Sunday, 8 February 2026

‘Grooming’ dan Vaksinasi Tahunan Untuk Si Anak Bulu

Terasa pantas masa berlalu, sekejap saja sudah lebih setahun Jojo si anak bulu menjadi sebahagian daripada kehidupan saya dan Encik Suami. Februari 2025 merupakan kali pertama kami hantar Jojo untuk vaksinasi, dan sekarang tiba masa untuk vaksinasi tahunan pula. Saya buat juga appointment untuk Jojo mandi (grooming). 

Jojo semakin membesar, saya tukar pet carrier yang bersesuaian untuknya supaya lebih selesa. Namun tetap jua Jojo tak senang duduk sepanjang lebih 20 km dari rumah menuju ke klinik. Macam-macam bunyi keluar, siap bunyi ‘hisss..’ beberapa kali tanda marah atau rasa terancam. Tangannya pula asyiklah mengais sana sini cari cara untuk keluar. Lucu bercampur kasihan saya lihat situasi Jojo πŸ˜…

Sekitar pukul 11 pagi, kami tinggalkan Jojo di Klinik Haiwan DrVET Arau (sebelum ini dikenali sebagai Klinik Haiwan Calico). Kami datang semula pada pukul 4.30 petang untuk berjumpa doktor dan menyaksikan sendiri proses vaksinasi Jojo sebelum dibawa pulang ke rumah.

Perjalanan baliknya, Jojo jauh lebih tenang. Agaknya dah keletihan seharian tak dapat tidur. Sampai rumah, lepas makan Jojo terus cari tempat tidur. Ketika saya menaip entri ini, Jojo baru saja menyambung kembali tidurnya selepas makan dan menjilat bulu. Tidur dengan gaya terlentang, kepala terpusing dan kaki tangan terangkat - seperti foto di bawah πŸ˜†

Foto Jojo pada 4 Februari lalu.


Klik foto untuk paparan jelas.
Banyak juga kos kali ini sebab selain grooming dan vaksinasi, doktor beri rawatan ubat cacing dan ubat kutu/hama yang lebih berkesan serta tahan lama - sebabnya ada kutu babi di telinga Jojo. Begitulah kalau dah sayang, berapa pun sanggup dibayar hanya untuk si anak bulu πŸ˜€

Untuk rekod, berat terkini Jojo 6.4 kg.







28 comments:

  1. Saya pengen sebenernya nak bawa anak bulu grooming. Tp ada 1 ekor, dah tua pula, memang ganas sikit 🀣🀣. Kuatir pula saya staff groomer akan habis kena cakar dia πŸ˜…πŸ˜….

    Nantilah, kalau nak bawa sekaligus 5 ekor, memang tak sanggub. Harus 1-1 diantar 🀣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jenis garang/ganas, di sini akan dikenakan caj tambahan πŸ˜„

      Delete
  2. Jojo lagi berat dari Tot, wpun nmpk lebih kecil saiznya. Lena la tidur dah wangi, bersih hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Staf klinik kata, Jojo jenis badan sado. Agaknya sebab tu lebih berat.

      Haha...yelah tu.

      Delete
  3. bole tahan kosnya...cantik si bulus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi mudahlah sekali pergi buat macam-macam urusan dia. Kosnya jelah πŸ˜…

      Delete
  4. Amboi Jojo... gaya tidur tu macam dia terpaling penat dalam rumah tu ye 🀣 6.4kg dah nak hampir sama berat dengan kucing saya si Louis tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..padahal dia la juara tidur hampir sepanjang siang πŸ˜‚

      Terasa berat jugak bila nak angkat kucing lebih 6 kg ni lah πŸ˜„

      Delete
  5. Suka jalan² la ni Jojo ya sampai ada KB, hihi. Semoga Jojo sihat² selalu begitu jugak tuan Jojo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, siang biasanya tidur kat rumah, malam sibuk nak keluar merayau.

      Aamin...terima kasih doa SK.

      Delete
  6. Kutu babi?....pernah kutu ni masuk pusat masa kecik2 dulu. Degil bila nak cabut dia. Cengkamannya kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak cabut kan. Kena guna minyak bagi cengkaman kurang.

      Delete
  7. Eh, cantik pulak carrier dia cam tu... ada window pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap ada macam langsir tau, boleh lepas ke bawah atau gulung ke atas πŸ˜€

      Delete
  8. huntong arrr jojo ada org byr kan bil... sebab tu makin bam bammmmm eeee geramnyaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang hati ek...kerja dia makan tidur pastu mintak bermanja 😁

      Delete
  9. Semoga Jojo terus membesar dengan sihat. Geram tengok dia tidur, rasa nak tepuk-tepuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin...
      Saya kadang usik pegang tangan kaki dia masa tidur. Geram 😁

      Delete
  10. Hi Jojo lama tak nampak. Kesian ya ada kutu babi ya. Moga sihat selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin merayau masuk semak sana sini, dapatlah kutu babi πŸ˜…

      Aamin..

      Delete
  11. Aduhai..SA lupa la beli ubat kutu kucing untuk Brown...ok nak order...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dok dalam rumah je mungkin kurang risiko kena kutu. Ini keluar masuk rumah sesuka hati πŸ˜…

      Delete
  12. kemain ye jojo, tidur tak ingat dunia! bagusnya klinik ni siap ada pakej grooming. tmpt saya ni selalunya grooming hantar lain, pergi klinik just utk rawatan je.

    bila dah ada kucing ni, sanggup berhabis duit kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...syukur ada klinik gini kat sini. Mudah sekali pergi je.

      Hehe..iya, dah sayang kan.

      Delete
  13. Untung Jojo ada papa dan mama yang sangat sayang padanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun rasa untung jugak sebenarnya, Allah hantar Jojo yang baik dan manja. Jadi tambah seronok hidup layan dia πŸ˜€

      Delete
  14. Lama ya kena tinggalkan Jojo dekat klinik.
    Takpelah setahun sekali. Hehe betullah itu kalau sudah sayang kena ambil berat kesihatan Jojo. Semoga Jojo sentiasa menceriakan kehidupan Puan Ujie dan suami.

    ReplyDelete
  15. Bertuah la si jojo dpaat rawatan dan spa dapat itu ini hahahaha..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****