Catatan hari Ahad, 23 November 2025.
Pagi ini hujan masih belum berhenti di tempat tinggal saya - situasi ini sudah pun masuk hari ketiga (bermula hari Jumaat pagi). Kalau sebelum ini sudah berminggu-minggu jarang sekali matahari bersinar seharian, tapi kali ini hujan turun tanpa henti - ada ketika lebat, ada ketika hanya gerimis halus.
Awal pagi Ahad, saya dan Encik Suami keluar untuk membeli keperluan dan mendobi pakaian. Sambil tu bolehlah bersarapan di tempat kegemaran. Tempat tinggal kami ni jauh dari bandar, jadi kalau sesekali keluar memang kami buat banyak urusan sekali gus.
Melewati kawasan sawah padi di kanan dan kiri jalan. Tenang.
Ada kawasan sawah yang nampaknya hampir bertukar menjadi kolam dek curahan hujan tanpa henti. Jajaran bukit batu kapur yang menjadi latar pemandangan di sini kelihatan indah dilitupi kabus.
ARAU KOPI
Kedai makan sarapan yang agak biasa saya kunjungi pada hujung minggu. Boleh baca entri lanjut berkenaan tempat ini DI SINI.
Kami tiba di sini kira-kira pukul 8 pagi, tak ramai pelanggan seperti kebiasaan hujung minggu. Mungkin faktor cuaca hujan menjadi penyebabnya.
Nampaknya ada kad menu baharu - ada perubahan harga pada menu tertentu.
Hidangan kami - nasi ayaq berlauk, pek nga sambal tumis, nasi rendang (tiada foto - nasi goreng isi ikan termenung goreng), minuman lemon suam dan kopi Arau.
Terasa bahagia sungguh dapat menikmati hidangan pagi yang menepati selera, sambil mendengar halwa telinga irama instrumental lagu tradisional Melayu dan memerhati titisan hujan. Alhamdulillah.
GIANT KANGAR - PENGHARGAAN SARA
Kami ke pasaraya Giant di Kangar, satu-satunya Giant di negeri Perlis.
Misi kami - nak gunakan semua peruntukan Penghargaan SARA. Bila membelek dari rak ke rak, oh…macam-macam barang kita boleh beli - rujuk label MyKasih yang dipamerkan.
Alhamdulillah…selesai berbelanja dengan wang pemberian kerajaan. Tiada pelanggan lain di kaunter khas MyKasih. Lancar dan mudah urusannya. Kali pertama berbelanja dan terus habiskan semua, cuma kena tambah 60 sen.
Dari satu kedai dobi ke satu kedai dobi kami pergi, semuanya ramai orang. Kena menunggu giliran kalau nak mendobi di situ. Akhirnya, kami tiba di sebuah kedai dobi yang cuma ada seorang pengguna. Rezeki!
Kali pertama kami mendobi di sini. Ruangnya kecil tapi kemas dan bersih. Juga ada mesin 2 in 1 - washer & dryer dalam satu mesin.
Kadar harga. Saja letak sini untuk rujukan sendiri.
Lega sungguh bila dapat selesaikan urusan baju. Nak harapkan kering dengan menjemur dalam rumah tu memang ambil masa. Apa lagi dengan keadaan hujan berterusan - suasana sejuk dan lembab. Dalam rumah pun terasa sejuk.
***
PERKEMBANGAN TERKINI | Hari ini (Selasa, 25 November) masuk hari kelima hujan tanpa henti di tempat saya, masih dengan keadaan yang sama - kadang lebat dan kadang renyai.
Buat masa ini, tempat tinggal saya masih selamat tidak dinaiki air kerana kedudukan kawasan rumah di tempat tinggi. Pun begitu, jalan-jalan utama sudah dinaiki air menjadikan pergerakan keluar/masuk terbatas atau terhalang. Kami perlu bersedia dengan kemungkinan bekalan elektrik terputus sekiranya situasi semakin memburuk. Setakat ini (ketika entri ini ditaip), saya dan jiran-jiran sekitar dalam keadaaan baik dan selamat.
Di tempat lain di sekitar Perlis, situasi semakin memburuk dengan banyak tempat dinaiki air. Negeri-negeri lain yang turut terjejas banjir ketika ini - Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Selangor.
Semoga situasi semakin membaik dan matahari muncul kembali. Kepada Allah jua tempat kami berserah. Ya Allah…kau jadikanlah curahan hujan ini, hujan yang bermanfaat.










semalam hujan lebat betul. bersambung-sambung lebatnya... mungkin kat kawasan yg bergenang air mcm dlm gmbr di atas, penuh dah dgn air bah...
ReplyDeletewahhh dah habis guna yaaa...
sy masih ada lg. dlm RM60 kot. tggu bln dpn br nak habiskan hahaha
Betul la tu Anies, dapat info kata jalan kawasan tu dah dinaiki air.
DeleteAkak habiskan terus alang-alang ke pasaraya besar ada banyak pilihan barang.
harap cuaca makin baik,risau tengok banyak tempat dah banjir..
