1 Disember lalu, si anak bulu balik rumah pada waktu malam dengan kaki kanan belakang terhincut-hincut. Tak pasti apa puncanya, bila saya belek kaki Jojo nampak macam ada luka kecil kemerahan. Jojo jadi pendiam tak berbunyi, kurang selera makan dan mahu menyendiri. Saya beri rawatan awal - semburan ubat antiseptik pada lukanya.
Esok pagi, keadaan Jojo masih sama - tak aktif seperti biasa. Jadinya petang tersebut kami bawa Jojo jumpa doktor. Doktor timbang berat badan dan periksa keseluruhan badan Jojo. Dua suntikan turut diberi - vitamin dan ubat tahan sakit. Doktor sempat berpesan supaya Jojo exercise π
Macam mana tak terlebih berat kalau dah kerjanya melayan mata.
Bersungguh bila minta makan, ditenung mangkuk makanan. Selagi kita tak isi makanannya, teruslah duduk jadi patung di situ. Kita ni cepat kasihan, jadi bagi jugalah.
Kali pertama kami bawa Jojo ke klinik pada bulan Januari 2025, beratnya 3.88 kg. Terkini, berat Jojo sudah mencapai 6.5 kg. Doktor kata, Jojo badan berisi sampai kena suntik jarum dua kali pun tak rasa apa π




Hala hala hala... udah kena exercise pula. Tengok la tempat tidur dia, sungguh selesa, sofa yang empuk, rumah kucing yang cantik, manalah dia tak layan mata. Kena ajak dia main la ye, guna tongkat bulu tu. Eh, betul ke itu namanya. Geram tengok budak Jojo. Jenuh la Ujie nak dokong dia, lagi berat dari beras 5 kilo. π
ReplyDeleteSebenarnya dia ada masa-masa aktif - siap main kejar-kejar dengan saya, penat kita berlari π. Selalunya dia suka mengendap dan kejar benda kat luar rumah, masuk semak belukar. Mainan yang saya belikan dia main sekejap je, kurang suka.
DeleteIya, sekarang ni berat nak dokong dia. Suami jelah yang selalu dokong dia π
Kucing pun kena exercise yer :)
ReplyDeleteDah terlebih berat π
DeleteJojo dah selalu briskwalk ikut mak la doktor...biar je la kak dia tengah selera tu,anakdara saya si Daisy tu tengah demam tak selera makan sekarang ni,susahnya rasa hati.semua makanan fav dia dah taknak,kalau sebelum ni asyik larang jangan makan lebih...huwaaa sedih rasa
ReplyDeleteKesiannya Daisy, moga cepat sembuh anak dara Afzan. Yelah, akak ni pun susah hati sungguh kalau si Jojo kurang selera makan.
DeleteGeram tengok Jojo, rasa nak gomol.. Anyway speedy recovery Jojo.. Jangan lupa pesanan doctor, exercise kalau tidak mok mok hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah lepas beberapa hari tu kaki Jojo kembali pulih, lega rasa. Haha…sekarang pun dah mok, kalau tak exercise jadi gedempol pulak π
DeleteUihhh sihat walafiat si comel ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah π
DeleteYa Allah beratnya Jojo. Hehe selera makan baik, tuan yang jagapun tidak culas bagi makanan walaupun selalu melancong/keluar daerah.
ReplyDeleteMacam mana nak bagi Jojo selalu bersenam?
Hahaha….entah ya, kalau ikutkan dia aktif jugalah rajin menghendap kejar haiwan serangga keliling rumah. Agaknya kena kurangkan makanan supaya tak bertambah berat π
DeleteHahahha.. kita dah agak ni,baca tajuk tu.. mesti Jojo yg kena exercise. Aik, Jojo ni bukan selalu brisk walk ke tu? Cukup kasih sayang betul ni, sampai double berat dia berbanding dari hari mula datang.
ReplyDeleteBoleh kira dengan jari, berapa kali je dia ikut saya π. Tapi biasa awal pagi dia aktif memburu di luar rumah. Kira exercise jugaklah kan.
DeleteTerlebih kasih sayang ni, ada dua orang yang rajin melayan dia π
Dia dah di mandulkan ye kak? bukan main sihat dia. si Cikbu kat rumah tu dah mandulkan pun tak besar-besar berat nya tak lebih 4kg. Kuat tidur tapi itulah suka berlari marathon kadang siang kadang mlm dok berlari dari dapur sampai ke pintu depan...
ReplyDeleteHa'ah dah. Bila dah mandulkan dia kurang merayau, banyak duduk rumah je sebab tu agaknya berat cepat naik.
DeleteSi Jojo ni pun ada masa-masa dia aktif memang ligat berlari. Tapi lebih banyak rehat/tidur berbanding masa dia aktif π
Uish bertanya awak Jojo. Ingatkan Tot yg beratnya 4kg tu dah cukup berat rupanya awak lagi berat hihi...
ReplyDeleteAgaknya ni kucing jantan, jadi lebih cepat naik berat.
Deletehati senang tu sebab tidur pun lena..kena bawa ke gym nampak gayanya ..angkat besi hihi
ReplyDeleteDia pergi gym dalam mimpi je tu π
DeleteJojo is a beautiful cat π I love ❤️ cats. Sometimes it's better to feed them wet food in a can, because there is water content. Poor sweet cat, it's hard to see them big like that. I wish you and Jojo good health and happiness π
ReplyDeleteWarm greetings from Montreal, π¨π¦ π Canada
Thank you Linda π
DeleteMoga cepat sembuh Jojo, part exercise tu gemifai - kita pun tak exercise.. bantal lagi selesa.. hehehe..
ReplyDeleteKan….π
DeleteMemang tido je la keje dia!
ReplyDeleteGWS!
Dia kan bos besar. Satu kerja pun tak payah buat, tido ajelah π
Deletesuka tengok bulu jojo ni cantik...
ReplyDeleteTerima kasih - bagi pihak Jojo π
DeleteGebunya dia....nampak lawa bulu dia....
ReplyDeleteRajin merapi diri tu, kalau lap/jilat badan lama π
Deletedebabnya awak jojo. geram tengok
ReplyDeleteSaya ni kadang sampai ketap gigi bila pegang dia sebab rasa geram nak tepuk-tepuk badan debab dia π
Deletetak denya kesian kesian! jgn bagi mkn. kasi diet! kasi kurus. nnt nak raya tak muat baju!
ReplyDelete(emoji pembaris)
Masalahnya, yang tukang bagi makan ni pun tak diet π€
Deletejojo, tak mo mendirikan rumah tangga ka? ke... mak tiri tak berkenan dgn calon jojo?
ReplyDeletehahahahahahahahahahaha
Jojo dah tak minat cari pasangan, dah kena 'sunat' π
DeleteNi boleh gang ngan Brown ni...x aktif..asyik makan tido makan tido...
ReplyDeleteKucing dah dimandulkan memang gitulah kan, jadi kurang aktif.
Delete