Wednesday 10 February 2016

Hutan Lipur Parit Fall, CH : 10 MINIT Je...

Aktiviti minggu lepas, sebelum tibanya cuti Tahun Baru Cina...saya dan suami ke Cameron Highlands. Konon nak ke Mossy Forest @ Gunung Brinchang, nak daki setakat mampu. Sayangnya, ditutup sehingga April 2016 untuk kerja-kerja baik pulih/pembersihan. Rancangan pun bertukar...

1. Seawal jam 7.35 pagi, kami berjalan kaki dari penginapan bajet Sun Birds Hotel di Tanah Rata untuk menuju ke Parit Fall di Kg. Taman Sedia. Suhu sekitar 18 darjah, sejuk dan menyegarkan! Semalam dah tanya pakcik jaga kaunter hotel, katanya dekat je jalan kaki - 10 MINIT. Dalam hati...hmm, memang dekat sangat tu! Tapi...baru jalan kaki kat sini pun makcik Ujie dah mencungap!

2. Jalan sampailah nampak gerbang Kg. Taman Sedia kat sebelah kanan. Masuk kampung tu, jalan sikit lagi sampai jumpa binaan penanda kat atas ni - HUTAN LIPUR PARIT FALL. Tak taulah camne boleh lulus, Bahasa Melayu campur Bahasa Inggeris! Ok, teruskan berjalan...

3. Sampailah kat kawasan ni...dari luar memang tak nampak, sebab jalan berbukit (turun naik). Luas dan nampak ok. Boleh sampai sini dengan menaiki kenderaan jugak ya. Bolehlah nak beriadah, berehat atau makan-makan sebab ada banyak kerusi dan meja disediakan. 

Dan memang betul kata pakcik tadi, memang 10 MINIT JE! Tapi mencungap macam jauh sangat. Tu pun ada hati nak ke Mossy Forest. Alahai...dasar tak sedar diri betul!

4. Jom tengok papan info dulu. Dari sini, boleh ke Hutan Lipur Sungai Pauh dan dibenarkan berkhemah di situ. Boleh jimat duit penginapan kan?

5. Dari papan info tadi, ikut kanan (lalu jambatan gantung ni) akan membawa kita ke HUTAN LIPUR SUNGAI PAUH. 

6. Dah lalu jambatan gantung kat atas tadi, kena lalu jalan ni pulak. Tapi kami tak teruskan. Macam takut pulak nak lalu berdua di pagi yang sunyi ni. Maka, tak dapatlah tengok rupa Hutan Lipur Sungai Pauh.

7. Kita menuju ke Parit Fall pulak. Dari papan info tadi, ambil jalan kat sebelah kiri. Tak jauh berjalan pun...

8. Inilah rupa PARIT FALL. Nampak cantik, tapi tak luas mana untuk main-main air. Tambahan pulak, tak berapa bersih (sampah sarap berkumpul). Kita tengok jelah ya...

Seterusnya, kami merayau di sekitar Kg. Taman Sedia sambil cari kedai nak sarapan. Sempatlah ambil gambar chalet/homestay yang ada (catatan akan datang, kalau rajin!). Memang tercungap-cungap layan bentuk muka bumi kat situ. Ok, cukup sekali je buat aktiviti macam ni! Tak sesuai untuk makcik seperti saya. ^__^


Nota hati: 
Pembangunan di CH kian rancak. Baru tak menjenguk setahun dua, sudah berubah rupa. Paling sedih bila melihat bukit/hutan gondol. Persoalannya, adakah semua itu berlaku seiring perancangan pihak berkuasa, atau hanya mengikut kerakusan tangan kapitalis?

12 comments:

  1. wahhh gigih! bagus lah~ kipidappppp ;)

    ReplyDelete
  2. Patutlah nama nya PARIT FALL ujie..
    Kecik jer air terjunnya tu..
    Yg bagus semangat ujie tu..
    Merentas hutan .. segar nafas menghirup udara disitu :)

    ReplyDelete
  3. Kalau Ujie tercungap apa lagi kalau kakak mahu terus duduk ajelah tengok org meneruskan perjalanan. Tapi tengok cantiklah Ujie.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah cantik..mini air terjun

    ReplyDelete
  5. Saya walaupun dok ch tapi baru sekali ke parit fall tu... he he he

    ReplyDelete
  6. Wah....cantiklah. Bagus Ujie ni kan...nak juga mencuba. Kalau akak, belum apa2 mesti dah give up.

    ReplyDelete
  7. Memamg potong mood nak menghayati keindahan alam kalau ada sampah. Penat2 berjalan sampai mencungap tu. Lata Iskandar tu Ujie pernah pegi tak? Yg tu tak tau ada apa. Kalau pergi, nnt review ye.

    ReplyDelete
  8. Mossy Forest pun taklah susah nak daki Ujie, sebab ada disediakan laluan dan tangga yang diperbuat dari kayu di sepanjang perjalanan ke atas...

    ReplyDelete
  9. boleh la keluarkan peluhh..tapi selalunya yang tu yang orang malas nak pi tu..heheh

    ReplyDelete
  10. Wah bagusnya ujie, tp orang yg tahap makcik mcm saya ni pun pasti mencungap dibuatnya hihihi

    Sayangnya tempat cantik tp tak terjaga kan

    ReplyDelete
  11. Bestnyaaa.. Nape siqah tak pernah tahu kewujudan tempat camni kat cameron. Balik2 asyik pergi lavender dan ladang teh je. Menarik sini. Tq kak for sharing =)

    Salam perkenalan dan siqah follow sini kak =)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****