CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 14 APRIL 2025
Sambungan catatan terdahulu —> Catatan Hari Kedua di Liyang, Changzhou, Jiangsu
Malam terakhir di Liyang, kami berkesempatan menikmati suasana malam di sini. Pemandu kenderaan sewa menghantar saya dan Encik Suami ke sebuah kompleks beli-belah, manakala tiga orang kawan lagi ke tempat berbeza.
Tak banyak kedai yang menarik, jadinya kami segera beredar setelah membeli sedikit barang keperluan. Awalnya kami nak ambil teksi untuk kembali ke hotel, tetapi selepas itu kami ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja supaya dapat melihat lebih dekat suasana malam di Liyang.
Saya check Google Maps (GM tidak berfungsi dengan tepat di China, tapi boleh digunakan sebagai anggaran), jarak dari kompleks beli-belah ke hotel tak sampai 2 km. Memikirkan udara di sini sejuk dan jalan raya yang nampaknya mesra pejalan kaki, rasanya tak ada masalah untuk kami berjalan kaki saja.
Jom kita jalan kaki sambil memerhati suasana malam di sini.
Deretan motosikal di luar bangunan kompleks beli-belah. Nampak macam baju sejuk diletakkan pada motor. Apa fungsinya? Lihat foto di bawah pula.
Begini cara pakainya - mungkin bertujuan melindungi tangan dan bahagian hadapan badan daripada udara sejuk sewaktu menunggang motosikal.
Foto refleksi bangunan di permukaan air, tambah menarik dengan kehadiran bulan purnama.
Banyak bangunan tinggi dan moden di sini, diseimbangkan dengan landskap tanaman menghijau.
Reka bentuk bangunan dan landskap tanaman yang menarik.
Geram sungguh saya tengok bunga banyak begini. Lokasinya berhampiran dengan Rich Gate Plaza. Sepanjang berjalan kaki, kami melalui beberapa kompleks beli-belah tapi tak singgah pun.
Masya Allah 😍
Rembulan indah dan dua buah bangunan simetri. Saya tak dapat pastikan nama bangunan ini, tetapi ini mungkin bangunan yang kelihatan seperti dua buah kapal besar - ia dapat dilihat dari jendela hotel penginapan kami.
Zoom-in bulan purnama yang menjadi penyeri malam.
Laluan pejalan kaki di sini luas dan bersih. Tetapi perlu berjaga-jaga, ada ketikanya motosikal atau basikal elektrik ikut laluan yang sama. Tanpa bunyi kuat, tiba-tiba dah ada berhampiran kita.
Pukul 9 malam, kami tiba di sebuah dataran di tepi tasik - Dancing Square.
Cantik sungguh pemandangan di Yan Lake Park - tasik yang dikelilingi bangunan tinggi dan moden dengan pencahayaan memukau pandangan. Keadaan di sini juga tenang, tak ramai pengunjung ketika ini. Hanya kedengaran suara nyanyian pemuzik jalanan yang menghidupkan suasana. Sayangnya kami tak boleh berlama-lama di sini, langkah kaki perlu diteruskan.
Video pendek suasana di sini.
Kami tiba di Liyang Museum, sebuah bangunan dengan rupa bentuk menarik yang terletak bersebelahan tasik. Seni bina muzium ini diinspirasikan oleh alat muzik Cina iaitu Jiaoweiqin. Info lanjut berkenaan seni bina Liyang Museum boleh rujuk DI SINI.
Bangunan ini juga dapat dilihat dari jendela hotel penginapan kami, entrinya DI SINI.
Seni bina futuristic yang memukau pandangan. Teringin sungguh nak masuk melihat bahagian dalamnya, sayangnya ia dibuka waktu siang sahaja.
Bangunan dengan kesan cahaya animasi ini juga boleh dilihat dari perkarangan hotel penginapan kami. Bila nampak bangunan ini, maksudnya dah semakin hampir dengan hotel.
Beginilah suasana jalan raya di sini - lapang dan lengang. Tak banyak kenderaan dan tak meriah dengan orang ramai, ini jauh berbeza dengan pengalaman saya di beberapa tempat lain di China.
Setelah berjalan sejauh 1.78 km dengan catatan masa kira-kira 44 minit, kami akhirnya tiba di kawasan hotel penginapan. Sebelum kembali ke bilik, kami menikmati makan malam di kedai makan halal berdekatan hotel - ini kali ketiga kami makan di sini.
