Catatan hari Sabtu - Ahad, 17 - 18 Januari 2026.
Cuti hujung minggu yang baru berlalu, kami menginap satu malam di Alor Setar, Kedah - sebabnya petang Sabtu ada urusan di Kedah dan pagi Ahad pula ada urusan di Pulau Pinang. Penat pula kalau nak ulang-alik dua hari berturutan dari Perlis.
Sambil tu bolehlah saya dan Encik Suami berjalan-jalan di Alor Setar pada waktu malam - kami naik Menara Alor Setar.
![]() |
| Newz Collect Point. |
Sabtu tengah hari sebelum ke Alor Setar, saya ke bandar Kangar untuk pos hadiah buat sahabat blogger. Kalau dulu semasa menetap di rumah PP, kedai kurier terletak di depan rumah - jalan kaki je. Sekarang dah menetap di kawasan luar bandar, tiada kedai kurier berhampiran rumah.
Biasanya kalau nak pos barang saya akan ke kedai kurier Newz Collect Point di Kangar Jaya, jaraknya 30 km dari rumah. Saya suka ke kedai kurier ni sebab petugasnya mesra dan sangat membantu - urusan jadi mudah dan pantas. Bawa je barang kita, nanti dia tolong pilih saiz kotak yang sesuai. Harga kotak pun murah je, kalau tak silap kotak di atas ni cuma RM1.30.
![]() |
| Masjid Sultanah Bahiyah. |
Pukul 2 petang sehingga menjelang waktu Asar, kami berada di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi menghadiri kursus umrah oleh Rayhar Travel. Agak mencabar bagi saya sebab petang biasanya waktu mengantuk - asyik menguap tahan mata dengar ustaz beri penerangan π
![]() |
| Kawasan parkir Hotel Samila. |
Pukul 6.40 petang kami tiba di hotel penginapan yang terletak di pusat bandar Alor Setar. Hotel Samila merupakan sebuah hotel lama yang telah menjalani proses ubah suai. Lokasinya sangat strategik, kita boleh berjalan kaki ke tempat menarik seperti Aman Central, Menara Alor Setar dan Masjid Zahir.
![]() |
| Hotel Samila. |
Kami menginap satu malam di bilik 302 yang terletak di aras tiga (hotel ni cuma setinggi empat tingkat). Kadar harga RM144.29 bilik jenis Premier King. Keluasan bilik yang memuaskan, keadaan keseluruhan bersih dan selesa, juga lengkap dengan kemudahan penggosok pakaian. Cuma tilamnya agak keras pada saya dan bilik air kurang pencahayaan.
![]() |
| Menara Alor Setar. |
Waktu malam selepas solat Maghrib kami berjalan kaki ke Menara Alor Setar. InsyaAllah saya akan buat entri khusus berkenaan pengalaman kami naik menara ini.
Pagi Ahad, kami bergerak ke Perai, Pulau Pinang untuk urusan Encik Suami. Nampaknya dalam bulan Januari ini, setiap hujung minggu kami ke Pulau Pinang. Ada saja urusan nak diselesaikan.
Dalam perjalanan balik rumah Perlis, singgah nurseri pokok di Sungai Petani, Kedah. Buat kali pertama, saya membeli pokok bunga ros. Sebenarnya tak ada niat nak beli pokok, saja tengok-tengok cuci mata. Nampak pokok bunga ros terus teringat blogger Dana, eh…rasa nak cuba membela pokok bunga ros jugalah! Saya pilih yang sedang mekar berbunga, harganya RM28.
Gitu gini singgah sana sini untuk makan, solat dan beli barang, Alhamdulillah akhirnya selamat sampai rumah menjelang Maghrib. Jojo si anak bulu menyambut kami - mengiau mengekori langkah kami dan terus laju masuk rumah bila pintu dibuka π






tengok gambar kotak ingatkan akak kena pindah lagi...hihi
ReplyDeleteUish...janganlah! Biar lama sikit, akak seronok duduk sini π
DeleteTahniah hendak pergi umrah ya?
ReplyDeleteWah Puan Ujie lagi sibuk ke sana ke sini. Hehe saya pula mengantuk waktu malam masa dengar ceramah Israk Mikraj.
Ya, InsyaAllah NA π
DeletePakat mengantuk la kita ya, sorang petang, sorang malam π
Seronok baca tak sedar dah habis. Teringin juga tanam pokok ros tapi tak sanggup kehilangan sebab tak pandai jaga. Ulat beluncas pun banyak.
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca.
DeleteAlamakk...tak tau pulak ulat beluncas banyak. Patutlah daunnya berlubang. Adeh...akak ni geli ulat π
Memang betul ..hotel nampak luas dan kemas..sesuai juga dengan harga yang ditawarkan
ReplyDeleteAlhamdulillah, tak harap lebih sebab ni hotel lama.
Deletesenang nya macam tu, bawa barang je, pilih kotak.. harga kotak pun murah.. selesa tengok bilik hotel nya.. puas hati katil besar macam tu
ReplyDeleteItulah, bersusun penuh macam-macam saiz kotak ada. Senang.
DeleteBerbaloi betul booking bilik tu kak, dah la luas, katil king, harga x sampai pun 180
ReplyDeleteSebab hotel lama kot, tu yang harga rendah.
DeleteAgak padat jugak aktiviti hujung minggu Kak Ujie ye. Hotel Samila tu macam pernah baca kat blog mana2 tak igt siapa.