ReplyDeleteKalau ikut ramalan cuaca, hujan sepanjang minggu ni. Semoga situasi terkawal dan tak berlaku perkara buruk.
DeleteAlhamdulillah, tempat tinggal Ujie tak kena banjir. Agaknya hujan² ni, Jojo tidur aje la yek. Bagus tu buat sekali arung semua apabila keluar rumah, penat pun sekali arung lepas tu boleh rehat.
ReplyDeleteIya, syukur Alhamdulillah kawasan rumah tinggi.
DeleteHahahaa…betul SK, Jojo ada ni depan mata saya tengah sedap tidur. Sejak hujan berterusan ni, dia suka duduk dalam rumah - tidur.
Selalu keluar pagi, balik paling cepat waktu Zohor. Memang penat, sebab pergi banyak tempat.
Aamin aamin aamin
ReplyDeleteDekat sini pagi tadi nampak matahari sekejap, petang dah hujan semula. Stay safe PU
InsyaAllah…moga kita semua dalam lindungan Allah walau apa jua situasinya.
DeleteTengok orang share, Perlis banjir teruk juga. Semoga cepatlah surut airnya. Lately kerap hujan. Banyak tempat dinaiki air.
ReplyDeleteSedapnya menu sarapan kak Ujie tu. Rindu pulak nak makan lempeng. Penuh semangkuk topping buburnya. Puas hati makan.
Mysara apps ada scanner juga kalau nak mudah check setiap barang. Senang terus keringkan baju. Musim hujan ni, baju dah kering pun sejuk je. Rasa tak best pulak.
Banjir Perlis kali ni memang teruk, banyak sekolah tutup. Hospital pun terjejas.
DeleteAkak pun makan lempeng kat kedai, punyalah malas nak buat sendiri 😄
Ooh..tak tau pun ada apps.
Betul, kering tapi rasa sejuk. Kadang ada bau tak best pulak. Guna dryer jelah.
Habis sawah padi tu tenggelam. Sedapnya menu2 tu makan musim hujan ni.
ReplyDeleteHarapnya padi belum ditanam, kesian pesawah kalau dah ada anak padi.
DeleteDryer memang buat duit lah musim ni...
ReplyDeleteStay safe ye
Rezeki pengusaha dobi 😀
DeleteInsyaAllah..
Sawah dah jadi kolam ikan ye kak... mesti sejuk je kan kak bila dah hujan tak berhenti tu, sebelum ni perlis kan panas betul.
ReplyDeleteHehe...itulah, biasa panas terik kali ni sejuk. Air paip macam air keluar esbok.
DeleteBetul, memang kena bawa ke dobi juga, sebab hari tu 3 hari matahari tak keluar. Di tempat saya, Alhamdulillah, hujan sudah berhenti. Semoga tempat Ujie banjir kian surut. Walaupun saya tengok berita semalam, teruk juga, sampai hospital pun naik air, ya.
ReplyDeleteSedap tengok makan di Arau Kopi tu. Pekena kopi panas time hujan, sambil makan peknga memang nikmat. 😋
Betul, area bandar Kangar dan Arau terjejas agak teruk.
DeleteTerus habiskan SARA. Saya ada sedikit lagi.
ReplyDeleteItulah dengar Perlispun banjir. Semoga tiada perkara buruk berlaku. Hujan berhenti dan air surut.
Banyak rupanya jenis barang boleh dibeli kalau di pasaraya besar, itu yang saya boleh habiskan SARA 😄
DeleteAlhamdulillah hujan dah berhenti (semasa saya reply komen ni). InsyaAllah nanti makin surutlah air banjir
Kat KL dan Seremban pun hujan..seremban dah beberapa hari hujan tgh malam bawak ke pagi..semoga dipermudahkan buat mereka yang terlibat dengan banjir..
ReplyDeleteInsyaAllah aamin..
DeleteSemoga rumah Kak Ujie tak dinaiki air. Time hujan ni mmg ramai yg keluar mendobi sbb baju susah nak kering. Kat KL ni baru nampak matahari sehari dua ni. Sebelum tu hujan sepanjang hari.
ReplyDeleteAlhamdulillah rumah kami selamat sebab di tempat tinggi.
DeleteItulah, sana sini dobi penuh.
Ya ampun di mana2 banjir ya kak 😭. Saya masih menunggu kabar dr adik saya di Sibolga, belum ada sampai saat saya menulis komen ini. Udh 2 hari. Krn Sibolga putus jalan dan jembatan Penghubung nya, akibat banjir besar. Berharap sangat adik saya sempat mengungsi :(
ReplyDeleteMelihat tempat makannya, langsung terbayang nikmatnya makan sana, dengan cuaca sejuk, dan view banyak tanaman begitu ❤️. Makanan pun nampak sedap , trutama bubur berlauk itu 😍
Minum minuman panas di saat suasana kat luar tu sejuk seronok juga kan. Boleh la bertenang sebentar. Moga baik2 ajer di sana.
ReplyDelete