Thursday, 5 February 2026

Pokok Terung Berbuah Sulung

Kejutan selepas pulang dari kampung halaman di Johor - pokok terung saya mengeluarkan buah pertama! Saya sangkakan tak menjadi, sebab sebelum balik kampung (hari Jumaat) saya belek bunga terung macam layu kering. Jadinya saya tak menaruh harapan tinggi.

Sepanjang tiada di rumah, saya minta jiran tolong siramkan pokok sehari dua kali. Sekarang ni tempat saya sedang dilanda kemarau dan cuaca panas - masih belum ada hujan turun pada tahun ini, sebab tu saya perlu pastikan pokok disiram air secukupnya.

Sampai rumah hari Isnin sudah pun lewat malam, memang tak belek pokoklah. Esoknya Selasa awal pagi kami keluar seharian selesaikan urusan di Sungai Petani, tak sempat belek pokok. Hari Rabu (semalam) barulah saya sempat siram sendiri pokok. Terkejut saya bila nampak buah terung dah pun besar!

Foto bertarikh 5 Februari 2026.
Entah bila masa pokok ini mula berbuah. Saya tinggalkan selama lima hari, memang terkejutlah bila tengok buah dah pun besar. Saya tanam dua pokok dalam satu bekas tanaman, Alhamdulillah setiap pokok berjaya menghasilkan buah terung sulung.

Bahagia sungguh dapat pegang terung hasil pertama kali tanam sendiri.
Terima kasih Allah 💙


Untuk rekod :
2 November 2025 - semai benih terung.
19 Januari 2026 - muncul tunas bunga terung pertama.
Sekitar hujung Januari sehingga awal Februari 2026 - muncul buah pertama!

Oh ya, saya tanam ni jenis terung panjang. Biji benih jenama Baba.







36 comments:

  1. Wahhh dah ada hasilnya. Cantik terungnya tu.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...cantik terung nya..sedap ni buat pajeri terung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak suka makan pajeri terung tapi belum pernah cuba masak. Nanti kalau banyak hasil terung ni bolehlah cuba buat 😀

      Delete
  3. Alhamdulillah dpt mkn hasil menuai
    Besttkqn tgk buah 2 ni

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah syukur! Kita pun tumpang happy ni hihi

    ReplyDelete
  5. Elok kejadiannya tu. Boleh la harvest nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah…baru je tuai dan dah selamat dimakan 😀

      Delete
  6. Seronoknya dh dpt hasilnya... semoga makin semangat bercucuk-tanam kak.. nnt share masak apa pulak terung sulung tu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila berbuah ni memang naik semangat.
      Masak biasa je Mim…terung balado 😀

      Delete
  7. Alhamdulillah, hasil berbudi kepada tanah. Lepas ni mungkin ada entri Terung Berlada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha…gambar dah ambik, tapi entah bila akan jadi entri.

      Delete
  8. Alhamdulillah... sy suka sgat tgok kwn blog yg bercucuk tanam... sy tanam bunga dan sayur semua mati huhu... bestnya lepas nie petik sayur dr rumah ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa…akak pun bukan semua ditanam menjadi. Letak di blog mana yang jadi je 😄

      Delete
  9. Alhamdulillah ada jiran baik tolong siram. Rasa hasil tuaian pertama.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah tumpang seronok

    ReplyDelete
  11. org panggil terung negro nih - hitam panjang dan berkilat., huhu sedap masak terung berlado nih

    ReplyDelete
  12. Uwaaah senangnya pasti kak 😍😍😍. Terong kebun sendiri berbuah. Paling sukaaa saya terong ungu begini. Sedap di balado atau tumis cabe hijau.

    Di sana tak hujan2 ya? Alaaah enaknya, jakarta dah sebulan ini hujan terus. Memang akan begini sampai CNY nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak dan makan dengan gembira 😃
      Akak masak balado, menu kegemaran 😋

      Di bahagian utara Semenanjung Malaysia memang biasanya panas kemarau sekitar bulan Dec-Mac. Setakat hari ini, tahun ni baru sekali hujan turun. Tak lebat tapi basah jugalah rumput yang dah kekuningan kering.

      Delete
  13. haisl ebrbudi pd tanah...bole di tuai..cantik buah terungnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah…harap terus banyak hasilnya nanti 😀

      Delete
  14. Cepatnya terung tu membesar ye Kak Ujie 😃 Alhamdulillah, dapat jugak merasa hasil tanaman pokok terung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..betul-betul terkejut masa nampak tu. Rasa tak percaya 😀

      Delete
  15. wahhh best nyaaa menjadi.... so terung buat msk apa tu?

    ReplyDelete
  16. Seronoknyaaaaaa....best dah nampak hasil...pokok timun PZ pun dah berbuah..ada la 2 biji...

    ReplyDelete
  17. last time baca, tumbuh bunga yg cantik, skrg dah tumbuh dgn jayanya!

    ReplyDelete
  18. Wahhhhh tahniahhhhh....masak pajeri pun sedap

    ReplyDelete
  19. Sejuk tangan Ujie. Alhamdulillah, saya tumpang gembira. 😍

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****