Monday 26 January 2015

Mak Tak Pernah ROTAN Saya...

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, penggubalan akta baharu itu kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara.
Menurutnya, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).
“Walaupun merotan anak me­ru­­pakan sebahagian budaya ma­­syarakat kita, tetapi kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.
(berita penuh di SINI)

----------------------------------------------------------------------------

Memang mak atau bapak tak pernah rotan saya, mahupun 8 orang adik beradik yang lain. Rotan pun takde. TAPI... saya selalu kena kejar dengan hanger dawai besi tu. Kesalahan biasanya sebab malas solat. Dah kena nasihat pun tak ambil peduli. Akhirnya, habis satu rumah mak kejar saya. Yang kelakarnya bila dah dapat 'tangkap' saya, mak bukan pukul betul-betul guna hanger tu pun. Cuma acah-acah dengan gaya memukul di kiri dan kanan badan, tapi tak kena pun! Cuma sesekali terkena memang lebih perit dari rotan kot. 

Kalaulah...mak tak buat begitu pada saya, tentu saya membesar jadi manusia yang tak menjaga kepentingan menunaikan solat. Kerana solat itu tuntutan utama dalam agama, maka mak bersungguh 'memaksa' saya melakukannya. Biarpun berkemungkinan besar pada masa tu saya solat bukan kerana Allah, tapi kerana takut pada hanger dawai besi!


~ Memukul anak...bukanlah satu keperluan dalam mendidik, tapi perlu dimulai dengan tunjuk ajar/nasihat/pujukan. Memukul anak...juga bukanlah satu kesalahan, jika dilakukan dengan bersebab dan secara munasabah. ~


14 comments:

  1. betul. dimulakan dengan tunjuk ajar dan nasihat.
    jom join segmen saya kak :D

    ReplyDelete
  2. bila lebih faham & akur tuntutan CRC,berbanding faham & akur tuntutan agama....inilah jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahah...setuju...setuju..... I rest my case.

      Delete
  3. saya orang yang paling kerap kena rotan masa kecik..ada buat entry pasal rotan ni dulu..malas pulak nak cari balik..ehhehe

    ReplyDelete
  4. berbaliklah pada agama insyaallah anak-anak akan terdidik dengan sempurna..ye dak..

    ReplyDelete
  5. Masa kecil banyak kali juga saya pernah dirotan ayah. Kadang2 di sekolah kena rotan cikgu bila balik ke rumah ayah tau cikgu rotan dia akan tambah lagi satu dua rotan utk ingatkan saya supaya taat pada perintah guru. Terima kasih ayah kerana pernah merotan saya, rotan itulah yang menjadikan saya tabah dalam kehidupan, tidak serik dalam kegagalan...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. saya pun x biasa kena rotan,
    tapi biasanya kena cubit,
    banyak lagi isu serius yang lain
    diorang tak nak kaji.

    ReplyDelete
  8. rotan memang tak pernah ujie..tapi kena marah kena kejar tu selalu juga

    ReplyDelete
  9. Kalau Ujie nak tahu bapak kakak setiap kali anak-menantu-cucu dpt anak satu pesan dia "Bapak/Atuk tak mahu dah jadi mak/bapak ni memukul anak". Sebab itu bapak kakak memang tak suka melihat mereka yg jadi ibu-bapa memukul anak. Bapak kakak jenis tak pukul anak tak sama arwah mak ada juga cubit-cubit tu..

    Sebaiknya didik anak dgn kelembutan sebab kalau dah biasa berkasar akan susah nak dilentur secara lembut..

    ReplyDelete
  10. Betul tu kak. Setuju dengan ayat yg last tu.

    ReplyDelete
  11. selalu kena hanger kerana malas buat kerja sekolah :-))

    ReplyDelete
  12. Ari tu ada terbaca kat FB yg Dato Rohani kata statement dia telah disalah tafsir oleh wartawan. Tapi part mana yg salah tu tak baca la. Sbb baca tajuk je. Harap2 takde la benda2 merapik ni diaktakan nanti.

    ReplyDelete
  13. Katanya baru cadangan jer kan ujie....tp kalau dilaksanakan takut jadi mcm warga Malaysia kat obersea kang....kena penjara huhu

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****