Catatan hari Isnin, 24 November 2025.
Pukul 7.40 pagi saya dan Encik Suami keluar dari rumah menuju ke Sungai Petani, Kedah - ada urusan di sana. Kami ikut jalan dalam iaitu jalan Kampung Titi Kerbau, Changlun. Sepanjang jalan saya nampak ada rumah penduduk yang sudah dinaiki air banjir, juga deretan kenderaan di parkir di bahu jalan.
Tak lama selepas itu…
Kami tiba di jalan yang sudah ditenggelami air - nampak deras aliran air dari kiri ke kanan jalan. Foto di atas hasil zoom-in, jadi nampak kawasan banjir ni macam dekat tapi sebenarnya kami sudah pun berhenti pada jarak selamat.
Kenderaan kami berhenti untuk beri laluan kepada sebuah bas, sebuah jentera bomba dan sebuah treler yang datang dari arah bertentangan. Pemandu treler beri isyarat tangan kepada kami - jangan lalu dan suruh berpatah balik. Kami memang tak berani nak lalu sebab tak tahu berapa jauh dan berapa dalam jalan yang ditenggelami air. Selepas semua kenderaan berat lalu, kenderaan kami berpatah balik dan masuk Lebuhraya Changlun - Kuala Perlis.
Sebenarnya, sebelum kami tiba di kawasan banjir tadi memang ada seorang lelaki di tepi jalan buat isyarat tangan. Tapi kami gagal memahami maksud yang cuba disampaikan, sekarang baru saya faham lelaki tersebut nak bagitau jalan tak boleh dilalui. Semoga Allah membalas kebaikan mereka yang cuba membantu.
***
Waktu petang (perjalanan balik ke rumah Perlis), sekali lagi perjalanan kami terhalang. Jalan utama di pekan Changlun juga dinaiki air. Pagi tadi kami melalui jalan ini tanpa masalah, nampaknya situasi hujan berpanjangan menyebabkan air banjir melimpah ke jalan raya.
Ada beberapa orang memakai baju hujan (mungkin polis) sedang berkawal di sini, hanya kenderaan berat dibenarkan lalu. Kenderaan ringan diminta berpatah balik.
Kali ini kami berpatah balik dan meneruskan perjalanan ikut jalan dalam - melalui jalan Kampung Napoh seterusnya jalan Kampung Baru Bukit Kecil, kemudian keluar di Lebuhraya Changlun - Kuala Perlis. Jalan dalam laluannya sempit dan jadi sesak bila semua kenderaan perlu mencari laluan alternatif, ditambah pula dengan keadaan hujan.
Alhamdulillah kami selamat sampai rumah menjelang waktu Maghrib. Sepanjang perjalanan pergi dan balik hari ini kami menyaksikan banyak kenderaan bomba, polis dan tentera di sana sini - semuanya sibuk dengan misi membantu dan menyelamat mangsa banjir.


Hujan kali ni tak boleh buat main dekat kuantan ni dengan angin kuatnya..harap cuaca cepat stabil,takut..moga selamat,dipermudahkan semua ye kak
ReplyDeleteSini tak ada angin kuat, cuma taburan hujan tinggi. Kalau angin kuat, lagilah risau.
DeleteInsyaAllah aamin..
Saya tengok air macam ni kat jalan memang tak berani nak lalu, risau dibawa arus walaupun macam tak kuat arusnya. Air kalau dah banyak gini jadi kuat jugak tu. Risau juga jalan berlubang kita tak nampak.
ReplyDeleteBanyak jalan tutup dinaiki air tu. Risau betul kalau makin hujan makin naik air. Harap cepatlah air surut dan tak hujan berpanjangan.
Betul, bahaya kalau ada jalan berlubang kita tak nampak.
DeleteInsyaAllah aamin..
Semoga dipermudah urusan akak dan mangsa banjir...
ReplyDeleteHosp kat Perlis pun dah terkepung juga..kawan ada kerja kat situ, jenuh musing nak cari jalan pergi kerja,balik kerja.
Mintak dijauhkan la dari bencana banjir kan Ujie..dengarnya Perlis dh banjir ye...harap bukan area Ujie la....semoga dipermudahkan buat mereka yang terlibat..
ReplyDeletesmoga dipermudahkan segala urusan mereka yg terlibat dgn banjir
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan Kak Ujie dan suami dan dilindungi harta benda dan nyawa dari bencana banjir.
ReplyDeleteHarap2 bencana banjir tidak berpanjangan.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan. Utara, kelantan dah mula banjir. Pahang hampir2 dah ni.
ReplyDeleteStay safe ye... jangan pandang ringan
ReplyDeleteHujan masih berlarutan di belah Utara kan PU? Hati² & take care.
ReplyDeletemoga beroleh ketabahan kepada yang terlibat dengan banjir dan dipermudah urusan mereka menguruskan kehidupan. berhati-hati semua...
ReplyDeleteSampai hari ni masih hujan lagi ke kak? Nasib la ada banyak laluan alternatif lain kan... kalau tidak naya jugak
ReplyDeleteHati2 kak.. kwn sy yg dok di poli sana pn x dpt berniaga, jd sukarelawan masak utk mangsa banjir pulak dia
ReplyDeleteAlhamdulillah, selamat sampai rumah ya kak. 🤗. Semoga cepat berlalu hujan ini ðŸ˜. Sedih sangat melihat banyaknya rumah yg hancur diterpa banjir besar yg DTG dari arah gunung ... Sudah macam tsunami kalau saya lihat dari video2
ReplyDeleteSini sudah mula hujan lebat dan angin kencang. Rasanya tahun ini macam serius banjir. Banyak tempat terkesan.
ReplyDeletebla jadi mcm ni mmg tak boleh nak elak daa mmg kena patah balik...
ReplyDeletesemoga segala urusan mereka yg terlibat dgn bencana banjir ni dipermudahkan oleh-Nya
Allahu, mujur akhirnya dapat juga balik ke rumah tu, Ujie. Risau dengar keadaan di sana walaupun jauh jer dari Johor ni.
ReplyDeleteMoga dipermudah urusan mereka yang terkesan. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia turut merasakan banjir ini....jaga diri...
ReplyDelete