CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 14 APRIL 2025
Sambungan catatan terdahulu —> Terbang ke Nanjing dengan China Eastern Airlines dan Makan Malam di Lanzhou Beef Noodles, Liyang
Semasa berada di Liyang yang terletak di wilayah Jiangsu, kumpulan kami menginap selama dua malam di Liyang Marriot Hotel.
Foto bangunan hotel dirakam pada malam kedua di Liyang.
Pemandangan indah pada waktu malam di pekarangan hotel - bangunan tinggi dengan kesan cahaya animasi. Menarik! Boleh saksikan dalam video di bawah.
Video pendek paparan suasana di pekarangan hotel. Dapat saksikan juga keadaan angin kuat di sini.
Pintu masuk hotel jenis revolving doors.
Bilik penginapan kami dengan reka bentuk unik - ruang tidur dan ruang bilik air dengan konsep terbuka. Terdapat dinding/pintu sliding sebagai pemisah ruangan.
Bersih, tersusun dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Alhamdulillah, sangat selesa!
Saya tertarik dengan reka bentuk lampu di tepi katil.
Sudut pandang dari ruang bilik air.
Sudut pandang dari ruang tidur menghadap ruang bilik air. Unit bilik mandi dan tandas berasingan, saya suka begini.
Ini pula rupa selepas dinding/pintu sliding ruang bilik air ditutup sepenuhnya.
Antara kemudahan dalam bilik. Jarang jumpa hotel di China (setakat yang saya pergi) sediakan iron dalam bilik.
Sabun mandi dan syampu dalam botol besar, puas hati guna. Semua kemudahan berada dalam keadaan baik dan selesa digunakan, kecuali tak ada paip air dalam tandas tu kena hadap jelah dah gitu budaya hidup di China.
Pemandangan waktu siang dari jendela bilik kami bernombor 2403. Cantik! Nampaknya ada tiga buah bangunan berbentuk unik. Bila saya buat carian, rupa-rupanya banyak tempat tarikan pelancongan di sini. Tapi sayang, satu pun saya tak sempat pergi.
Seperkara lagi, saya perasan cermin jendela penginapan di sini berhabuk teruk. Begitu juga dengan kenderaan di tempat parkir rata-rata berhabuk tebal. Setelah beberapa ketika berada di Liyang, saya dapati kawasan ini sering mengalami tiupan angin kencang tak kira siang atau malam. Angin kencang menerbangkan habuk.
Video pendek pemandangan bandar Liyang dari jendela penginapan kami. Dalam video ini juga kita boleh nampak kincir angin (wind turbine) di kejauhan. Patutlah mereka boleh buat kincir angin, rupa-rupanya angin di sini bertiup kencang.












Hotel² Marriot ni memang cantik², kan. Ujie berendam tak dalam bath tub tu? hihihi.
ReplyDeleteHehe...rugi kalau tak berendam.
DeleteCantik betul hotelnya tu. Selesa la nak menginap.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapatlah berehat dengan selesa.
DeleteCantiknya bilik. Tak pernah tengok susun atur terbuka macam tu antara bilik air dan katil. Nasib baik boleh tutup. Saya tengok video. Kuatnya angin.
ReplyDeleteMasa mula-mula masuk bilik, saya terkejut jugak tengok bilik air terbuka gitu 😂
DeleteIya, kuat sangat sampai habuk masuk mata.
berapa star hotel ni, cantik sangat biliknya..
ReplyDeleteSaya check Google, 5 star hotel. Patutlah biliknya cantik gitu.
DeleteBesar dan mewah nampak bilik ni...
ReplyDeleteItulah...siap bathtub/bilik air terbuka gitu 😄
DeleteItulah satu jew masalah di negara tertentu yang betapa pun cantiknya tapi tak ada paip air tandas.
ReplyDeleteBilik dah cantik selesa, tapi tandas tak ada air pulak 😅
Deletekalau ada iron sy suka hahaha
ReplyDeletekat sini ada sediakan sarapan halal tak?
Kami tak ada tanya atau request sarapan halal. Akak makan di kedai makan halal berhampiran hotel.
DeleteAda jugak pergi tengok bufet sarapan hotel, akak cuma ambil salad, buah dan jus oren.
Duduk dalam tub boleh sambil borak2 dengan orang kat kuar ni...
ReplyDeleteGitulah konsep yang cuba diketengahkan agaknya 😂
DeleteLampu side table tu memang menarik. Bilik memang cantik dengan semua facilities cuma tak ada bidet ya. Cantiknya view dari bilik.
ReplyDeletenasib baiklah sliding door tu boleh tarik, kalau biar terbukak camtu, segan mak.
ReplyDeletebangunan apa yg warna coklat leper2 tu?
Ooo...kat sana pun ribut habuk juga yer...ingatkan kat belah Arab ja ada ribut pasir..Tapi view dia cantik dan tenang ja walau hutan batu
ReplyDeleteNasib baik bilik air boleh tutup. Nampak mewah dalaman bilik hotelnya.
ReplyDeleteIngatkan sebab pencemaran yang buat berhabuk teruk.