Saturday, 13 December 2025

Nanjing | Niushoushan Cultural Park

CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 14 APRIL 2025



Sebelum ke tempat pelancongan seterusnya, kawan non-Muslim bertanya - adakah kami yang beragama Islam boleh mengunjungi tempat ibadat penganut Buddha? Jawapan saya, boleh tetapi hanya di bahagian luar bangunan.

Kalau ikutkan pendirian saya, sebolehnya saya mengelak diri mengunjungi kawasan tempat ibadat bukan Islam (walau sekadar berfoto kenangan di luar bangunan) kerana ia tempat yang mensyirikkan Allah Tuhan Yang Satu. Pun begitu, atas dasar menjaga keharmonian dan ianya dibolehkan dengan syarat tertentu - maka saya bersetuju dengan cadangan mereka untuk ke tempat ibadat penganut Buddha.

Jemput baca hukum berkaitan, di laman web —> muftiperlis.

*

Kenderaan kami bergerak menuju ke Jiangning District, di bahagian selatan Nanjing City. Terasa jauh perjalanan ke sini, sempatlah saya melelapkan mata. Sebaik tiba, barulah saya tahu tempat kami pergi ini bukan sekadar sebuah bangunan rumah ibadat - saya sangka kami akan ke sebuah tokong besar tetapi rupa-rupanya kami ke sebuah taman yang sangat luas!

Nanjing Niushoushan Cultural Park merupakan sebuah taman dengan pelbagai tarikan bertemakan Buddha (Buddhist park). Untuk makluman - semua info saya ketahui hanya setelah selesai kunjungan ke sini, masa pergi memang tak tahu apa memandangkan rata-rata info hanya dalam aksara Cina.

Nanjing Niushoushan Cultural Park, China
Tempat parkirnya luas dan agak jauh dari bangunan utama yang menempatkan kaunter tiket, tandas, kafe dan restoran. Awal-awal lagi dah kena berjalan kaki jauh. Mujurlah udara ketika ini sejuk nyaman.

Nanjing Niushoushan Cultural Park, China
Tiket masuk - 160 yuan. Tak terasa mahal sebab bukan kita yang bayar 😄

Nanjing Niushoushan Cultural Park, China
Dah beli tiket, kena mendaki anak tangga dan jalan kaki jauh jugalah untuk ke pintu masuk taman. Ramai pengunjung ketika ini, tapi sebab perlu berjalan ikut laluan pagar besi yang banyak lorong ni jadi tidaklah bersesak.

Nanjing Niushoushan Cultural Park, China
Eh, lepas tu beratur panjang untuk naik bas pula sebab tempatnya jauh lagi. Naik bas ni berbayar ya, entah berapa harganya saya tak buat catatan.

Nanjing Niushoushan Cultural Park, China
Turun dari bas, kami ke tempat permulaan untuk ke kawasan tarikan yang ada di sini. Terdapat beberapa kedai jualan makanan dan minuman di sini.

Nanjing Niushoushan Cultural Park, China
Langkah kaki diteruskan. Pengalaman pertama saya naik eskalator yang terletak di kawasan terbuka begini. Ingatkan satu eskalator je, rupa-rupanya lepas tu banyak lagi tangga perlu di daki dan eskalator yang perlu dilalui 😂

Nanjing Niushoushan Cultural Park, China
Tujuan utama pengunjung ke sini - nak naik ke puncak gunung yang menempatkan pagoda (foto di atas) dan Usnisa Palace.

Nanjing Niushoushan Cultural Park, China
Panjat tangga lagi 😅

Nanjing Niushoushan Cultural Park, China
Entah berapa kali naik eskalator, saya tak buat kiraan.

Nanjing Niushoushan Cultural Park, China
Cantik pemandangan alam di sini.

Nanjing Niushoushan Cultural Park, China
Mendaki tangga terakhir untuk tiba di puncak.

Nanjing Niushoushan Cultural Park, China
Pagoda yang terletak di puncak gunung. Dari jauh tadi kedengaran bunyi loceng sembahyang dan kelihatan para sami keluar masuk pagoda.

Sementara menunggu kawan beragama Buddha masuk ke dalam bangunan pagoda ini, kami berjalan-jalan memerhati kawasan sekitar dan menikmati pemandangan di sini.

Nanjing Niushoushan Cultural Park, China
Pokok berwarna keemasan dengan ikatan berwarna merah di sudut dataran.

Nanjing Niushoushan Cultural Park, China
Tarikan utama di sini - Usnisa Palace (Foding Palace).

Nanjing Niushoushan Cultural Park, China
Menikmati pemandangan dari puncak gunung.

Nanjing Niushoushan Cultural Park, China
Deretan bangunan tinggi menjadi latar pemandangan di bawah sana.

