TAHUN KETIGA RAMADAN DI NEGERI PALING UTARA
Alhamdulillah saya dan kita semua masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk bertemu dengan 1 Ramadan 1447H. Tahun ini merupakan kali ketiga saya menjalani ibadah puasa di bumi Perlis.
Masih dengan suasana cuaca yang sama seperti tahun sebelumnya - negeri Kedah dan khususnya Perlis sedang mengalami keadaan panas kering. Rumput dan pokok kekeringan seperti musim luruh, sana sini kelihatan kesan terbakar. Syukurlah sejak semalam cuaca bertukar redup, agak lega jugalah bagi kami di sini menghadapi hari pertama berpuasa.
PENGALAMAN PERTAMA SOLAT SUNAT TARAWIH DI MASJID
Tahun-tahun sebelum ini jika bukan di rumah, saya menunaikan solat sunat tarawih di sebuah surau kecil berhampiran rumah. Bila siangnya berpuasa, jadi malamnya rasa malas nak keluar jauh ke masjid. Masjid terdekat terletak kira-kira 5.4 km dari rumah.
Malam tadi saya dan Encik Suami memilih untuk menunaikan solat sunat tarawih di masjid buat kali pertama (sejak berhijrah ke Perlis). Sebetulnya, kali pertama buat saya sahaja sebab Encik Suami dah beberapa kali solat tarawih di masjid disebabkan program berkaitan kerja.
Kami menunaikan solat tarawih di Masjid Solahuddin Al-Ayyubi yang terletak di Padang Besar, Perlis. Padang Besar merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di sempadan pintu masuk ke Thailand. Jarak dari rumah kami ke masjid kira-kira 19 km. Bila nak solat di masjid jauh ni kenalah keluar rumah awal. Syukurlah malam tadi jalan raya menuju ke Padang Besar boleh dikatakan lengang, kurang orang nak ke negara jiran pada waktu tersebut.
Ruang solat utama Masjid Solahuddin Al-Ayyubi. Pembahagi ruang material kayu disusun secara berjarak sebagai pemisah ruang solat lelaki dan perempuan. Jadinya jemaah perempuan boleh nampak dengan jelas jemaah lelaki di hadapan.
Jemaah yang hadir ramai juga tetapi tidaklah memenuhi ruang solat yang ada. Jemaah perempuan ada lebih kurang tiga saf.
![]() |
| Klik foto untuk paparan lebih jelas. |
Solat sunat tarawih dijalankan dengan mematuhi garis panduan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis. Buat kali pertama, saya dapat pengalaman yang berbeza berbanding pengalaman solat tarawih sebelum ini.
Pengalaman baharu buat saya :
- Solat fardu Isyak dilakukan sebaik sahaja selepas azan Isyak, tiada ruang masa untuk kita solat sunat sebelum solat fardu (qabliyyah).
- Tak kedengaran Imam membaca Basmalah (Bismillah) dalam bacaan solat kerana ia dibaca secara perlahan (Sirr).
- Tiada bacaan khusus di antara rakaat solat tarawih. Setelah selesai empat rakaat dengan dua salam, rehat sebentar kemudian sambung empat rakaat seterusnya.
- Solat sunat witir dilakukan tiga rakaat dengan satu salam dan satu tasyahhud (Tahiyyat). Tiada Tahiyyat Awal.
- Tiada bacaan zikir dan doa selepas solat fardu mahu pun solat tarawih. Selesai solat, masing-masing boleh baca zikir dan doa sendiri.
Amalan di atas bukanlah sesuatu yang pelik, cuma sedikit kejutan bagi sesiapa yang tak biasa seperti saya. Amalan di atas juga bukanlah suatu kesalahan dalam agama kerana setiap pendapat ada hujah yang menyokongnya.
Kalau selama ini kita mungkin beramal secara ikut-ikutan (mengikut perbuatan tanpa mengetahui sebab dan hujah), tetapi bila berhadapan dengan amalan berbeza begini membuatkan kita perlu berfikir dan mencari ilmu.
Tak perlulah bila dengar amalan begini saja kita terus label ‘Wahabi’ atau ‘ajaran sesat’ tanpa pernah mencari ilmu berkaitan dan mengkaji hujahnya. Apa yang pasti, perbezaan amalan hanya pada perkara ranting (hal berkaitan cabang hukum) bukanlah perkara pokok (hal berkaitan aqidah).
SAHUR PERTAMA
Saya bangun sekitar pukul 5 pagi untuk siapkan sahur. Buat yang mudah je, cuma masukkan ayam yang dah diperap semalaman dalam air fryer dan masak telur hancur.
Sahur kami pagi tadi - greek yogurt, kurma, potongan ayam panggang, roti bakar dan telur hancur (scrambled egg).
