Rentetan entri Tanam Kangkung dari Biji Benih, pagi tadi saya dah pun menuai sebahagian hasil tanaman pokok kangkung selepas 26 hari semaian. Kalau ikut maklumat yang tertera pada peket biji benih, kangkung mencapai tahap matang (sesuai dituai) selepas 30 hari semaian.
Hasil tanaman pokok kangkung selepas 26 hari semaian. Jadi agak padat, ada pokok yang dah besar dan ada juga yang lambat membesar. Tak sekata.
Sebelum Tuan Penasihat pergi kerja awal pagi tadi, sempat berpesan pada saya supaya tuai pokok kangkung yang dah besar. Turut dipesan supaya cabut terus sepokok, boleh longgarkan sedikit bekas tanaman dan beri laluan kepada pokok lain untuk membesar.
Ikut perancangan saya, tuaian seterusnya akan guna teknik potong batang pokok. Saya nak tengok sendiri macam mana hasil pokok kangkung yang telah dipotong. Boleh besar elok macam mula-mula tanam atau jadi lebih kecil?
Hasil tuaian. Tak banyak mana pun.
Tengah hari tadi, dapatlah saya menikmati kangkung goreng belacan hasil tanam sendiri 😊
Batang pokok kangkung ni lembut, jadinya tak banyak yang perlu saya buang. Alhamdulillah seronok rasanya dapat makan sayur segar - lepas tuai, terus bawa ke dapur untuk dimasak. Hasilnya mungkin tak seberapa tapi ia memberi rasa bahagia. Terima kasih Allah 💙



puas hati dapat masak sayur tanam sendiri,saya suka kangkong halus2 macam tu..kalau yang beli di kedai tu batangnya besar2 dah tua..ini kalau tumis masak mee segera pun sedap ni kak
ReplyDeleteKan, kalau yang beli tu banyak akak buang batangnya.
DeleteOoh..belum pernah try kangkung letak dalam mi segera.
Wah..seronoknyaaa...bila la SA dapat tanam macam ni jugak ni....
ReplyDeleteSA ada PZ yang rajin tanam macam-macam, dapat jugak makan hasil tanam sendiri.
DeleteDia tanam kangkung kurus tirus melidi tumbuhnya....hahahahaha
DeleteBest dapat makan sayur tanam sendiri..
ReplyDeleteDia punya nikmat tu lain macam 😀
Deletegni biasanya sedap goreng belacan la.. kena nasi panas, tak payah lauk lain dah
ReplyDeleteBetul 😀
Deletebestnya tuai hasil air tangan sendiri
ReplyDeleteAlhamdulillah. Dah tua gini baru belajar tanam kangkung 😅
DeleteSyoknya dapat sayur fresh dari tanaman sendiri. Terus masak je lepas tuai.
ReplyDeleteBahagia sungguh rasanya Cie 😊
DeleteSayur tanam sendiri sedap dia lain macam...kangkung tanam sendiri ninjuga sedap diulam mentah ye Ujie..acer try😅
ReplyDeleteMakan mentah? Tengoklah nanti kot saya berani cuba 😅
DeleteNampak segar warna goreng kangkung belacannya.
ReplyDeleteMasak sekejap je tu 😀
DeleteCantik dan bersih daun2 kangkung yg Kak Ujie tanam tu. Terus rasa nak tanam kangkung jugak 🤩
ReplyDeleteAkak tanam letak tempat tinggi, kurang risiko kena serangan serangga dan haiwan melata. Agaknya sebab tu jadi elok bersih. Agaknya lah ya…hehe
DeleteYay! Alhamdulillah. Seronok saya tengok. Memang rasa bahagia di hati, bila kita masak sayur tanam sendiri ni. 🥰👍
ReplyDeleteAlhamdulillah! Bahagianya sampai masa makan pun boleh tersenyum je 😁
DeleteAlhamdulillah berjaya juga menuai hasil tanam sendiri. Seronok dan puas hati bila tanaman menjadi ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah…seronok sangat walau cuma kangkung 😄
Deletealhamdulillah, merasa hasil tuaian sendiri! sedap tu kangkung goreng belacan yummm
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat merasa jugak 😀
DeleteBaru semalam saya masak kangkung belacan ni. Memang sedap....saya suka....
ReplyDeleteLauk kegemaran ramai 😀
DeleteTentu sedapnya lain macam bukan sahaja sebab ditanam sendiri tapi terus dimasak selepas dituai, kan, Ujie.
ReplyDeleteHehehe…iya, segar dari ‘ladang’.
Deletesaya pun dah mula berjinak cucuk tanam kangkung, cili api, serai, daun pandan, daun kunyit
ReplyDeleteSeronok jugak kan, jadi terapi.
DeleteTanaman yang paling cepat dapat hasilnya selain tanam tauge
ReplyDeleteSesuailah untuk orang yang tak rajin menanam macam saya ni kan 😄
DeleteBerhasil. Tq kongsi gambar.
ReplyDeleteItulah bagus batang masih lembut, tidak banyak kerja untuk buang.
Alhamdulillah merasa jugak hasilnya. TQ kat NA juga sudi baca entri ni 😀
DeleteBetul, senang sangat sebab batang semua lembut. Saya potong sikit je bahagian akar.
Alhamdulillah rezeki best nya dapat sepinggan.
ReplyDeletedpt tuai hasil dr tanaman sendiri mmg syok tu
ReplyDelete