Saturday, 21 February 2026

Jambatan Victoria - Jambatan Kereta Api Era Kolonial Berusia Hampir 126 Tahun!



Sebelum ini selalu juga tengok foto orang lain di Jambatan Victoria, tetapi saya tak pernah tahu bahawa dari jambatan ini kita dapat menyaksikan suasana senja yang memukau pandangan

Rezeki saya tiba di sini ketika matahari hampir tenggelam di ufuk barat, dapatlah saya memotret suasana senja di Jambatan Victoria. Tetapi ada beberapa foto di bawah saya rakam pada esok paginya bagi melengkapkan catatan berkenaan jambatan ikonik ini.

Info Jambatan Victoria :
  • Terletak di Karai (dikenali juga sebagai Enggor), Kuala Kangsar, Perak.
  • Nama Jambatan Victoria diambil sempena Ratu Victoria, ia juga dikenali sebagai Jambatan Enggor.
  • Siap dibina pada tahun 1900 oleh pihak Inggeris dan dirasmikan pada Mac 1900.
  • Tujuan pembinaan jambatan kereta api ini bagi memudahkan pengangkutan hasil bijih timah dan arang batu pada era kolonial. Ia juga digunakan sebagai pengangkutan awam.
  • Pada tahun 2002, Jambatan Victoria tidak lagi digunakan untuk laluan kereta api kerana sebuah jambatan konkrit telah dibina selari dengan Jambatan Victoria.
  • Pada tahun 2016, Jambatan Victoria telah diwartakan sebagai warisan negara oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia. Ia bertujuan mengekalkan nilai warisan sebagai antara jambatan kereta api tertua di Malaysia.
  • Sehingga kini, jambatan ini masih digunakan oleh pengguna motosikal dan pejalan kaki bagi menyeberangi Sungai Perak (terdapat laluan kecil di sebelah landasan kereta api).

Jambatan Victoria, Karai, Kuala Kangsar
Bahagian hadapan untuk pengunjung naik ke Jambatan Victoria.

Jambatan Victoria, Karai, Kuala Kangsar
Papan tanda stesen.

Jambatan Victoria, Karai, Kuala Kangsar
Di seberang jalan terdapat deretan gerai jualan makanan dan minuman. Foto dirakam pada waktu pagi esok harinya, cahaya matahari pagi dari arah timur.

Jambatan Victoria, Karai, Kuala Kangsar
Cantik bunga liar ni.

Jambatan Victoria, Karai, Kuala Kangsar
Permulaan jambatan. Binaan klasik dengan keindahan cahaya senja menimbulkan kesan dramatik.

Jambatan Victoria, Karai, Kuala Kangsar
Plak peringatan Jambatan Victoria masih kekal sebagai bukti sejarah.

Jambatan Victoria, Karai, Kuala Kangsar
Jambatan diperbuat daripada besi.

Jambatan Victoria, Karai, Kuala Kangsar
Pengunjung boleh berjalan di sini (tepi landasan kereta api), tetapi sebarang risiko tanggung sendirilah ya. Kena melangkah dengan berhati-hati, perhatikan tempat kita pijak tu kukuh.

Jambatan Victoria, Karai, Kuala Kangsar
Bahagian kayu landasan juga ada yang reput. Hati-hati bila memijaknya.

Jambatan Victoria, Karai, Kuala Kangsar
Usang dan klasik. Jambatan ini menyimpan banyak cerita masa lalu. Pada tahun 1941, ia pernah diletupkan oleh pihak Inggeris bagi menghalang kemaraan tentera Jepun.

Jambatan Victoria, Karai, Kuala Kangsar
Jambatan kereta api konkrit (di sebelah kanan foto) dibina selari dengan jambatan lama.

Jambatan Victoria, Karai, Kuala Kangsar
Terdapat laluan kecil untuk motosikal dan pejalan kaki menyeberangi jambatan ini.

Ketika kami di sini, laluan ini agak sibuk dengan motosikal jadinya agak merbahaya bagi kami berjalan di laluan ini. Ada ketika kami berjalan di sini dan bila ada banyak motosikal terpaksalah kami ke sebelah - berjalan di tepi landasan kereta api.

