Saturday, 14 February 2026

Menikmati Suasana Petang di Sekitar D’village Hotel & Villas, Karai, Kuala Kangsar

Hampir pukul 6.30 petang, saya dan Encik Suami berjalan kaki keluar dari penginapan di D’village Hotel & Villas. Kami nak pergi ke Jambatan Victoria yang terletak hanya di seberang jalan penginapan, tapi sebelum itu jom kita jalan-jalan menikmati suasana petang tempat yang menjadi lokasi penggambaran filem Zombi Kampung Pisang ini.
 
Karai, Kuala Kangsar, Perak
Cantik pemandangan petang di sini. Binaan klasik Jambatan Victoria, sebatang pohon besar memayungi tempat ini dan cahaya redup matahari lewat petang, semuanya nampak indah di mata.

Suasana petang di sini meriah dengan kenderaan penduduk tempatan yang lalu lalang dan juga para pelancong yang berkunjung ke Jambatan Victoria. Terdapat beberapa buah gerai kecil menjual makanan dan minuman (di sebelah kiri, tak kelihatan dalam foto), ruangan parkir bagi pengunjung Jambatan Victoria (di sebelah kanan, juga tak kelihatan dalam foto) dan jika kita terus berjalan kaki ke depan akan tiba di Dataran Victoria.

Karai, Kuala Kangsar, Perak
Dataran Victoria merupakan sebuah kawasan lapang yang terletak di pesisiran Sungai Perak. Kedudukannya lebih rendah, kami meneruskan langkah kaki untuk turun ke bawah sana.

Karai, Kuala Kangsar, Perak
Kami menyusuri laluan pejalan kaki yang tersedia, kemudian berjalan di bawah Jambatan Victoria dan jambatan konkrit laluan kereta api. Pintu gerbang di seberang jalan merupakan kawasan Kampung Warisan Budaya yang juga menempatkan penginapan jenis vila (rumah tradisional) dan kafe Dapur Tok Enda (lokasi sarapan pagi kami pada esok harinya).

Karai, Kuala Kangsar, Perak
Bahagian bawah binaan Jambatan Victoria. Suatu ketika dahulu, ia merupakan jambatan laluan kereta api. Kini, sebuah jambatan kereta api binaan konkrit telah dibina bersebelahannya.

Dataran Victoria, Karai, Kuala Kangsar
Jambatan Victoria di atas dan Dataran Victoria di hadapan.

Dataran Victoria, Karai, Kuala Kangsar
Kami menyusuri laluan pejalan kaki di pesisir Sungai Perak. Selain kami, ramai juga pengunjung lain yang sedang bersantai di sini - ada yang sedang memancing ikan dan ada yang datang sekadar menikmati suasana. Tempatnya indah dan mendamaikan, tapi terdapat sampah sarap yang mencacatkan pemandangan.

Dataran Victoria, Karai, Kuala Kangsar
Indah alam ciptaan Allah.

Dataran Victoria, Karai, Kuala Kangsar
Jambatan Victoria merentangi Sungai Perak.

Matahari semakin rendah di ufuk barat, kami segera naik ke Jambatan Victoria bagi menikmati keindahan suasana senja di situ.







25 comments:

  1. Cantiknya dapat tengok matahari terbenam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki…tak tau pun senja kat sini cantik dapat tengok matahari terbenam.

      Delete
  2. Sy belum sampai ke Jambatan Victoria ni. Memang cantik sangat pemandangannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sampai pun sebab ada hal kerja suami, kalau saja-saja entah bila nak pergi 😄

      Delete
  3. Linda pun tak pernah sampai lagi..padahal orang perak Aje .hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah negeri sendiri, memang lambat lagi ler nak sampai 🤭😆

      Delete
  4. Beberapa tahun lepas, tak ada lagi dataran Victoria tu, semak samun dan hutan saja di situ. Kampung Warisan Budaya pun tak ada. Laluan keretapi baru pun belum ada, masa saya pergi dulu-dulu. Nampak benor dah bertahun-tahun tak sampai sana. 😁

    ReplyDelete
  5. best nya lepak2 kat sini pd waktu petang... kalau ada layang2 pun sedap jg kalau dpt terbangkan kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jugak orang lepak sini, meriah. Kami lepak kejap je, keluar hotel dah lewat.

      Delete
  6. Orang suka bergambar kat sini kan. Cantik jambatan ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, jambatan klasik memang cantik buat bergambar.

      Delete
  7. Subhanallah. Saya cuci mata tengok gambar-gambar Puan Ujie ambil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Na sudi menikmati gambar-gambar di atas 😀

      Delete
  8. Jambatan ikonik ni.. cantik pemandangan sekitar situ kak, pokok besar tu pun nampak cantik dan rendang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan…pulak tu dalam suasana kampung, memang bertambah menarik pemandangan.

      Delete
  9. Best kalau explore kuala kangsar ... Jambatan Victoria ni kena pergi bergambar sebab tmpt bersejarah huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tarikan di Kuala Kangsar, tapi akak belum pernah explore. Ni cuma sempat ke Jambatan Victoria je.

      Delete
  10. Oh pernah jadi lokasi syuting film ya kak?

    So, jembatan Victoria ini tak boleh dinaiki kah oleh pengunjung? Sudah bukan jalan kereta api lagi kan yaa. Atau hanya bisa lihat dari bawah?

    Lingkungan sekitarnya cantiiiik, apalagi ada sungai. Jogging di pedestriannya pasti asyik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, filem komedi dengan suasana kampung jadi memang sesuai di lokasi ini.

      Boleh naik, sekarang jambatan ni jadi produk pelancongan. Juga ada laluan kecil untuk motor dan pejalan kaki.

      Memang sesuai sangat jogging di sini. Suasananya tenang.

      Delete
  11. Your photos are beautiful. I love nature and God's creation. Thank you so much for sharing, and warm greetings from Montreal, Canada ❤️ 😊 🇨🇦

    ReplyDelete
  12. Ohh lokasi filem Zombi Kampung Pisang ya. Cantiknya sunset Subhanallah. Memang cantik persekitaran Victoria Bridge tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sebenarnya baru tahu, balik dari sini barulah saya tonton filem tersebut. Padahal filem tu dah agak lama 😄

      Cantik kan suasananya. Tenang rasa.

      Delete
  13. Cantiknya suasana petang di Jambatan Victoria - Karai, Kuala Kangsar, Perak 🤍 Tempat yang tenang, memang sesuai untuk bersantai sambil menikmati senja.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****