Nama Inggeris : Painted Stork
Nama saintifik : Mycteria leucocephala
Nama Melayu : Upih Sawah / Botak Padi
Ciri-ciri Painted Stork :
- Kaki panjang berwarna merah jambu.
- Bulu badan warna putih dengan corak hitam di bahagian sayap.
- Paruh panjang warna kuning terang.
- Bulu berwarna merah jambu di bahagian belakang.
Puas memotret, langkah kaki diteruskan. Saya berjalan melewati bawah Jambatan Seri Bakti dan seterusnya menghampiri Masjid Putra - masjid dengan kubah berwarna pink.
Nampak kubah cantik warna merah jambu di atas sana? Saya tak naik atas pun, melangkah lebih kurang suku anak tangga je lepas tu berpatah balik. Semangat sangat naik atas, nanti sendiri yang tanggung penat nak patah balik ke hotel 😅
Alhamdulillah…dapatlah saya beriadah sejauh 5.19 km. Jarang-jarang ya saya dapat pergi jauh begini. Seronok betul dapat beriadah di taman yang dijaga rapi dan lengkap kemudahan. Pakai pula kasut yang bersesuaian, kaki rasa selesa walau dah berjalan jauh. Bukanlah tak rasa penat kaki, tapi tidaklah teruk sangat rasanya.
Ada rezeki menginap di The Everly, bolehlah saya brisk walk lagi di sini.







Alahai kita berada di area yang sama lah Ujie pagi Sabtu lepas. Cuaca memang cantik pagi tu Alhamdulillah. Kadang cycle memang lalu belakang Everly tapi baru ni parking di Masjid Putra.
ReplyDeleteMasa saya brisk walk tu memang ada terfikir tau...entah² Mulan pun ada beriadah sama. Eh rupa-rupanya memang ada cuma tak terjumpa 😄
DeleteGeram pulak nak pegang kan? Tapi binatang ni boleh tahan besar jugak kan?
ReplyDeleteYa, besar saiznya. Teruja saya tengok, dahlah cantik, besar pulak tu 😀
DeleteCantik bulu painted stork ni. Selalu jumpa bangau yang putih tu je.
ReplyDeleteKan…itu yang excited bila nampak depan mata. Sebenarnya banyak lagi kat area ni, tapi seekor ni je yang extrovert tayang kecantikan depan akak 😀
DeleteCantik bangau tu.. kalau dapat selfie mesti best hihii.. The Everly Putrajaya.. macam best untuk dicuba.. Alhamdulilah dapat beriadah 5 km... 👍🏻👍🏻
ReplyDeleteHehe..tak terfikir pulak nak selfie.
Deletehari tu ada seekor bangau tak pasti spisis apa duk sesat kat kebun belakang rumah kak ana, jiran kata dia mai dari tasik taman tu... Cantik pemandangan pagi tu Ujie, Masyaa Allah
ReplyDeleteTu mesti jenis yang suka explore, kawan lain dok kat tasik, dia merayau 😁
Deletecantiknya . saya ingat dia jenis flamigo . lain rupanya. nampak jinak elok je dia santai tak lari nampak manusia ye?
ReplyDeleteDia seekor ni je yang tak kisah kita, yang lain terus terbang bila nampak kita 😄
DeleteCantik bangau tu, untuk dapat tangkap dari dekat dan elok pula sharp. Terganggu brisk walk nya pun tak apa dapat moment berharga macam tu.
ReplyDeleteHaha..betul, brisk walk boleh sambung. Bangau jarang jumpa ni rugi kalau tak ambil gambar.
DeleteCantiknya bangau tu. Saya yg duk Putrajaya pun tak pernah lagi ada peluang nak brisk walk sambil memotret margasatwa yg ada kat sini. Selalu nampak diorang terbang2 and lepak tepi tasik2 je.
ReplyDeleteWah syoklah duduk Putrajaya. Banyak taman cantik. Kat tasik tu ada pulau kecil untuk habitat burung air, memang banyak burung kaki panjang kat situ pelbagai spesis.
