Monday, 11 August 2025

Catatan Hujung Minggu | 10 Ogos 2025

Catatan hari Ahad, 10 Ogos 2025.

Hujung minggu saya selalunya penuh dengan aktiviti ke sana ke sini, tapi dek kerana tak rajin menulis maka jarang-jarang ada catatan di blog. Hujung minggu lalu, hari Sabtu berlalu dengan santai - kami suami isteri bersarapan di kedai makan di Arau, beli ayam segar di Kg. Batu Bertangkup dan melakukan kerja pemangkasan pokok di sekeliling rumah.

Hari Ahad pula agak sibuk - ada janji temu grooming untuk Jojo si anak bulu. Kami perlu hantar anak bulu pada pukul 11 pagi dan ambil pada lewat petang. Sepanjang perjalanan sejauh kira-kira 21 km, Jojo bising mengiau sambil mencakar dan mengais setiap sudut carrier. Cabaran sungguh setiap kali nak bawa Jojo ke klinik 😅

Klinik Haiwan Calico yang terletak di Arau - tempat biasa kami bawa Jojo sejak kali pertama bawa jumpa doktor pada bulan Januari lalu. Doktor dan staf di sini mesra dan pandai layan kucing. Jojo yang biasanya penakut dengan orang pun jadi tenang di bawah kendalian mereka.

Selesai menghantar Jojo, kami terus menuju ke Alor Setar, Kedah pula. 

Sampai di Alor Setar dah pun melepasi pukul 12 tengah hari, teruslah cari makan. Kami makan di Ahmad Foo Chicken x Duck Rice. Kunjungan kali kedua di sini - kali ini saya makan set nasi ayam Hainan manakala Encik Suami masih tetap memilih set nasi itik dengan tambahan lauk taugeh Teochew. Masing-masing tamak - ambil set ayam/itik suku bahagian, akibatnya jadi terlampau kenyang 😄

Alhamdulillah rasa masakan masih sedap macam kali pertama kami ke sini, habis licin semuanya dimakan. Kali ni kami minta pelayan kedai kurangkan kelajuan kipas sebab semasa kunjungan lepas, sup sedap tu jadi cepat sejuk. Ruang makan tak begitu luas, kipas pula jenis geleng-geleng dan berputar laju jadi cepat sejuk makanan yang dihidang.

Lepas makan, kami ke Aman Central Mall. Saya cari pakaian untuk acara reunion pada bulan depan - warna tema coral. Dalam mall ni ada deretan kedai pakaian Muslimah, tapi nampaknya tak ada yang sesuai untuk dibeli. Hmm…nampaknya terpaksalah beli secara online. Beli online ni tak seronok sebab tak boleh rasa material dan selalunya warna paparan skrin bukanlah warna sebenar.

Sedang berjalan-jalan dalam mall, saya dapat WhatsApp dari klinik - kiriman foto dan video Jojo baru lepas mandi. Elok je tenang Jojo duduk dalam sangkar. Lepas keringkan bulu dan pemeriksaan doktor nanti barulah kami boleh datang ambil Jojo.

Plan nak buat rawatan kulit kepala di Shazira Salun terpaksa ditangguhkan. Tak cukup masa. Dari mall terus bergerak balik ke Perlis. Singgah solat di surau plaza tol Hutan Kampung. Tadi nak solat di mall tapi penat pusing-pusing cari surau tak jumpa. Patutlah sebelum tu ada seorang perempuan tanya saya di mana surau. Rupa-rupanya memang susah nak cari.

Kami sampai semula di Arau kira-kira pukul 4.40 petang. Sementara menunggu waktu untuk ambil Jojo, kami minum petang di ZUS Coffee. Beli juga kek dengan tawaran ‘Birthday Cake Deal - Buy 1 Free 1’. Pertama kali saya cuba makan Berries Cheesecake ni, sedap!

Lebih kurang pukul 5 petang, saya terima mesej “Dah boleh mai ambik abang Jojo”. Geli hati baca 😆

Klik untuk paparan jelas.
Kos hantar Jojo kali ni untuk grooming dan rawatan mata - mata belah kanan selalu keluar macam air mata. Sebelum ni saya dah beli ubat titis di klinik ni, tapi masih belum sembuh sepenuhnya. Kali ni doktor bagi ubat gel untuk letak pada mata dan ubat pil untuk dimakan. Staf klinik tunjuk juga demo cara bagi Jojo makan pil sebab saya tak pernah ada pengalaman bagi pil pada Jojo.

Jojo juga dapat diskaun untuk grooming sebab bulu tak banyak 😄. Staf perempuan yang baik hati ni maklumkan tak susah pun nak mandikan Jojo, behave je. Amboi Jojo…lain benar perangainya bila dalam kereta ya 😂

Sampai di rumah, nampak ada beg kertas atas bangku rak kasut. Rupa-rupanya ada jiran beri oleh-oleh dari Cameron Highlands. Alhamdulillah 🥰

Sebaik dikeluarkan dari carrier, Jojo sibuk ‘lap’ badan. Agaknya tak selesa dengan bau wangi pada bulu badan 😄

Budak lepas kena ‘seksa’ - tak bebas seharian dan kena mandi pulak. Malamnya, Jojo tidur awal atas riba Encik Suami. Siap berdengkur tau 😆. Letih sangat agaknya sebab siang tadi tak dapat tidur.

Untuk rekod - berat terkini Jojo 5.8 kg. Staf klinik tanya - Jojo makan apa, badan makin berat? Hmm…Jojo memilih makanan, kalau bagi PowerCat makan sikit je tapi kalau bagi Royal Canin bukan main laju mengunyah. Padahal sebelum ni jadi kucing jalanan makan apa-apa je yang jumpa, tapi sekarang dah berubah selera pulak ya.