Ketika kami sedang menikmati pemandangan sekitar, tiba-tiba angin bertiup kencang. Sangat kuat sehingga saya nak melangkah pun terasa berat. Topi Encik Suami turut diterbangkan angin, tapi syukurlah sempat dicapai semula. Mula-mula rasa takut bila berhadapan dengan situasi begini, tetapi kemudian jadi seronok pula bermain dengan angin 😀

Boleh saksikan bagaimana kuatnya angin di sini dalam video ringkas di hujung entri.

Nanjing Niushoushan Cultural Park, China
Seterusnya kami berlima masuk ke Usnisa Palace. Tempat ini dibahagikan kepada beberapa bahagian - kami masuk bahagian bangunan yang menempatkan bahan pameran (tidak kelihatan dalam foto di atas). Bahagian dengan bentuk bumbung separa bulat (foto di atas) pula, saya tak masuk sebab nampaknya macam tempat ibadat mereka sama seperti pagoda tadi.

Dari luar, Usnisa Palace nampak tak begitu tinggi tetapi rupa-rupanya ia mempunyai enam aras bawah tanah. Pergerakan dari satu aras ke satu aras dengan menaiki eskalator. Di dalamnya penuh dengan patung Buddha pelbagai saiz di dinding, sesuailah dengan tempat ini yang bertemakan taman Buddha - tapi saya tak tahu info ini lebih awal, saya sangka bangunan pagoda tadi sahaja yang berkaitan dengan Buddha. Masa ni saya rasa tak selesa tapi tetaplah terus berjalan sehingga ke pintu keluar bangunan.

Selesai mengunjungi tempat pameran tadi, kami terus berpatah balik - tidak ke tempat tarikan lain yang ada di taman ini. Macam mana pergi tadi, gitulah baliknya ya - turun anak tangga, eskalator dan naik bas kembali ke tempat permulaan.

Kami menghabiskan masa di sini kira-kira tiga jam. Fuh…dia punya penat, masuk kenderaan je boleh terus lelap mata 😄


Video berdurasi 42 saat - suasana di Niushoushan Cultural Park.







24 comments:

  1. banyaknya tangga. terjelir lidah LM kalau kena mendaki tangga camni. hahahha. pemandangan sangat cantik berbaloi berpenat penat mendaki

    ReplyDelete
  2. Cantik pokok berdaun merah tu. Kuatnya angin, saya tengok video. Penatnya naik tangga dan eskalator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kali jugak berhenti ambik nafas 😅

      Delete
  3. Penatnya nak naik...
    Tapi tkpe amik pengalaman

    ReplyDelete
  4. Saya surrender awal la kalau gini haha... Kena naik turun tangga/escalator adoi lemah 🤭
    Tapi kalau dah sampai takkan tak masuk kan. Best juga tengok pemandangan dari atas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya tak tau lebih awal. Dah ternaik sikit, teruskan lagi, rupa-rupanya makin jauh lagi kena naik 😅

      Delete
  5. "Sebab bukan kita yang bayar " ~ Amboi! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau duit sendiri, macam tak sanggup pulak nak bayar harga gitu 🤭

      Delete
  6. Kalau taman2 cantik yang luas ni kan, memang luas juga lah langkah kaki kita ya Ujie.

    ReplyDelete
  7. allahuakbar kalo ana kena naik trun tgga, eskalator byk cmtu, silap2 pengsan ana separuh jalan ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tak tau jauh mana, kita pun teruslah berjalan...rupa-rupanya jauhh 😂

      Delete
  8. dah macam kat HK pulaa kena naik eskalator ke tempat tinggi...

    laa ye ke untuk penganut Buddha...
    tp dah alang2 sampai... jengah je laa kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat kot pagoda tu je yang berkaitan Buddha, rupa-rupanya seluruh taman ni 😄

      Delete
  9. kalau hari-hari turun naik sihat badan.. tu dah kira brisk walk hih. cantik view dari atas bukit tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. View cantik ganjaran berpenat mendaki 😄

      Delete
  10. Kalau la mendaki tnagga tu..mau menggeletar lutut tu...nasib baik ada escalator

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha iyaa, mujurlah dia tak buat semuanya tangga semata. Agaknya kalau takde eskalator, kuranglah pengunjung ke sini 😄

      Delete
  11. Bumbung separuh bulat tu sekali tengok macam durian pula. Kalau berjalan dalam sejuk2 ni memang selesa sangat tapi kalau panas nak kena menapak jadi letih pula kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mula-mula nampak, saya pun cakap kat suami - macam durian!

      Alhamdulillah masa ni udara sejuk tapi tetaplah penat kaki sebab banyak mendaki 😄

      Delete
  12. Besarnya tempat. Boleh bayang penatnya.
    Nasib baik Puan Ujie tidak masuk dalam bangunan. Mesti rasa tidak selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masuk bangunan pameran, ingat kot pameran apa...rupa-rupanya sejarah Buddha 😅

      Yang lagi dua bangunan (pagoda dan bumbung separa bulat) tu tak masuk sebab nampak sami keluar masuk sembahyang.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****