Deletejauh jugak tu berjalan. tahniah sebab tak berhenti hehe. cantik bangau tu, tergedik-gedik kaki dia xD
ReplyDeleteBerhenti jugaklah sebab bangau gedik tu 😂
DeleteSalam kenal, what a nice view & gambar di ambil pun cantik² belaka
ReplyDeleteSalam kenal Aynora, terima kasih 😊
DeletePatutlah dia berhenti, nak tunjuk kecantikan dia :D tapi mmg impress tengok ekornya warna pink tu PU. Subhanallah cantik sangatttttt
ReplyDeleteBerlagak betul dia kann… 😆
DeletePutrajaya memang menenangkan, indah dan mesra alam.
ReplyDeleteUntung jadi penduduk Putrajaya kan.
DeleteBanyak la saya jumpa burung bangau tapi bukan jenis ni. Dia lepak kat Fakulti Dania. Mundar mandir cari makanan agaknya.....
ReplyDeleteBangau biasanya suka tempat ada kolam/tasik, bangau tu pergi fakulti Dania nak ikut kuliah agaknya 😆
Deletelawa nya burung bangau ni...
ReplyDeletesaja pula dia buat catwalk depan tu, macam tau je kak ujie nak ambil gambar dia
Kan…saja dia buat akak berhenti brisk walk 😄
DeleteSubhanaullah
ReplyDeleteCantiknya dia
Seronoknya ujie jln sini
Memanggg tenanggg sgtt
Tempat cantik, bersih…memang tenang jalan-jalan sini.
DeleteWaaah serunya menginap di Everly Putrajaya kak. Lagi best Krn ada laluan jogging . Sayapun akan semangat utk brisk walk di sana.
ReplyDeleteBetul2 cantiiiiiiik burung painted stork ini. Nampak anggun kaki dia yaa. Panjang dan jenjang 😄👍👍.
Tergoda jugak ya tengok burung bangau yg langsung macam model tu. Rugilah kalau tidak dibidik gambarnya, warnanya menarik, bukan putih seperti kebanyakan bangau kita jumpa sebelum² ni.
ReplyDeleteTengok badan bangau, baru tahu kenapa lirik lagu tu.. bangau oh bangau, kenapa engkau kuruus??
bangau tu dah gaya catwalk model..untung kak dapat tengok dekat depan mata
ReplyDeleteElok bangau tu tak lari, ya. Cantik gambar Ujie ambil. Seronok dapat brisk walk di taman tasik Putrajaya tu. 👍
ReplyDeleteBangau itu berjaya goda Puan Ujie untuk berhenti jalan laju.
ReplyDeleteMasya Allah jauh jalan. Alhamdulillah segala perancangan berjalan lancar.
Seronok bila boleh riadah tempat cantik ini.. Terapi mata..
ReplyDeleteLawa betul bangau tu.. Suka tengok warna pink hujung ekor dia..
Ujie slalu turun kL.. bebila free bole jumpa hehe..
ReplyDeleteWahhhh cantik potret burung heron tuh ye. Pandai dia posing sama. Mantap Ujie briskwalk sampai 5.19 km. Tidak terasa gamaknya briskwalk kalau dikelilingi alam semulajadi ye. Suka saya membaca perkongsian bloggers yang rajin sungguh briskwalk. Saya ini entah bila la hendak mula briskwalk ke zumba ke apo ke...hmmmm...
ReplyDeleteMasya Allah, memang cantik betul Painted Stork tu! Warna merah jambu dekat bulu dan kaki dia tu nampak sangat unik. Pandai Ujie tangkap gambar, nampak 'sharp' dan burung tu pun macam faham-faham je tengah jadi model. Rezeki sangat dapat jumpa depan mata
ReplyDeleteLawonya dia ada warna pink lagi. Laaaa akak kerja putrajaya pun tak pernah tahu jejak sisiran ni. Tahu kat area tasik tu banyak laluan untuk briskwalk.
ReplyDelete