Monday, 19 January 2026

Catatan Hujung Minggu | 17 - 18 Januari 2026

Catatan hari Sabtu - Ahad, 17 - 18 Januari 2026.

Cuti hujung minggu yang baru berlalu, kami menginap satu malam di Alor Setar, Kedah - sebabnya petang Sabtu ada urusan di Kedah dan pagi Ahad pula ada urusan di Pulau Pinang. Penat pula kalau nak ulang-alik dua hari berturutan dari Perlis.

Sambil tu bolehlah saya dan Encik Suami berjalan-jalan di Alor Setar pada waktu malam - kami naik Menara Alor Setar.

Newz Collect Point.
Sabtu tengah hari sebelum ke Alor Setar, saya ke bandar Kangar untuk pos hadiah buat sahabat blogger. Kalau dulu semasa menetap di rumah PP, kedai kurier terletak di depan rumah - jalan kaki je. Sekarang dah menetap di kawasan luar bandar, tiada kedai kurier berhampiran rumah.

Biasanya kalau nak pos barang saya akan ke kedai kurier Newz Collect Point di Kangar Jaya, jaraknya 30 km dari rumah. Saya suka ke kedai kurier ni sebab petugasnya mesra dan sangat membantu - urusan jadi mudah dan pantas. Bawa je barang kita, nanti dia tolong pilih saiz kotak yang sesuai. Harga kotak pun murah je, kalau tak silap kotak di atas ni cuma RM1.30.

Masjid Sultanah Bahiyah.
Pukul 2 petang sehingga menjelang waktu Asar, kami berada di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi menghadiri kursus umrah oleh Rayhar Travel. Agak mencabar bagi saya sebab petang biasanya waktu mengantuk - asyik menguap tahan mata dengar ustaz beri penerangan πŸ˜…

Kawasan parkir Hotel Samila.
Pukul 6.40 petang kami tiba di hotel penginapan yang terletak di pusat bandar Alor Setar. Hotel Samila merupakan sebuah hotel lama yang telah menjalani proses ubah suai. Lokasinya sangat strategik, kita boleh berjalan kaki ke tempat menarik seperti Aman Central, Menara Alor Setar dan Masjid Zahir.

Hotel Samila, Alor Setar, Kedah
Hotel Samila.
Kami menginap satu malam di bilik 302 yang terletak di aras tiga (hotel ni cuma setinggi empat tingkat). Kadar harga RM144.29 bilik jenis Premier King. Keluasan bilik yang memuaskan, keadaan keseluruhan bersih dan selesa, juga lengkap dengan kemudahan penggosok pakaian. Cuma tilamnya agak keras pada saya dan bilik air kurang pencahayaan.

Menara Alor Setar
Menara Alor Setar.
Waktu malam selepas solat Maghrib kami berjalan kaki ke Menara Alor Setar. InsyaAllah saya akan buat entri khusus berkenaan pengalaman kami naik menara ini.

Pagi Ahad, kami bergerak ke Perai, Pulau Pinang untuk urusan Encik Suami. Nampaknya dalam bulan Januari ini, setiap hujung minggu kami ke Pulau Pinang. Ada saja urusan nak diselesaikan.

Dalam perjalanan balik rumah Perlis, singgah nurseri pokok di Sungai Petani, Kedah. Buat kali pertama, saya membeli pokok bunga ros. Sebenarnya tak ada niat nak beli pokok, saja tengok-tengok cuci mata. Nampak pokok bunga ros terus teringat blogger Dana, eh…rasa nak cuba membela pokok bunga ros jugalah! Saya pilih yang sedang mekar berbunga, harganya RM28.

Gitu gini singgah sana sini untuk makan, solat dan beli barang, Alhamdulillah akhirnya selamat sampai rumah menjelang Maghrib. Jojo si anak bulu menyambut kami - mengiau mengekori langkah kami dan terus laju masuk rumah bila pintu dibuka πŸ˜„







48 comments:

  1. tengok gambar kotak ingatkan akak kena pindah lagi...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish...janganlah! Biar lama sikit, akak seronok duduk sini πŸ˜ƒ

      Delete
  2. Tahniah hendak pergi umrah ya?
    Wah Puan Ujie lagi sibuk ke sana ke sini. Hehe saya pula mengantuk waktu malam masa dengar ceramah Israk Mikraj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, InsyaAllah NA 😊
      Pakat mengantuk la kita ya, sorang petang, sorang malam πŸ˜‚

      Delete
  3. Seronok baca tak sedar dah habis. Teringin juga tanam pokok ros tapi tak sanggup kehilangan sebab tak pandai jaga. Ulat beluncas pun banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca.

      Alamakk...tak tau pulak ulat beluncas banyak. Patutlah daunnya berlubang. Adeh...akak ni geli ulat πŸ˜„

      Delete
  4. Memang betul ..hotel nampak luas dan kemas..sesuai juga dengan harga yang ditawarkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tak harap lebih sebab ni hotel lama.

      Delete
  5. senang nya macam tu, bawa barang je, pilih kotak.. harga kotak pun murah.. selesa tengok bilik hotel nya.. puas hati katil besar macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, bersusun penuh macam-macam saiz kotak ada. Senang.

