Friday, 3 October 2025

Keindahan Bunga Pokok Belimbing Besi

Morning walk tadi, saya lalu di sebatang pokok belimbing besi yang besar dan tinggi. Dari jauh nampak biasa je, bila semakin dekat barulah perasan pokoknya sedang lebat berbunga.

Masya Allah cantik bunganya 😍

Keindahan Bunga Pokok Belimbing Besi
Pokok belimbing besi banyak cabang dahan, hampir di setiap dahan dipenuhi dengan bunga.

Keindahan Bunga Pokok Belimbing Besi
Bunga yang banyak ini juga menarik serangga. Entah serangga apa, bunyinya berdengung kuat dan terbang dari satu kuntum ke kuntuman lain.

Keindahan Bunga Pokok Belimbing Besi
Foto zoom-in kuntuman bunga pokok belimbing besi - bersaiz kecil, berwarna ungu dengan lima kelopak.

Di sekitar rumah saya terdapat beberapa batang pokok belimbing besi hasil tanaman penghuni terdahulu. Tapi saya belum pernah cuba merasa buahnya sebab tak rajin nak membalut buahnya. Buah belimbing besi tak berbalut selalunya jadi rosak dan busuk kerana serangan serangga perosak.

***

Tiada kaitan dengan pokok belimbing besi, tapi saya letak di blog sebagai kenangan dan penghargaan. Tengah hari tadi seorang jiran datang menghantar lauk - terung balado. Masih panas dan sedap aromanya. Sayangnya saya baru lepas makan tengah hari, jadinya lauk ini disimpan untuk makan malam nanti.

Sesungguhnya, rezeki Allah datang dalam pelbagai cara. Alhamdulillah 💙







29 comments:

  1. Cantiknya bunga belimbing besi tu. Lama tak makan belimbing besi. Dulu kat kampung ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun dah agak lama tak makan belimbing, tapi belum teringin walaupun ada pokoknya kat rumah ni.

      Delete
  2. Lawa bunga belimbing tuh,
    Wahh sedap terung balado.. nyum2

    ReplyDelete
  3. Sedapnya terung balado..dalam fridge SA ada banyak terung...boleh la buat terung balado ni...PZ tu suka beli banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. PZ minat makan terung, itu beli banyak siap-siap SA 😀

      Delete
  4. kat rumah opah sy dulu ada pokok belimbing. bunga pn byk. yg x best nya semut hitam pun sama byk... kalau mkn buah x sah kalau x tergigit semut haihh

    ReplyDelete
  5. Sama la pe'el kita, suka perati bunga² kecil gini. Memang cantik bunga belimbing besi ni. Kalau belimbing buloh pun bunganya warna purple -maroon juga
    Sedapnya terung belado

    ReplyDelete
  6. Meriahnya bunga belimbing besi
    Lebah/kelulut ternak sangat suka bunga ni
    Juga boleh direbus dan minum airnya untuk penawar batuk/sakit tekak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya lebah yang berdengung kuat tu.

      Oh...ada kegunaan bunganya ni. Terima Kasih Wak!

      Delete
  7. Cantik bunga belimbing besi. Selalu nampak di pokok kalau balik kampung suami. Ada beberapa pokok belimbing besi di tepi rumah arwah MIL.
    Terung balado sedap tu Ujie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah kat kampung selalu ada tanam pokok ni kan, rumah mak saya dulu ada tapi dah tebang.

      Delete
  8. Cantik bunga pokok belimbing besi. Pertama kali saya tengok ni.
    Alhamdulillah, jiran baik hati hantar lauk terung yang sedap. 😋

    ReplyDelete
  9. Sama pulak warna bunga tu & terung tu...Apapun terung berlado tu nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh yelah 😀
      Kira ada kaitan jugaklah dua cerita ni.

      Delete
  10. Saya lebih tertarik foto terung belado tu... Yummeh

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap sangat terung berlado tu. Sama pulak warnanya dengan bunga pokok belimbing besi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang sedap 😋. Itulah, tak perasan pulak ada persamaan warna 😀

      Delete
  12. Banyak dan padat bunganya. Pokok belimbing besi saya tidak sebanyak bunga ini.
    Alhamdulillah rezeki terung berlada masih panas-panas yang dapat. Itulah kena syukur dapat jiran yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab cuaca sini panas kering, sesuai untuk pertumbuhan pokok belimbing. Dulu pokok di rumah mak saya di Johor pun seingatnya tak banyak gini bunganya.

      Iya, rezeki juga ni dapat jiran baik.

      Delete
  13. Cantiknya bunga pokok belimbing besi

    ReplyDelete
  14. Belimbing besi itu yg star fruit maksudnya ya kak? Yg berbentuk bintang? Saya pernah ada pohonnya, tapi jujur tak ingat, sebab dulu tak terlalu suka lihat aneka tanaman yg ditanam gardener papa . Cuma tiap kali buahnya tumbuh subur, selalu dipetik dan jadi makanan kami sehabis makan 😁.

    Terong balado 😍😍😍. Menu fav dan gampang. Memang pilihan saya jika sedang malas masak 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul Fanny…star fruit 😀

      Bagus Fanny, lagi malas masak pun boleh masak terong balado. Sedap tu 😋

      Delete
  15. Dah lama tak tengok bunga buah belimbing besi.
    Terima kasih atas perkongsian.
    Dulu Mrs. A tak suka terung tapi bila usia dah meningkat selera pun dah berubah suka dah dengan terung berlado ni

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****