42 comments:

  1. siap dengkur ye jojo tido atas riba tu...sronok dpt ole2 dr cameron

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geli hati dengar dia berdengkur, ingatkan manusia je berdengkur. hahaha

      Delete
  2. Aaa.. nampak tu mata kanan Jojo macam berair sikit. Tunjuk kacak la agaknya depan orang pempuan, tak buat perangai dia ya, Jojo. Kelakar pulak baca kipas geleng-geleng tu. Teringat kelembutan itik dekat Ahmad Foo ni, tapi sup dia tak kena di tekak sy. Agaknya betullah, sebab kipas kuat, dia cepat sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Supnya pekat, sedap kat saya. Tapi...kalau dah sejuk memang tak sedap.

      Delete
  3. kucing pun macam anak kita..kat rumah perangai lain, kat tempat orang perangai lain.. hihihi...
    nampak sedap nasi ayam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je ya..anak bulu dengan anak orang. Aduhai...hahaha

      Delete
  4. Abg Jojo pandai memilih makan yer...nak yg mahal jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap akak jugak kenalkan dia dengan RC, dah jadi pandai memilih pulak dia.

      Delete
  5. Alaaaa....sanje- sanje Jojo tu...makan memilih ye...tgok jojo teringat makanan Brown dah habis hari ni kena beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat memilih makan Jojo ni, bagi wet food macam-macam brand semua tak mau makan.

      Delete
  6. Sedap betul tu nasi ayam dengan itik. Saya tengok pun rasa berselera.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Bila minum, terus terbayang ada kat CH 😄

      Delete
  8. Murahnya kos grooming Jojo, jeles tau 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..murah ya gini. Yelah kot cajnya sesuai dengan lokasi kat bandar kecil.

      Delete
  9. Untung lah dapat kek free. 👍

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap hidangan nasi ayam tu. Teringin jugak nak merasa nasi itik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jarang jumpa orang jual nasi itik. Moga nanti Cie dapat merasa nasi itik.

      Delete
  11. Hensem abang Jojo, dah mandi. Amboi, nak yang mahal yek, makanan.
    Banyaknya urusan Ujie hari Sabtu dan Ahad. Saya pun pernah claim juga kek zus, buy 1 free 1. Sedap, kan? Pejam pejam mata gitu, makan kek.
    Alhamdulillah, rezeki jiran bagi buah tangan dari Cameron.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi pulak dapat kek free, tambah sedap! 😀

      Delete
  12. Penat jojo yer seharian sampai tertidur berdengkur... Hurmm ye la tu dgn org lain bukan main baik yer behave jer dia yer hahahaha.. Nasi ayam tu melaparkan... Kalau sedap mmg habis licin la kan makan.. ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padahal dengan kita kat rumah, cuma nak basuhkan kaki je pun punya seksa meronta 🤦‍♀️

      Delete
  13. Aman Central, teringat trip ke Alor Setar hari tu. Nasi Ayam tu memang menambat mata lah. Hi Jojo, jangan stress dalam kereta tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...yelah tu, Jojo stres duduk dalam kereta. Tak biasa 😄

      Delete
  14. Kucing bila dgn doktor atau groomer terus jadi soleh perangainya. Saya biasa mandikan kucing sendiri, ya Allah nak patah pinggang rasanya sebab budak tu jerit2 n banyak lari. Tapi bila hantar kat groomer diorang puji kucing saya baik, behave hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo...memang gitulah agaknya perangai rata-rata kucing ya. Aduhaii 😄

      Delete
  15. Baguslah mereka masih mengekalkan rasa yang sedap tu. Itu salah satu daya tarikan untuk pelanggan datang lagi dan lagi. Hihi..dah terlajak order, kenalah menghabiskan kan sampai terlebih kenyang. Suku ayam tu banyak siap boleh meratah lagi. Susah juga di shopping mall payah nak cari surau.
    Alhamdulillah dapat ole-ole dari CH. Amboii kemain lagi abang Jojo ye. Kat sana kemain behave, dalam kereta tak senang duduk. Penat sangat tu sampai ketiduran atas riba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Order masa perut lapar, itu yang tamak mintak suku bahagian 😄

      Itulah, biasanya kan senang je cari surau kat mall. Yang ni punyalah susah. Kurang signboard.

      Delete
  16. comel je jojo ya,.... takut masuk kereta rupanya dia... Cikbu tak suka mandi tapi kalau nk bawak pi hotel dia suka, terus masuk dalam carrier dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...senanglah Dana. Yang ni nak masukkan dalam carrier pun susah 😅

      Delete
  17. Hahahahahha Abang Jojo yaaa 😄. Macam kucing2 saya di rumah kak. Sebab dari anak saya kecil, saya biasakan panggil mereka kakak atau Abang, mereka pun panggilnya begitu. Lalu ada kucing yg baru lahir, saya biasakan anak2 panggil pakai sebutan adik.

    Pernah guru mereka heran, karena di pikir anak bungsu saya tak ada adik, kenapa cakap sedang bermain dengan adik di rumah 🤣. Saya jelaskan lah, adik yg dia maksud, adik kucing 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😂 adiknya...kucing!
      Tapi iya, kucing juga dah kita anggap sebahagian keluarga.

      Delete
  18. Salam singah..comel cat masuk menghias blog..

    ReplyDelete
  19. kemain siap dengkur dia ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidur atas riba dengan macam-macam gaya dan siap berdengkur 😄

      Delete
  20. Aktiviti yang padat pada hari Ahad.
    Bagusnya jumpa klinik haiwan yang bagus.
    Beryl tiramisu itu sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah saya pun rasa syukur sangat ada klinik haiwan yang bagus gini.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****