Friday 2 February 2018

Jakarta, Indonesia | Car Free Day

Pagi hari kedua (terakhir) di kota Jakarta, hari Ahad...

1. Saya memerhati di luar tingkap bilik hotel, pemandangan tidak seperti hari semalam. Jalan raya yang sebelumnya sentiasa dipenuhi kenderaan, menjadi lengang pagi ini. Yang kelihatan, orang semakin ramai mengisi ruang jalan raya. Para peniaga juga mula membuka jualan di tepi-tepi jalan raya ini. Satu-satunya kenderaan bermotor yang kelihatan melalui jalan ini - bas berwarna merah tersebut. Bas Transjakarta mempunyai laluannya tersendiri, tidak mengganggu jalan raya yang makin meriah dengan orang ramai.

Rupanya hari ini adalah 'Car Free Day' di Jakarta. Untuk lokasi ini, Car Free Day berlangsung setiap hari Ahad dari jam 6-11 pagi. Jam 6 pagi di sini terang macam jam 7 pagi di Semenanjung Malaysia. (Gambar di atas di ambil sekitar jam 6.30 pagi waktu tempatan)

2. Selepas bersarapan di hotel, kami keluar untuk merasai suasana Car Free Day di sini. Kat Malaysia pun tak pernah join tau! Pertama kali. 😄

Beginilah suasana di luar bangunan hotel. Kaki-kaki lima bangunan kedai dipenuhi dengan jualan makanan/barangan. Tiada kereta lalu lalang, cuma motor masih bergerak seperti biasa. Tapi ni bukanlah di jalan raya utama seperti gambar no.1, ni jalan kecil di hadapan bangunan hotel kami tinggal. Hotel kami berada di deretan kedai.

3. Kami berjalan ke hadapan lagi, sepanjang jalan dibanjiri dengan orang ramai yang sedang menjamu selera dan aktiviti jual beli yang sedang berlangsung. Memang terasa meriah!

4. Dari jalan kecil tadi, kami menyertai orang ramai di jalan raya utama. Ada yang berjalan kaki, ada yang berlari, ada yang berbasikal, dan ada yang bersantai sambil membeli pelbagai jualan yang ada di tepi-tepi jalan raya ini. Ada juga peminta sedekah dan pengumpul dana dengan pelbagai gaya untuk menarik perhatian orang ramai. Suasana meriah dan menghiburkan! 

5. Memang seronok rasanya bila dapat bersantai di jalan raya yang biasanya sesak dengan kenderaan! Nun sejauh mata memandang, lautan manusia membanjiri jalan raya.

6. Masa jalan-jalan, tertarik nak rasa makanan ringan ni - GULALI. Rupa-rupanya, yang warna kuning coklat macam tali tu rasanya sama macam gula kapas kita. Ke memang ada kat tempat kita, tapi saya yang tak perasan? 👀 



...catatan seterusnya (terakhir) - JJCM Jakarta...


5 comments:

  1. tengok gaambar pun dah dapat rasa kemeriahannya..

    ReplyDelete
  2. wahhhh meriah betul
    gula kapas kan tu

    ReplyDelete
  3. seronok tengok jalanraya yang tiada kenderaan, orang ramai boleh berjalan sesuka hati atas jalanraya hehehe..dekat shah alam ada juga hari tanpa kenderaan tapi saya tak pernah sertai

    ReplyDelete
  4. Kalau kat KL pun ada Car free day kan bagus. Nyaman sikitlah pandangan mata kan....
    Ohhh gulali tu gula kapaslah ek? Kat sini lain bentuknya kan...Patutlah namanya Gulali, Gula tali rupanya

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****