Berbuka nanti mungkin masak mi goreng dan buat jus tembikai.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH DI BULAN RAMADAN BUAT SEMUA SAHABAT BLOG 😊


salam ramadhan
ReplyDeleteSalam Ramadan Mama Tisya 😊
DeleteSalam ramadan
ReplyDeleteSelamat berpuasa
Selamat berpuasa Wak 😊
DeleteSelamat berpuasa.
ReplyDeleteSelamat berpuasa Cie 😊
DeleteI wish you a happy and healthy Ramadan. 😊 Warm greetings from Montreal, Canada ❤️ 😊 🇨🇦
ReplyDeleteThank you for your kind wishes Linda 😊
DeleteTerbalik pula debgan saya pula tahun ini berbuka dan solat terawih di surau yang dekat rumah. Sebelum ini solat di rumah atau si masjid.
ReplyDeleteBolehlah rasa pengalaman berbeza cara solat dilakukan.
Hehe…bertukar ‘selera’ kita. Betul, kalau saya tetap di surau kecil dekat rumah, tak merasa pengalaman berbeza tarawih di masjid.
DeleteLain ye Ujie, solat masjid sana. Terima kasih, atas perkongsian.
ReplyDeleteSimple je korang suami isteri sahur. Tapi sudah memadai kan, ada protein, ada karbo, walau tiada nasi. Bagus juga macam ni. Macam nak tiru Ujie. 😊 Selamat berpuasa, Ujie..
Itulah, pengalaman baru buat saya. Seronok jugak sebab rasa lebih tenang dan lebih mudah. Sama-sama 😊
DeleteBila cuma berdua, memang sahur/berbuka pun simple je. Silakan tiru 😀
Selamat berpuasa Nur 😊
Selamat berpuasa kak, mesti kalau berbuka tu wajib air ais ye kak... Dah seharian panasnya macamne la tu kan. Dana pernah la 2 kali ke kedah dan perlis memang panas situ lain macam.
ReplyDeleteElakkan datang sini sekitar Disember - Mac, tu memang tiap tahun musim panas kering. Kecuali nak merasa panas kering tu macam mana, bolehlah datang 😄
Deletejauhnya masjid sampai 19km! haah kat perlis ni, solat dia lain sikit dri negeri2 lain. teringin nak rasa pengalaman berjemaah kat sana
ReplyDeleteAda yang paling dekat 5.4 km, masjid kampung.
DeleteTapi kami nak merasa tarawih masjid besar, itu yang pergi jauh lagi. Ni pun cuma taraf masjid bandar kecil, kalau nak merasa masjid bandar Kangar tu lagi laa jauh 26 km 😅
Jemput datang ke Perlis, ambil pengalaman dan suasana tarawih yang berbeza.
ooo ya ke? maknanya siapa yang buat solat sunat sebelum isyak tu pasti akan masbu' sekiranya imam selesai rakaat pertama dgn cpt...
ReplyDeleteselamat berpuasa!
Hehe, iya. Memang tak sempat sebab lepas azan terus je buat solat Isyak. Tapi kita kena utamakan solat fardu, jadinya bila imam dah mula solat Isyak, kita tak perlulah buat solat sunat.
Deleteuishh jauh gak tu 19km! moga kita diberi peluang selesaikan ibadah ramadhan sebulan tahun ni kan kak ujie.. aminnnn~
ReplyDeleteDuduk di tempat terpencil, nak ke mana-mana pun memang jauh 😅
DeleteTapi masjid kampung terdekat ada je tu 5.4 km. Ni saja nak ke masjid yang lebih besar, kena pergi jauh lagi lah.
InsyaAllah..aamin!
Selamat berpuasa PU...
ReplyDeleteJauh juga 19km nak ke masjid tu ye. Tapi seronok, dapat rasa suasana/pengalaman berbeza.
Selamat berpuasa PH 😊
DeleteHehe..iya, seronok dapat pengalaman baru.
Ramadhan Kareem buat Ujie dan suami.
ReplyDeleteJauh masjidnya tapi semestinya berbeza suasana apalagi pengalamannya.
Itulah, seronok jugak sesekali bertukar tempat tarawih. Dapat suasana dan pengalaman berbeza.
Deletealhamdulillah..sbb tu org ckp, jauh berjalan..luas pemandangan...bertambah jgk pengalaman kita..seronok sbrnya berhijrah ni kan... mcm2 kita jumpa org, pengalaman baru dll tu...selamat berpuasa sis ;)
ReplyDeleteBetul, berhijrah buat kita belajar banyak perkara baru. Hidup jadi seronok.
DeleteSelamat berpuasa 😊
Seronok baca pengalaman Ramadan di Masjid Solahuddin Al-Ayyubi Padang Besar Perlis 🤍 Semoga Ramadan kali ini membawa ketenangan dan keberkatan buat Ujie sekeluarga...
ReplyDeleteSalam sekeluarga untuk Ujie sekeluarga. Semoga Ramadan 2026 Ramadan terbaik untuk kita semua. Bila berhijrah memang ada banyak benda baru kita belajar dan terokai kan.
ReplyDelete