Thursday, 30 April 2026

Berkayak di Tasik Temenggor, Gerik

Entri terakhir catatan percutian di Belum Rainforest Resort, Gerik, Perak.

Bila dapat tahu di sini ada menawarkan aktiviti berkayak, saya jadi teringin mencuba berkayak di Tasik Temenggor - tasik kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.

Seingat saya, kali terakhir saya berkayak pada usia awal 20-an iaitu ketika mengunjungi Pulau Pangkor bersama kawan-kawan UPM (Universiti Putra Malaysia). Sekarang usia saya menghampiri separuh abad ๐Ÿ˜…

Jeti Belum Rainforest Resort Gerik Perak
Jeti di Belum Rainforest Resort. Lokasinya terletak tak jauh dari penginapan kami.

Jeti Belum Rainforest Resort Gerik Perak
Pintu pagar jeti bertutup, hanya akan dibuka jika ada staf bertugas. Kami sudah pun membuat tempahan awal (hari sebelumnya) untuk slot pukul 10 pagi.

Kalau ikutkan kami nak lebih awal untuk mengelak cuaca panas, tapi tak ada slot awal pagi. Ini pun kena menunggu hampir 30 minit dari masa dijanjikan, barulah staf muncul. Katanya tak cukup staf pagi ni. 

Jeti Belum Rainforest Resort Gerik Perak
Belum Rainforest Resort Malaysia - Your Gateway To Nature.

Berkayak di Tasik Temenggor Gerik
Rupa bentuknya berbeza dengan kayak yang pernah saya naik - ada tempat duduk yang agak selesa dan kaki perlu masuk ke dalam (ruang tertutup).

Carian saya mendapati, ini merupakan sit-on-top tandem kayak iaitu jenis tempat duduk terbuka. Kayak begini lebih stabil, tetapi membuat saya rasa cepat lenguh pada belakang badan dan paha (uhh...baru tahu ejaan yang betul bagi ‘peha’ adalah paha).

Berkayak di Tasik Temenggor Gerik
Memulakan aktiviti berkayak dengan perasaan teruja dan juga berdebar. Mau tak berdebar, rasa dekat sungguh saya dengan air tasik ni. Penakut tapi nak berkayak ๐Ÿ˜„

Paling penting, jangan lupa mohon perlindungan Allah dengan membaca :
 ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ، ุชَูˆَูƒَّู„ْุชُ ุนَู„َู‰ ุงู„ู„ู‡ِ، ูˆَู„َุง ุญَูˆْู„َ ูˆَู„َุง ู‚ُูˆَّุฉَ ุฅِู„َّุง ุจِุงู„ู„ู‡ِ 
Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.
Berkayak di Tasik Temenggor Gerik
Saya berkayak dengan tak membawa telefon. Staf perempuan bernama Umi baik hati tolong pegangkan telefon saya dan tolong ambilkan foto/video kami.

Berkayak berdua perlu serentak kayuhan kanan-kiri. Mula-mula je kami kayuh bersama, selepas itu kami sepakat bergilir mengayuh - tujuannya supaya pergerakan kayak tak terlalu laju dan dapatlah bergilir menikmati suasana tanpa perlu mengayuh pendayung. Tak pastilah betul ke tak cara begini, hentam sajalah ๐Ÿ˜†

Berkayak di Tasik Temenggor Gerik
Bila semakin jauh berkayak, perasaan takut semakin berkurangan. Rasa seronok berkayak, jadi leka menghayun pendayung sambil menikmati pemandangan alam luas terbentang.

Permukaan tasik lebih tenang berbanding di lautan, sesuailah untuk orang yang tak biasa berkayak macam kami ni. Cuma sesekali ada bot laju lalu, rasa cuak jugalah bila kayak teroleng-oleng. Walaupun jarak kayak kami dengan bot tu jauh, tapi ombak yang terhasil tetap memberi kesan kepada kami.

Berkayak di Tasik Temenggor Gerik
Hasil foto zoom-out lensa telefon Encik Suami. Masa ini saya sedang berkayuh membawa kayak menghampiri Jambatan Barat Tasik Temenggor. Kita bebas berkayak ke mana saja tetapi dilarang melepasi jambatan ini.

Berkayak di Tasik Temenggor Gerik
Di hadapan saya itulah Belum Rainforest Resort yang terletak di Pulau Banding.

Awalnya hanya kami berdua saja yang berkayak. Kemudian ada pengunjung yang nampak kami dan terdengar kata-kata mereka “Eh…boleh berkayaklah!”, selepas itu bertambahlah geng kayak. Satu, dua dan seterusnya ada lebih kurang lima buah kayak menyertai kami. Jadi bertambah meriah!

Cukup masa 1 jam, kami kembali ke jeti. Mujurlah cuma ambil 1 jam, walaupun seronok berkayak tapi terasa lenguh belakang badan saya disebabkan tempat bersandarnya kecil - hampir tiada penyandar. Bila dah berehat di bilik, barulah terasa lenguh bahagian lengan pula. Yelah, tadi beria mengayuh pendayung. Beginilah bila dah berumur dan kurang bersenam tapi masih ada keinginan nak buat aktiviti luar ๐Ÿ˜…

Kalau kalian berminat nak berkayak di sini, terdapat dua pilihan jenis kayak - Single Seater RM50/kayak dan Double Seater RM100/kayak.







3 comments:

  1. Belum pernah try kayak ni.. pernah naik bot kayuh je kat Tasik Dayang Bunting๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  2. Bestnyer dapat berkayak di tasik temenggur

    ReplyDelete
  3. Teringin tapi tak tahulah mampu nak berkayuh ke tidak hihi...
    Tapi seronok bila dapat buat aktiviti yg dah lama kita x buat kan. Dapat pula menikmati keindahan alam semulajadi dan tasik yg tenang begini, mahal pengalaman tu

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita ๐Ÿ˜Š

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****