      Delete
  6. Berbaloi betul booking bilik tu kak, dah la luas, katil king, harga x sampai pun 180

    ReplyDelete
  7. Agak padat jugak aktiviti hujung minggu Kak Ujie ye. Hotel Samila tu macam pernah baca kat blog mana2 tak igt siapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padat dan letih jugaklah πŸ˜…
      Jangan tersilap dengan Samila di Thailand πŸ˜„

      Delete
  8. Oh, kotak tu, pihak courier jual. Senanglah begitu. Wah, Ujie nak pergi umrah ye? Sambil siapkan urusan, sambil makan angin dan bermalam, best juga. Wah, beli bunga ros.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, InsyaAllah Nur 😊
      Buat macam-macam perkara sekali jalan, baru berbaloi penat & kosnya πŸ˜€

      Delete
  9. Nampak menara ni je bila balik kg suami. Tak pernah naik lagi.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Siang nampak biasa je kan. Malam ada lampu bertukar warna, terus jadi cantik.

      Delete
  11. Wah! Nak pegi umrah! Tak sabar nak baca posting umrah pulak!

    ReplyDelete
  12. Murah jugk harga kotak
    Wah bestnya beli ros, mesti cantik

    ReplyDelete
  13. Lama sangat dah tak ke Alor Setar.. Nampak katil tu mmg luas sgt alhamdulillah la selesa.. bab menguap kalau dgr kuliah tu mmg geng la kita hahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa tak senonoh betul...asyik menguap πŸ˜‚

      Delete
    2. Nak buat cane kalau dah nguap hihii.. sbb ada doktor kata kalau ada masalah tidur cuba try pergi dgn kuliah subuh di masjid.. hahahaa

      Delete
  14. Alhamdulillah kirimannya sudah diterima dgn selamat oleh salah seorang rakan blogger yang namanya PH :D

    Nak pergi umrah ke PU? Semoga dipermudahkan segala urusan 🀲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih rakan blogger yang mesra tu πŸ˜€

      Ya, InsyaAllah PH. Aamin!

      Delete
  15. Nampak luas biliknya kak, cuma itulah tilam baru kot itu yang keras hehehhe. Bestnya malam-malam jenjalan di bandar kedah... rindu nak jenjalan kedah lagi. Boleh kak tanam bunga ros, balik rumah jangan terus letak ros dekat tempat panas teduhkan sehari dua pastu letak tmpt panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa Dana, penjual tu tak pesan pun gitu. Akak terus letak luar. Adeh..teruk betul pengetahuan akak πŸ€­πŸ˜„

      Delete
  16. Penginapannya nampak selesa dan tenang, sesuai betul untuk berehat selepas penat berjalan. Suasana macam mesra je, buat rasa macam di rumah sendiri.

    ReplyDelete
  17. Kursus Umrah.. Rindunya Tanah Suci. Tahun lepas kami lintas lalu sekejap je Menara ni dan berdekatan, malam memang cantik bercahaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke Alor Setar, mesti akan lalu sebab menara ni di pusat bandar. Cantik kan malam-malam.

      Delete
  18. Cantik gamba2 semuanya... nak tanya guna hp apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih 😊
      Akak guna hp Samsung Galaxy S24.

      Delete
  19. kursus umrah memang mengantuk. dahla selalunya lama sampai 3 jam, haha!
    tahun 2024 pernah merasa naik menara alor setar ni. dapatla snap gambar bandar alor setar waktu malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya...3 jam. Pulak tu duduk lantai, ngantuk pakej kebas kaki πŸ˜…

      Wah...Mazni dah sampai dulu.

      Delete
  20. Kalau KSarie asal kursus ilmiah mesti mata macam digam-gam. Adakah faktor usia atau memang genetik memang agak terpleot bila berkait dengan ilmiah kanπŸ€” Lama betul tak jejak kaki di Alor Star.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dari muda sampai saya tua gitulah. Teruk betul kan πŸ˜‚

      Delete
  21. salam kenal dari sha follower baru ujie :) done follow semoga dipermudahkan urusan nak ke tanah suci bolehlah share entry2 berkaitan umrah dekat blog..sha teruja nak baca..doakan juga kami dpt pergi ke sana ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Sha 😊
      InsyaAllah, tapi lama lagi perginya. Syawal nanti. InsyaAllah moga Allah jemput kita semua ke sana.

      Delete
  22. Hujung minggu yang padat dan produktif.
    Moga hidup subur bunga ros yang dibeli tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin...kalau tak menjadi, mau serik nak bela pokok ros πŸ˜„

      Delete
  23. SA pun antara yang terjebak dengan bunga ros melalui Dana...tapi sygnya semua pokok bunga ros SA mati..sebab tangan SA x sesuai dan tak serasi ngan pokok bunga...hahahaha

    ReplyDelete
  24. Full aktiviti ujie
    bungaa ros sukaaa tgk dan baunya tu tp skrg beralih ke daun2 hijau
    Senang nk jga
    Kalu nmpkk rasa nk semuaa je

    ReplyDelete
  25. Saya cuma pernah coba pos laju tiap kali kirim barang dari Malaysia. Krn hanya jumpa yg itu πŸ˜„πŸ˜„. Tp memang laju pun, dan murah juga.

    Waah kakak nak umroh yaaa?

    Kamar hotel terlihat luas kak. Yg terpenting bersih lah kan.

    Cantiiiik bentuk menara Alor star ini di waktu malam yaaa. Saya sukaaa naik ke menara2 begini. Bisa melihat view dari atas ketinggian 😍😍😍.

    Rinduuu sangat dengan Penang. THN lalu saya tak sempat kesana. Malah ke KL 2x. Januari awal, lalu November πŸ˜„.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****