Kejutan selepas pulang dari kampung halaman di Johor - pokok terung saya mengeluarkan buah pertama! Saya sangkakan tak menjadi, sebab sebelum balik kampung (hari Jumaat) saya belek bunga terung macam layu kering. Jadinya saya tak menaruh harapan tinggi.
Sepanjang tiada di rumah, saya minta jiran tolong siramkan pokok sehari dua kali. Sekarang ni tempat saya sedang dilanda kemarau dan cuaca panas - masih belum ada hujan turun pada tahun ini, sebab tu saya perlu pastikan pokok disiram air secukupnya.
Sampai rumah hari Isnin sudah pun lewat malam, memang tak belek pokoklah. Esoknya Selasa awal pagi kami keluar seharian selesaikan urusan di Sungai Petani, tak sempat belek pokok. Hari Rabu (semalam) barulah saya sempat siram sendiri pokok. Terkejut saya bila nampak buah terung dah pun besar!
![]() |
| Foto bertarikh 5 Februari 2026. |
Entah bila masa pokok ini mula berbuah. Saya tinggalkan selama lima hari, memang terkejutlah bila tengok buah dah pun besar. Saya tanam dua pokok dalam satu bekas tanaman, Alhamdulillah setiap pokok berjaya menghasilkan buah terung sulung.
Bahagia sungguh dapat pegang terung hasil pertama kali tanam sendiri.
Terima kasih Allah 💙
Untuk rekod :
2 November 2025 - semai benih terung.
19 Januari 2026 - muncul tunas bunga terung pertama.
Sekitar hujung Januari sehingga awal Februari 2026 - muncul buah pertama!
Oh ya, saya tanam ni jenis terung panjang. Biji benih jenama Baba.


Wahhh dah ada hasilnya. Cantik terungnya tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah 😊
DeleteAlhamdulillah...cantik terung nya..sedap ni buat pajeri terung
ReplyDeleteAkak suka makan pajeri terung tapi belum pernah cuba masak. Nanti kalau banyak hasil terung ni bolehlah cuba buat 😀
DeleteAlhamdulillah dpt mkn hasil menuai
ReplyDeleteBesttkqn tgk buah 2 ni
Best...bahagia rasa 😀
DeleteAlhamdulillah syukur! Kita pun tumpang happy ni hihi
ReplyDeleteHehe...Alhamdulillah 😊
DeleteElok kejadiannya tu. Boleh la harvest nanti.
ReplyDeleteAlhamdulillah…baru je tuai dan dah selamat dimakan 😀
DeleteSeronoknya dh dpt hasilnya... semoga makin semangat bercucuk-tanam kak.. nnt share masak apa pulak terung sulung tu ya
ReplyDeleteBila berbuah ni memang naik semangat.
DeleteMasak biasa je Mim…terung balado 😀
Alhamdulillah, hasil berbudi kepada tanah. Lepas ni mungkin ada entri Terung Berlada.
ReplyDeleteHahaha…gambar dah ambik, tapi entah bila akan jadi entri.
DeleteAlhamdulillah... sy suka sgat tgok kwn blog yg bercucuk tanam... sy tanam bunga dan sayur semua mati huhu... bestnya lepas nie petik sayur dr rumah ja
ReplyDeleteAlaa…akak pun bukan semua ditanam menjadi. Letak di blog mana yang jadi je 😄
DeleteAlhamdulillah ada jiran baik tolong siram. Rasa hasil tuaian pertama.
ReplyDeleteAlhamdulillah…merasa jugaklah.
DeleteWah... hasilnya memuaskan hati
ReplyDeleteSangat memuaskan hati. Alhamdulillah 😀
DeleteAlhamdulillah tumpang seronok
ReplyDeleteAlhamdulillah 😀
Deleteorg panggil terung negro nih - hitam panjang dan berkilat., huhu sedap masak terung berlado nih
ReplyDeleteBaru tau ada panggilan terung negro 😄
DeleteUwaaah senangnya pasti kak 😍😍😍. Terong kebun sendiri berbuah. Paling sukaaa saya terong ungu begini. Sedap di balado atau tumis cabe hijau.
ReplyDeleteDi sana tak hujan2 ya? Alaaah enaknya, jakarta dah sebulan ini hujan terus. Memang akan begini sampai CNY nanti
Masak dan makan dengan gembira 😃
DeleteAkak masak balado, menu kegemaran 😋
Di bahagian utara Semenanjung Malaysia memang biasanya panas kemarau sekitar bulan Dec-Mac. Setakat hari ini, tahun ni baru sekali hujan turun. Tak lebat tapi basah jugalah rumput yang dah kekuningan kering.
haisl ebrbudi pd tanah...bole di tuai..cantik buah terungnya
ReplyDeleteAlhamdulillah…harap terus banyak hasilnya nanti 😀
DeleteCepatnya terung tu membesar ye Kak Ujie 😃 Alhamdulillah, dapat jugak merasa hasil tanaman pokok terung.
ReplyDeleteItulah..betul-betul terkejut masa nampak tu. Rasa tak percaya 😀
Deletewahhh best nyaaa menjadi.... so terung buat msk apa tu?
ReplyDeleteMasak balado, menu kegemaran akak 😋
DeleteSeronoknyaaaaaa....best dah nampak hasil...pokok timun PZ pun dah berbuah..ada la 2 biji...
ReplyDeletelast time baca, tumbuh bunga yg cantik, skrg dah tumbuh dgn jayanya!
ReplyDeleteWahhhhh tahniahhhhh....masak pajeri pun sedap
ReplyDeleteSejuk tangan Ujie. Alhamdulillah, saya tumpang gembira. 😍
ReplyDelete