ReplyDeletePadat dan letih jugaklah π
DeleteJangan tersilap dengan Samila di Thailand π
Oh, kotak tu, pihak courier jual. Senanglah begitu. Wah, Ujie nak pergi umrah ye? Sambil siapkan urusan, sambil makan angin dan bermalam, best juga. Wah, beli bunga ros.
ReplyDeleteYa, InsyaAllah Nur π
DeleteBuat macam-macam perkara sekali jalan, baru berbaloi penat & kosnya π
Nampak menara ni je bila balik kg suami. Tak pernah naik lagi.
ReplyDeleteSaya ni pun saja naik, isi masa.
DeleteCantik menara tu waktu malam.
ReplyDeleteSiang nampak biasa je kan. Malam ada lampu bertukar warna, terus jadi cantik.
DeleteWah! Nak pegi umrah! Tak sabar nak baca posting umrah pulak!
ReplyDeleteLambat lagi perginya pun π
DeleteMurah jugk harga kotak
ReplyDeleteWah bestnya beli ros, mesti cantik
Cantik...ros kuning π
DeleteLama sangat dah tak ke Alor Setar.. Nampak katil tu mmg luas sgt alhamdulillah la selesa.. bab menguap kalau dgr kuliah tu mmg geng la kita hahaaa
ReplyDeleteRasa tak senonoh betul...asyik menguap π
DeleteNak buat cane kalau dah nguap hihii.. sbb ada doktor kata kalau ada masalah tidur cuba try pergi dgn kuliah subuh di masjid.. hahahaa
DeleteAlhamdulillah kirimannya sudah diterima dgn selamat oleh salah seorang rakan blogger yang namanya PH :D
ReplyDeleteNak pergi umrah ke PU? Semoga dipermudahkan segala urusan π€²π»
Terima kasih rakan blogger yang mesra tu π
DeleteYa, InsyaAllah PH. Aamin!
Nampak luas biliknya kak, cuma itulah tilam baru kot itu yang keras hehehhe. Bestnya malam-malam jenjalan di bandar kedah... rindu nak jenjalan kedah lagi. Boleh kak tanam bunga ros, balik rumah jangan terus letak ros dekat tempat panas teduhkan sehari dua pastu letak tmpt panas.
ReplyDeleteAlaaa Dana, penjual tu tak pesan pun gitu. Akak terus letak luar. Adeh..teruk betul pengetahuan akak π€π
DeletePenginapannya nampak selesa dan tenang, sesuai betul untuk berehat selepas penat berjalan. Suasana macam mesra je, buat rasa macam di rumah sendiri.
ReplyDeleteAlhamdulillah selesa.
DeleteKursus Umrah.. Rindunya Tanah Suci. Tahun lepas kami lintas lalu sekejap je Menara ni dan berdekatan, malam memang cantik bercahaya.
ReplyDeleteKalau ke Alor Setar, mesti akan lalu sebab menara ni di pusat bandar. Cantik kan malam-malam.
DeleteCantik gamba2 semuanya... nak tanya guna hp apa ya?
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih π
DeleteAkak guna hp Samsung Galaxy S24.
kursus umrah memang mengantuk. dahla selalunya lama sampai 3 jam, haha!
ReplyDeletetahun 2024 pernah merasa naik menara alor setar ni. dapatla snap gambar bandar alor setar waktu malam
Iya...3 jam. Pulak tu duduk lantai, ngantuk pakej kebas kaki π
DeleteWah...Mazni dah sampai dulu.
Kalau KSarie asal kursus ilmiah mesti mata macam digam-gam. Adakah faktor usia atau memang genetik memang agak terpleot bila berkait dengan ilmiah kanπ€ Lama betul tak jejak kaki di Alor Star.
ReplyDeleteRasanya dari muda sampai saya tua gitulah. Teruk betul kan π
Deletesalam kenal dari sha follower baru ujie :) done follow semoga dipermudahkan urusan nak ke tanah suci bolehlah share entry2 berkaitan umrah dekat blog..sha teruja nak baca..doakan juga kami dpt pergi ke sana ya
ReplyDeleteSalam kenal Sha π
DeleteInsyaAllah, tapi lama lagi perginya. Syawal nanti. InsyaAllah moga Allah jemput kita semua ke sana.
Hujung minggu yang padat dan produktif.
ReplyDeleteMoga hidup subur bunga ros yang dibeli tu
Aamin...kalau tak menjadi, mau serik nak bela pokok ros π
DeleteSA pun antara yang terjebak dengan bunga ros melalui Dana...tapi sygnya semua pokok bunga ros SA mati..sebab tangan SA x sesuai dan tak serasi ngan pokok bunga...hahahaha
ReplyDeleteFull aktiviti ujie
ReplyDeletebungaa ros sukaaa tgk dan baunya tu tp skrg beralih ke daun2 hijau
Senang nk jga
Kalu nmpkk rasa nk semuaa je
Saya cuma pernah coba pos laju tiap kali kirim barang dari Malaysia. Krn hanya jumpa yg itu ππ. Tp memang laju pun, dan murah juga.
ReplyDeleteWaah kakak nak umroh yaaa?
Kamar hotel terlihat luas kak. Yg terpenting bersih lah kan.
Cantiiiik bentuk menara Alor star ini di waktu malam yaaa. Saya sukaaa naik ke menara2 begini. Bisa melihat view dari atas ketinggian πππ.
Rinduuu sangat dengan Penang. THN lalu saya tak sempat kesana. Malah ke KL 2x. Januari awal, lalu November π.