Jambatan Victoria, Karai, Kuala Kangsar
Saya sebenarnya rasa gayat bila berjalan di tepi landasan kereta api sebab ada jarak di antara lantai besi - boleh nampak aliran sungai di bawah 😅

Setakat ini saja saya mampu sampai - di bahagian tengah bagi menikmati keindahan Sungai Perak dari atas Jambatan Victoria. Tak kesampaian hasrat nak berjalan sampai ke penghujung jambatan. Begitulah bila dah bertambah usia, tahap keberanian saya makin berkurangan.

Jambatan Victoria, Karai, Kuala Kangsar
Keindahan aliran Sungai Perak, rakaman foto dari atas Jambatan Victoria. Luas dan bersih.


Video pendek memaparkan keindahan Jambatan Victoria pada waktu senja.







30 comments:

  1. Beautiful photos. I understand you being uncomfortable walking on the railroad tracks. I would not like to walk there.
    Thank you so much for sharing this lovely tour.

    ReplyDelete
  2. Dapat masuk wishlist ni kalau ke sana.. menarik nak jejakan kaki di jambatan victoria ni.. ☺️👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuala Kangsar banyak tempat menarik, jambatan ni salah satunya. Datang waktu senja kalau nak suasana menarik.

      Delete
  3. Ujie lebih berani dari saya la, sebab sampai ke tengah. Saya adalah 5 langkah saja atas jambatan tu. Bila tengok bawah ada lubang, omg.. gayat, patah balik. Memburukkan keadaan, motor lalu laju, kita yang seriau. Tapi cantik kan, view. Klasik la. Saya suka gambar bunga liar Ujie ambil tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe…saya mula-mula tu kecut perut jugak, tapi teruskan melangkah sebab nak tengok pemandangan sungai dari atas. Kalau tak ada motor lalu lalang, boleh jalan kat laluan tak ada lubang tu kan. Kuranglah rasa gayat.

      Delete
  4. Makin menarik persekitarannya dari waktu ke sini dulu. Cantiknya view Subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dibaik pulih agaknya, jadi lebih menarik.

      Delete
  5. Ini spot orang berinstagram ni... memang viral!

    ReplyDelete
  6. lawa jambatan ni., selamat berpuasa ., hehe aminn

    ReplyDelete
  7. Nak kena pergi jugalah ni... Lawa betul tempat ni.
    Tak silap tu bunga airmata pengantin namanya, lebah kelulut suka bunga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik kampung di utara bolehlah singgah 😀
      Ooh..pernah dengar nama bunga tu tapi tak kenal/ingat rupa 😀. Cantik, macam tak sesuai dengan namanya pulak ya.

      Delete
  8. Subhanallah memang cantik pemandangan dekat jambatan tu kak... masih cantik terjga lagi jambatannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jambatan ni tak diwartakan sebagai warisan negara, mungkin tak elok gini.

      Delete
  9. Cantik sangat tempat ni. Elok pulak datang before maghrib, lagi lawa bila nak bergambar. Rasa gayat pulak bila berjalan atas jambatan tu, boleh nampak sungai kat bawah.. tergedik-gedikla nak melangkah 🤣

    ReplyDelete
  10. Cantik suasana senja di Jambatan Victoria - Karai, Kuala Kangsar, Perak, penuh nostalgia dan nilai sejarah 😊 Suka sgat tgok gambar2 ujie ambil... lawa2 semuanya

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dapat jalan menyeberangi Sungai Perak. Masya Allah pemandangan indah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habis jalan sampai hujung pun Na, gayat! Sampai tengah sungai je tu 😄

      Delete
  12. selalu jg nampak photog share gmbr2 pengantin outdoor kat sini... mmg cantik...

    dah agak daa... nama jambatan tu pasti ada kaitan dgn queen victoria

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahlah menjajah, nama jambatan pun nak ikut dia jugak. Baca artikel, nama tempat pun diubah. Nama asal Karai, penjajah tukar kepada Enggor. Sebab tu sekarang sebut Karai atau Enggor.

      Delete
  13. Cantiknya pemandangan di Jambatan Victoria di waktu senja. Semua gambar nampak awesome sangat. Rezeki masa ambil gambar takde orang lain so gambar jadi molek sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ksarie 😊
      Iya, waktu senja ni tak ramai orang jadi mudah saya merakam gambar dan video.

      Delete
  14. Cantik sangat semua gambar yang dipaparkan ni.

    ReplyDelete
  15. Masyaa Allah,...temlat cantik penuh sejarah....ingatkannkat luar negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Binaan era kolonial, itu nampak macam di luar negara kot 😀

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****