Makan malam kami - Chinese burger dan lamb skewers. Sama seperti sebelum ini, Encik Suami tunjuk je gambar poster di kedai. Lamb skewers tu order lima cucuk, dapat percuma satu cucuk. Sedap dan lembut dagingnya. Harga makan malam kami ini sekitar RM39 (kadar tukaran wang ketika itu). Pembayaran tanpa tunai dengan Alipay menggunakan Touch ‘n Go e-Wallet.
Sebelum ini saya pernah sebut berkenaan rata-rata kenderaan di sini dipenuhi habuk disebabkan keadaan angin kencang, ini contohnya. Kalau ada yang bersih tu mungkin pemiliknya basuh kereta setiap hari - ini yang diberitahu oleh pemandu kenderaan sewa kami. Foto diambil ketika kami nak melintas jalan untuk kembali ke hotel penginapan.
Alhamdulillah…dapat saya berehat setelah seharian ikut Encik Suami buat urusan kerjanya dan malam pula berjalan kaki hampir 2 km. Tapi tak terasa jauh sebab udara sejuk berangin, laluan pejalan kaki yang selesa dan saya dapat melihat banyak perkara baharu.
Esok? Lebih penat, penat jalan-jalan seharian di Nanjing 😀


















Bagus juga setiap banfunan direka unik, kita mudah mengecamnya. Seronok kalau dapat layan perasaan di Yan Lake Park.
ReplyDeleteKan Na, saya pun rasa gitu. Best kalau dapat layan pemandangan tasik, lampu-lampu dan nyanyian yang tak difahami tapi sedap didengar.
Deletesy tak boleh tengok hamparan bunga macam tu
ReplyDeleterasa nak baringggg je atas tu
hahahha
Jangan macam-macam Anies, nanti kena tangkap kat negara orang 😂
Deletebaring dlm 'capcut' je hahaha
DeleteBestnya jalan² sambil menikmati suasana malam yang sejuk dan berangin. Indah Liyang ni, biasa kalau sebut pasal negara China selalu dengar hal yg negatif.
ReplyDeleteHehe…betul. Liyang ni jauh berbeza.
DeleteSuka SA tengok gamabr2 yang Ujie share kat sini....bangunan pun moden dan menarik...bunga tu masyaallah cantiknyaaa....
ReplyDeleteMenarik kan…itu yang saya share jugak walau jadi banyak berderet gambarnya dalam satu entri 😄
Deletecantik pemandangannya bersih je .. saya pun geram tengok bunga-bunga tu, rasa nak lompat dan baring atasnya, ala-ala hindustan hihi.
ReplyDeleteHindustan di negara China ya 😂
Deletecantik nya dgn reflection2 tu kan.lagi2 ada bulan. lagi best bila sejuk kan.
ReplyDeleteItulah….indah semuanya kak.
DeleteMasyaAllah
ReplyDeleteCantiknya bunga purple tu
View menarikk
Kan…geram 😍
DeleteKenapa tak pakai terus kan bajunya. Kalau pakai memang kuranglah sejuknya. Kalau letak camtu diterbangkan angin dah sejuk balik. Gambar bunga, bulan dan bangunan bercahaya semuanya cantik.
ReplyDeleteSaya nampak mereka dah pakai baju sejuk, yang letak di motor ni mungkin berfungsi sebagai pelindung angin sejuk sebab baju tu ada sarung tangan (tutup keseluruhan jari tangan).
DeleteSeronok juga kalau jalan kaki tu. Dapat explore more kan.Senang nak ambil gambar pun ye. Comel je motorsikal scooter tu. Ohh sama macam rider kita jugak pakai sweater terbalik gitu. Cantik reflection dalam gambar tu. Nice!
ReplyDeleteGeramnya tengok bunga-bunga tu. Banyak betul.
Hebatnya camera boleh zoom bulan dengan lebih dekat.
Unik betul Liyang Museum tu. Banyak dapat ambil gambar. Tak rugilah berjalan kaki kan.
Ada hikmah mall yang kami pergi tu tak menarik, cepat balik jadi masih sempat jalan kaki explore sekitar.
DeleteKamera Samsung ada AI enhancement supaya foto bulan yang kita zoom-in jadi jelas 😀
Selamat ye baju tebal tu ditinggalkan begitu saja...
ReplyDeleteSy tengok foto pun nampak lengang bandar Liyang ni berbanding bandar² lain di China. Mungkin penduduknya kurang padat.
Mungkin macam baju hujan untuk motor, semua orang ada jadi tak kisah tinggalkan.
DeleteYa penduduk tak padat sebab katanya ni kawasan baru dibangunkan, belum ramai yang berpindah sini.